Wednesday, February 27, 2013

Soalan: MOHON PERCERAIAN

Nama*:NORZIAH
Alamat Email:N.NOZI@YAHOO.COM
Tajuk*:MOHON PERCERAIAN
Message*:Suami saya kawin kedua dan ketiga tanpa pengetahuan saya. Bagaimana saya nak tahu mereka kawin dimana. Bolehkah saya minta diceraikan kerana saya rasa begitu tertipu. Saya rasa perasaan sayang sudah tak ada pada diri saya dan tak boleh hidup dengannya lagi. Makan minum tak pernah dia abaikan. Pendapatannya RM2000.00 sebulan. Belum dikira tolak bayaran kereta, api, air, kad kredit, belanja pasar dan dapur, minyak kehulu kehilir. Saya tahu dia mendapat dari sumber-sumber tak sepatutnya. Kalau saya diceraikan boleh kah saya menuntut harta sepencarian. Saya buntu memikirkan. Jiwa saya tak tenang.
File Upload:

Salam Puan Norziah,

Lelaki selalu menipu isteri (termasuklah saya juga....) tipu strategi..

Dalam hal ini puan, saya amat berat untuk 'meruntuhkan' sebuah rumahtangga, biar ia tertegak walaupun mungkin bocor di sana sini...

Suami puan masih pulang ke rumah, masih memberi nafkah semampunya, saya kira ia adalah ukuran minima yang perlu dipertimbangkan. Lainlah jika dia mengabaikan tugas hakikinya sebagai suami.

Bermadu sememangnya pahit, lebih-lebih lagi suami sendiri merahsiakannya daripada isteri. Sebagai lelaki, saya katakan semua suami mahu berpoligami tidak kira siapapun. Hanya kemampuan dan halangan sahaja yang membataskan keinginan itu. Fitrah Allah begitu. Neture perempuan sebaliknya. Di sini indahnya kejadian Allah kepada kita.

Jika puan memilih untuk berpisah, saya lebih risaukan keadaan selepas itu. Ibu tunggal terlebih banyak dugaannya, percayalah. Saya nasihatkan puan banyak beristighfar dan kembali kepada Allah. Keraplah berdoa dan mendekatkan diri kpd Allah. Mohonlah pertunjuk-Nya untuk membuat pilihan yang lebih baik. Berilah sedikit waktu untuk kita membuat keputusan yang besar seperti ini.

tk





Visitor IP: 118.100.152.221

Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 26, 2013

Soalan: cerai taklik

Nama*:dayang ariani
Alamat Email:dayangariani@gmail.com
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Salam ustaz, kerana tidak sefahaman yg amat kritikal saya bertindak meminta cerai dengan suami. suami pula ada menyebut perkataan begini " nak ceraikan.. boleh.. tp kena berkelahi dulu". sya sudah penat bergaduh jadi saya memang cadangkan kalu nak berkelahi ka atau apa mesti ada orang ketiga.. suami setuju dan kami terus bertemu dengan org ketiga bagi menjadi org tengah dlm pertelingkahan ini.. setelah berjumpa kami mmg bergaduh.. adakah perbuatan ini terjatuh talak atau tidak ustaz.
File Upload:

Salam Puan Dayang

Maaf puan, saya kurang jelas dengan isu yang dikemukakan.

Jika ucapan, nak cerai boleh, tapi kena berkelahi dulu... itu sebagai satu taklik yang kurang jelas, pada pendapat saya. Jika berkelahi dan suami ada melafazkan 'cerai', maka jatuhlah talak. Tetapi jika sekadar ugutan, ia tidak memberi bekas. Itu kefahaman saya. Tk


Visitor IP: 118.101.236.31

Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai taklik

Nama*:fauziah ahmad
Alamat Email:dayangariani@gmail.com
Tajuk*:lafaz cerai taklik
Message*:Suami dan saya sering berselisih faham.. suami sering menghina saya dengan kata2 kesat.. disebabkan tidak tahan saya meminta suami menceraikan saya.. dia sering menjawab aku memang nak ceraikan hang.. cuma aku tak kaya.. kalau aku kaya dah lama aku ceraikan hang.. dia menuduh saya curang dan selalu juga berkata kalau hang mengaku hang sukakan si... hang nak kan dia aku boleh ceraikan hang sekarang jgk... hang boleh p kawin ngan dia.. adakah jatuh talak jika saya sengaja mengaku sukakan lelaki itu.
File Upload:

Salam Dayang,

Jika puan mengaku sayangkan lelaki itu, suami puan perlu melafazkan talak/cerai untuk menjatuhkan talak, seperti yang saya faham dalam kes ini. Saya faham ucapan suami lebih berbentuk ugutan untuk taklik.
tk



