pidah
|
|
Alamat Email:
|
|
Tajuk*:
|
jatuhkah talak
|
Message*:
|
assalamualaikum ,
pagi tadi saya bertengkar dengan suami.sehingga suami telah mengeluarkan kata "Haram!" kepada saya. Ini adalah disebabkan semalam saya tidak dapat tunaikan permintaannya yang ingin bersetubuh kerana saya tertidur dan esok paginya dia kata saya telah mengungkiri janji. Saya kata padanya saya terlalu penat. Dia kata dia akan balas dendam juga dengan bermaksud tidak akan bersetubuh dengan saya sehingga mengeluarkan kata "haram". Oleh itu bagaimana keadaan kami sebagai suami isteri sekarang adakah haram kami bersetubuh dan adakah telah jatuh talak sudah. Minta penjelasan dari ustaz. Terima kasih. |
File Upload:
|
Visitor IP: 49.124.83.132
Salam Puan Faridah.
Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana tiada lafaz talak/cerai yang dikeluarkan.
Mengenai 'haram', saya tidak dapat jelaskan di sini.. Mungkinkah ia lafaz sumpah atau apa.. (nanti saya cuba carikan jawapannya). tk
Salam Puan Faridah.
Dalam kes ini, ia tidak jatuh talak kerana tiada lafaz talak/cerai yang dikeluarkan.
Mengenai 'haram', saya tidak dapat jelaskan di sini.. Mungkinkah ia lafaz sumpah atau apa.. (nanti saya cuba carikan jawapannya). tk
XXXXXXXXXXXXXXX
Puan Pidah,
Ini jawapan yang saya dapat tetang 'HARAM' yang disebut oleh suami. (Terima kasih kpd Us Zainudin CITU)
Lafaz HARAM oleh suami adalah satu sumpah yang merupakan ilat. Sumpah seperti ini tidak boleh dimain-main. Oleh itu suami perlu menarik balik lafaz sumpah berkenaan berserta membayar kifarah. Kifarah yang ditetapkan ialah
1. Membebaskan hamba - memang sudah tidak ada lagi pada masa kini;
2. Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin (secupak beras utk setiap orang) dan boleh juga digantikan dengan pakaian utk 10 orang fakir miskin. ATAU, jika tidak mampu,
3. Kena berpuasa kifarat 3 hari.
Sekiranya suami tidak mahu menarik balik lafaz HARAM-nya, maka puan boleh membuat aduan ke Pejabat Qadi bagi mendapatkan nasihat. Dalam hal ini, Kadi boleh menjatuhkan talak - memisahkan - antara suami isteri.
*Jika dalam tempoh lafaz HARAM tidak ditarik balik sedangkan berlaku persetubuhan, maka ia adalah dosa. So, perlulah suami secara lafaznya menyebut untuk menarik balik lafaz HARAM berkenaan serta membayar kifarah.
tk.