Thursday, December 13, 2012

Soalan: lafaz talak

Nama*:leeza
Alamat Email:leezaswan@yahoo.com
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum ustaz, alhamdulilah saya dikurniakan seorang suami yg baik dan bertanggungjawab serta merupakan seorang pembimbing yg sentiasa memperbaiki kelemahan diri utk mendidik saya dan anak2. Namun satu-satunya kelemahan yang tidak mampu beliau atasi adalah amarah. Pada suatu hari berlaku pentengkaran kecil antara kami. Saya yg terlalu berkecil hati, merajuk dan berpura2 membuka pintu almari baju. Saat itu suami saya datang menegah perbuatan saya dan kerana kasihnya kepada saya dan takut akan saya melakukan perbuatan yg Ingkar maka suami saya melafazkan "Kalau kau keluar dari rumah ni kejap lagi dengan bawa semua baju dalam almari ni maka jatuhlah talak satu". Selepas itu memang saya keluar dari rumah namun saya tidak membawa sehelai pakaian pun keluar seperti lafaz yang diucapkan. Soalan saya ustaz jatuhkan talak keatas saya pada masa itu. Sesungguhnya peristiwa itu banyak memberi tekanan kepada saya kerana saya takut kehilangan suami yang telah banyak membimbing dan mendidik saya menjadi seorang wanita muslimah.
File Upload:

Salam Puan Leeza,

Daripada apa yang saya faham pada kes ini, ia tidak jatuh talak kerana perbuatan puan ketika itu tidak memenuhi syarat taklik yang ditetapkan oleh suami. Jika syaratnya keluar bersama-sama baju sealmari, puan tidak begitu... makanya tidaklah jatuh talak.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.167.189

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.