Visitor IP: 118.101.236.31

Powered by EmailMeForm



Friday, February 22, 2013

Soalan: adah jatuh talak

Nama*:sue
Alamat Email:sue031184@gmail.com
Tajuk*:adah jatuh talak
Message*:salam ustaz pada suatu malam saya dan suami melihat drama tv yang mengisahkan cerai talak 3@cina buta..lepas hbis cerita tu suami dgn tiba2 terkeluar kata2 "macam mana ye kalau abang buat mcm tu?" sy tanya dia adakah abg ada niat hendak ceraikan saya mcm tu? sambil beristighfar dia bersumpah tiada niat sedikit pun... adakah jatuh talak dgn kata2 suami tu ustaz..tolonglah jwb ustaz sy risau sgt., terima kasih.
File Upload:

Salam Puan Sue..

Ia tidak jatuh talak kerana tanpa niat pada lafaz yang 'tidak jelas' seperti itu. tk

Visitor IP: 175.140.89.124

Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 19, 2013

Soalan: hukum bersetubuh setelah beberapa jam diceraikan melalui pesanan ringk

Nama*:nor
Alamat Email:cnorhasni@yahoo.com.my
Tajuk*:hukum bersetubuh setelah beberapa jam diceraikan melalui pesanan ringkas..
Message*:salam ustaz..jika suami ceraikan sy melaui sms..cth amninah bt abu..aku ceraikan kau dengan talak satu…jatuh kn talaknya??tp masalah skg..selepas beberapa jam suami sy menghantar sms cerai tu..kami pon bertemu..lalu kami bersetubuh..adakah halal hubungan kami..dan apakah sah penceraian kami??atau kami perlu rujuk dan tidak boleh terus bercerai??
sebab suami sy mahu ceraikan sy..sebab orang ke3..dia mahu kawen lain..dan perempuan tu mintak sy diceraikan..padahal sy x mahu bercerai..sy rela dimadukan..apa perlu sy lakukan ustaz??utk pengetahuan ustaz perempuan itu orang sarawak..padahal sebelom ini rumahtangga kami aman ja..
File Upload:

Salam Puan Nor

Mohon maaf kerana terlalu lewat membalas isu ini..

Cerai melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya. Dalam kes ini, ia terjatuhlah talak satu.

Persetubuhan tanpa rujuk - seperti kes ini- adalah haram dan berdosa; berzina.

Suami perlu merujuk kembali (jika masih dalam edah) dengan mengatakan atau mengajak kembali merujuk...

Soal poligami itu adalah kehendak suami.. Puan membenarkannya, maka ia lebih baik dan membantu kebahagiaan rumah tangga.

tk

Visitor IP: 175.141.99.64

Powered by EmailMeForm



Friday, February 15, 2013

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:nana
Alamat Email:nana199@yahoo.com.mu
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:Saya dan suami tgk drama melayu.
Kemudian watak isteri dlm drama tersebut berkata pada suaminya 'kita berpisah sekejap tau'.
Suami tak dengar dialog dlm tv tu kemudian suami tanye saya cerai ek?
Saya pun jawab ' tak lah..dia hanya nak berpisah sekejap'.
Soalan : jatuh cerai ke ?
File Upload:

Salam Puan Nana,

Mohon maaf kerana terlalu lama tidak dijawab...

Setahu saya, ia tidak menjatuhkan talak dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 60.53.25.9

Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan

Nama*:anie
Alamat Email:
Tajuk*:Pertanyaan
Message*:Salam,

Ustaz,

Saya telah 14 tahun berkahwin. Suami saya seorang yang panas baran dan kata2nya sering menyakitkan hati. Dia mudah marah dan naik angin walaupun atas perkara2 kecil. Selama ini saya puas bersabar, kini saya rasa saya tidak mampu lagi bersabar kerana hati saya pedih sangat kerana perkara sama berulang setiap hari.

Kebelakangan ini suami selalu mengucapkan sindiran hendak berpisah tapi bila dh sejuk dia kata dia boleh ucap apa saja bila marah. Saya telah berberapa kali solat isthikarah tetapi perasaan saya condong kepada rasa sayang dan tak sampai hati.

Mohon ustaz nasihatkan saya kerana sekarang ini saya rasa tak tahan lagi tapi takut untuk buat keputusan berpisah. Saya sering berfikir adakah saya akan tersiksa batin begini hingga ke akhir hayat.

Terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Puan Anie,

Puan, tahniah atas kesabaran puan melayan karenah suami selama 14 tahun. Cubalah bertahan dan mempertahankan keluarga ini. Perceraian adalah dibenarkan, tetapi ia bukan pilihan yang baik dan terbaik...

Suami puan perlu dibimbing. Pujuk dan ajaklah dia mendekati majlis ilmu, beribadah dengan setulusnya, kembali kepada agama dan penghayatannya... kerana di situ letaknya kedamaian jiwa seorang lelaki. Bantulah suami puan..

tk


Visitor IP: 113.210.228.207

Powered by EmailMeForm



Wednesday, February 13, 2013

Soalan: talak

Nama*:sham
Alamat Email:
Tajuk*:talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Situasi ini berlaku semasa isteri mengandung..

1) Isteri berkata, kalau abang main judi, kita tiada apa-apa. Suami jawab ok.

2) Di hari lain, isteri berkata, kalau abang main judi lagi, kita cerai. Suami jawab ok.

3) Isteri berkata, kalau abg main judi lagi, ANGGAP kita sudah cerai. Suami jawab ok.

Kemudian isteri sudah bersalin, dan suami ada berjudi semasa isteri mengandung.

Suami tiada niat cerai semasa mengiyakan apa yang dikatakan isteri. Maksud suami ialah ok untuk ke mahkamah, untuk berbincang atau menerima kaunseling.

Adakah jatuh talak dalam semua situasi tersebut. Dan berapa talak yang jatuh?
File Upload:

Salam Sdr Sham

Maaf kerana terlalu lama hendak dijawab...

Isu 2 dan 3, menyebut OK itu ada kaitannya dengan lafaz taklik sebab ia secara jelas disebutkan CERAI. Jika benar suami mengiakan atas andaian lain (utk dapat kauseling, ke mahkamah dll) tetapi pada lafaz jelasnya ia disebut CERAI.

Oleh itu perbuatan bermain judi tidak kira semasa mengandung atau selepas mengandung boleh menyebabkan jatuhlah talak satu seperti tersebut dalam lafaz taklik yang jelas...

Dalam kes ini, jatuhlah talak satu.

tk


Visitor IP: 124.13.188.39

Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai

Nama*:Ahmad Ali
Alamat Email:Ahmadali_1981@ymail.com
Tajuk*:Lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz
Saya bertengkar dengan isteri. Saya ada melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh isteri saya dengan kawan saya.Satu hari, isteri saya menyuruh saya untuk berkata yang kalau saya berjumpa dengan kawan saya itu, maka kami akan cerai. Saya pun berkata " Kalau saya jumpa kawan saya itu, maka jatuh talak"

Soalan saya
1) Jatuhkah talak?
2) Sekiranya saya terjumpa dan bercakap dengan kawan saya, adakah jatuh talak?
3) Sekiranya talak jatuh dan saya sudah rujuk kembali, adakah sekiranya saya terjumpa kawan saya itu, talak akan jatuh lagi sekali?
4) Bolehkah talak dijatuhkan untuk memutuskan silaturrahim? Saya terfikir sekiranya satu hari nanti,saya mahu ke Mekah.Sudah pasti saya perlu berjumpa dan meminta maaf dari kawan saya itu juga.

Saya harap ustaz dapat membantu saya. Terima Kasih Ustaz.Allah sahaja dapat membalas jasa Ustaz.
File Upload:

Salam Saudara Ahmad.

Maaf kerana terlalu lama hendak dijawab... agak sibuk minggu sebelum ini..

Lafaz 'berjumpa dengan kawan, jatuh talak' adalah lafaz taklik yang jelas. Perbuatan bertemu kawan itu akan menyebabkan jatuh talak satu.

Setelah jatuh talak satu, maka lafaz taklik itu tidak terpakai lagi - terungkai hukumnya. (Boleh bertemu kawan tanpa jatuh talak).

Lafaz taklik tidak dikira atas apa sahaja isu, walaupun soal memutuskan silaturahim. Oleh itu berbincanglah dengan isteri dan mohonlah kebaikan untuk rumah tangga....

tk


Visitor IP: 175.139.94.198

Powered by EmailMeForm



Monday, February 11, 2013

Soalan: Ingin tahu status lafaz taklik

Nama*:Ahmad
Alamat Email:ahmadsatja@gmail.com
Tajuk*:Ingin tahu status lafaz taklik
Message*:Salam Ustaz.

Pada satu malam saya dan isteri saya bergaduh kerana isteri saya dapat tahu yang saya ada hubungan dengan perempuan lain (Padahal saya dengan perempuan itu sekadar adik angkat sahaja). Saya menjadi terlalu marah apabila isteri saya tidak percaya dengan penjelasan saya. Isteri saya memberitahu hal ini kepada kakak dan emaknya dan keluarga isteri saya masuk campur dan berkata akan menyelesaikan kes ini dengan membuat keputusan akan pergi berjumpa perempuan itu. Saya tidak setuju sama sekali lalu melafazkan " kalau Ina (isteri), emak atau kakak ina pergi jumpa budak perempuan tu lepas ni kita tak ada apa-apa dah"(saya tiada niat, cuma nak meredakan keadaan ketika itu). Isteri saya diam tidak berkata apa-apa dan mereka tidak berani berbuat apa-apa.
Soalan saya ustaz. Adakah lafaz itu boleh ditarik balik dan sekiranya isteri saya, emak dan kakaknya 'terjumpa' dengan tidak sengaja adakah ianya jatuh talak?

Terima Kasih Ustaz
File Upload:

Salam sdr Ahmad,

Mohon maaf kerana lewat membalas email ini.

Lafaz   "...lepas ni kita tak ada apa-apa dah" adalah bergantung kepada niat suami. Jika maksud tak ada apa apa dah itu ialah cerai, maka jatuhlah cerai/talak jika isteri bertemu dengan perempuan berkenaan. Jika niat suami tiada apa-apa dah itu ialah sekadar menggugut tanpa berniat utk cerai, maka ia tidak jatuh talak jika mereka bertemu dengan perempuan berkenaan.

Pertemuan dengan perempuan itu mestilah terjadi dengan disengajakan oleh pihak isteri (Isteri pergi mencari si perempuan itu). Jika terserempak tanpa disengajakan ia tidaklah menjatuhkan talak, pada fahaman saya.

Lafaz taklik tidak boleh ditarik balik atas beberapa pendapat ulama.

Visitor IP: 175.144.239.125

Powered by EmailMeForm



Friday, February 8, 2013

Soalan: cerai

Nama*:mohd yusri
Alamat Email:zauryn70@yahoo.com
Tajuk*:cerai
Message*:assalamualaikum, pada satu hari semasa saya hendak menunaikan solat maghrib isteri membebel-bebel dan memaki hamun saya. Sudah macam-macam cara dah buat mengikut cara islam mengikut al-quran saya ada melakukan solat istikarah memohon agar diberi pentunjuk sama ada nak teruskan perkahwinan atau nak bubarkan perkahwinan. dan berat kepada pembubaran. tapi saya pendam dan bersabar. sehingalah kejadian maghrib itu berkata pada isteri yang hati saya condong untuk menceraikan awak adakah jatuh talak.
File Upload:

Salam Sdr Yusri, mohon maaf kerana lambat membalas email ini..

Kecenderungan dan keinginan utk bercerai tanpa sebutan lafaz cerai / talak, tidaklah menjatuhkan cerai.

Bimbinglah dia, sebagai Ketua Keluarga bersabarlah. Gunakan berbagai hikmah dan kebijaksaaan utk membantu dia menjadi isteri yang baik.

tk

Visitor IP: 172.16.71.51

Powered by EmailMeForm



Thursday, February 7, 2013

Soalan: talak taklik

Nama*:syahira
Alamat Email:
Tajuk*:talak taklik
Message*:Assalamualaikum..

Ustaz saya nak bertanya adakah jatuh talak dalam situasi berikut:

1. Suami hantar sms 'Kalau abang melepak lagi dengan diorang, jatuh talak'. Diorang yang dimaksudkan ada 2 orang. Suami menegaskan selepas lafaz talak ni, dia tak pernah melepak dengan mereka. Tapi ada berbual kalau terserempak di mana-mana. Suami juga pernah menolong salah seorang dari mereka mengangkat barang untuk berpindah rumah dan duduk minum sekali untuk berehat selepas mengangkat barang. Adakah jatuh talak?

2. Saya pernah beritahu suami 'kalau abang pergi kedai game judi lagi, abang anggap kita sudah cerai. Suami jawab 'ok'. Kemudian selepas itu, dia ada pergi kedai tersebut. Adakah jatuh talak tersebut?

Terima kasih.
File Upload:

Salam Puan Syahira

Maaf, saya lambat membalas email ini ...

1. Pada kefahaman saya, ia tidak jatuh talak kerana maksud 'melepak' berbeza dengan buat kerja atau terserempak....

2. Kes ini perlu rujuk kepada suami, adakah dia OK itu bermakna setuju untuk cerai sebagai lafaz talak, tetapi jika dia OK itu tanpa niat CERAI, ia tidak terjadi lafaz taklid. Rujuk kembali kepada suami puan akan maksud OK yang dilafazkan.


Visitor IP: 118.101.201.197

Powered by EmailMeForm



Wednesday, February 6, 2013

Soalan: Jatuh talak ke?

Nama*:Isteri
Alamat Email:naqqq7786@gmail.com
Tajuk*:Jatuh talak ke?
Message*:Salam...
saya ingin bertanya beberapa soalan. harap dapat dijawab secepat mungkin. Jatuh talak ke sekiranya :

1) Suami kata "Kalau kau bebel lagi, jatuh TALAK" isteri dengan sengaja sbb dalam keadaan marah, menangis dan membebel lagi.

Jatuh ke talak sekiranya mcm tu Ustaz? Terima kasih
File Upload:

Salam puan,

Oleh kerana itu lafaz takliknya, maka tindakan membebel oleh isteri, walaupun dalam keadaan marah sekalipun, jatuhlah talaknya.

Jatuh talak satu, perlu dirujuk kembali... mohon taubat kpd Allah dan kemaafan drp suami...
tk

Visitor IP: 180.73.201.88

Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak II

Nama*:salmah
Alamat Email:
Tajuk*:adakah jatuh talak II
Message*:Assalamualaikum. bagi kes pertama dalam soalan "adakah jatuh talak" yang saya kemukakan, saya ada kemusykilan. suami yang menyuruh saya pindah rumah dan mengikutinya, tetapi akhirnya, suami menyerahkah keputusan pindah rumah itu kepada saya. ia seolah-olah dia mengikuti saya, bukannya saya mengikuti dia. perpindahan itu tidak berlaku kerana saya telah memutuskan untuk tidak pindah. Ini bermakna saya tidak mengikutinya. Sedangkan, dari awal dia yang mengatakan bahawa jika saya tidak mengikutinya pindah rumah, akan jatuh satu talak bagi saya. Ternyata saya tidak mengikutinya. adakah ianya masih dikira sebagai tidak jatuh talak?
File Upload:

Salam puan,

Maksudnya suami puan tidak mahu talak itu terjatuh, sebab itu dia mahu puan yang buat keputusan kerana jika suami yang bertindak, ia akan menjatuhkan talak setelah lafaz taklik diucapnya.

Tk

Visitor IP: 60.53.170.248

Powered by EmailMeForm



Soalan: bilangan talak

Nama*:rohana
Alamat Email:
Tajuk*:bilangan talak
Message*:salam. saya mahu bertanyakan ustaz tentang kemusykilan lafaz talak yang pernah diucapkan oleh suami saya.suami pernah melafazkan lafaz cerai "aku lepaskan kau.kau takde apa2 dengan aku.ko kemas barang balik Pahang". Kemudian, selepas 3 jam kemudian,pada hari yang sama dia melafazkan pada saya" betullah tu.dah jatuh dah.aku ceraikan kau dengan talak 1". adakah dikira telah jatuh 2 talak terhadap saya? terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Puan Rohana

Apa yang saya faham pada kes ini, jatuhlah talak satu. Ulangan yang ke dua yang disebut oleh suami adalah penjelasan kepada perkara yang pertama.

Tk






Visitor IP: 60.54.102.67

Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 5, 2013

Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:salmah
Alamat Email:
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum.
saya ingin bertanya mengenai lafaz ta'liq. suami saya pernah melafazkan dua lafaz ta'liq sebelum ini, dalam hal ini saya ingin bertanya adakah jatuh talak bagi-bagi lafaz2 tersebut:

1.lafaz pertama: "kemas barang, kita pindah. Awak ikut saya, kalau awak tak ikut saya, jatuh satu talak untuk awak"
Suami telah bergaduh dengan keluarganya dan memutuskan untuk pindah rumah, perkara ini (isu pindah rumah) berlanjutan sehingga seminggu. Akhirnya, suami berkata pada saya :"awak nak pindah tak, kalau nak pindah, bak sini duit". Saya mempunyai duit tetapi memutuskan untuk tidak memberinya duit n tidak pindah. Adakah telah jatuh talak?

2. Lafaz kedua:"kalau awak balik Perak ikut mak awak, jatuh talak 3".  Setelah saya bertanya pada suami, dia berkata niat dia adalah kalau saya balik pada hari Sabtu jatuh talak. Jadi, saya telah balik bersama ibu saya pada hari Jumaat. Adakah jatuh talak?
File Upload:

Salam Puan Salmah,

Pada pendapat saya, kes pertama tidak jatuh talak kerana perpindahan itu tidak berlaku.

Kes kedua; lafaz talak dan taklik bergantung kepada niat suami, jika suami berniat seperti itu, maka seperti itulah yang kita perakurkan.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 115.134.123.76

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA