Tuesday, December 25, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:zaki
Alamat Email:lagendroses@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:As salam ustaz,
3 minggu lepas saya dan isteri bertengkar namun isteri saya meminta saya untuk menceraikannya tetapi saya enggan.
akibat perbuatan saya yang enggan menceraikannya,isteri saya telah memukul saya dengan senjata.tidak tahan dipukul ,saya telah membalas dengan memukulnya kembali.tidak puas hati dengan perbuatan saya,isteri mengancam saya dengan pisau sambil memegang anak kami yang berusia 2 bulan.takut terjadi apa2 yang tidak diingini kepada saya dan anak2,saya cuba merampas pisau itu,malangnya jari saya mengalami luka yang serius.dalam keadaan separuh waras,saya telah melepaskannya dengan talak 1 dengan niat tidak akan berlaku kemalangan yang lebih buruk.selepas saya menjatuhkan talak,isteri saya kembali tenang.

Ustaz adakah jatuh talak saya?untuk pengetahuan ustaz,kerap kali isteri saya diganggu makhluk halus.perkara ini yang akan berlaku setiap kali diganggu.
saya harap ustaz dapat jelaskan tentang status saya dan isteri.
Wassalam....
File Upload:

Salam Saudara Zaki,

Dalam keadaan terpaksa dan ada kepentingan darurat, apa yang saya ketahui, ia tidak menjatuhkan talak seperti kes di atas.

Jika diketahui isteri terganggu, silalah berubat. Carilah penawar demi kebahagiaan sekeluarga.

Salam...



Visitor IP: 113.210.98.249

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:zaki
Alamat Email:zaki@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz....klu isteri bercakap masa bergaduh...bosan,bosan dgn abg ni....suami pun jawab...bosan...bosan...cerai jelah....adakah jatuh talaqnya ustaz.....
File Upload:

Salam Sdr Zaki,

Maaf lewat membalas email ini.

Sebutan saudara 'cerai je lah'... menjatuhkan talak atas apa yang saya tahu.



Visitor IP: 124.13.188.61

Powered by EmailMeForm



Saturday, December 22, 2012

Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya suami merokok?

Nama*:zue
Alamat Email:zue.reena@yahoo.com
Tajuk*:Adakah jatuh talak sekiranya suami merokok?
Message*:Suami sudah berjanji pada saya yang dia akan berhenti merokok. Suatu hari, kami bertengkar disebabkan suami yang masih lagi merokok. saya meminta suami tetapkan 1 tarikh untuk dia berazam betul2 terus berhenti merokok dan suami berkata dengan perasaan marah lebih kurang begini" jika lepas 1 mac ini x boleh, aku ceraikan kau" apa yg saya faham ialah sekiranya lepas 1 mac, dia tetap masih merokok samada bersembunyi atau terangan di hadapan saya, adakah jatuh talak terhadap saya?
File Upload:

Salam Puan Zue,

Atas kefahaman saya, lafaz takliknya adalah sah. Jika suami merokok selepas tarikh berkenaan, bererti dia melanggar takliknya sendiri dan menyebabkan jatuh talak.

(Pelik saya, kenapa nak dikaitkan rokok dengan cerai.. cerai tu perkara yang tidak boleh dibuat main. Beringatlah selalu.)

Jika masih dalam edah, kembalilah rujuk. Jika selepas edah, kembali berakad nikah.

wallahuaklam

Visitor IP: 176.27.242.70

Powered by EmailMeForm



Friday, December 21, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:nor
Alamat Email:ippls@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz...saya ingin bertanya sekiranya tlh berlaku talaq 1, tp suami isteri tidak menyedarinya maka tidaklah berlaku rujuk kmd berlaku lagi percakapan yg membawa kpd jatuhnya talaq....bila suami isteri ini mendalami lg ttg ilmu ini baru mrk mengetahui bhw kata2 mrk tlh menyebabkan jatuhnya talaq. Jadi dlm kes ini talaq berapa yg jatuh pd isteri.... Sekian terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Puan Nor,

Wallahuaklam... Setahu saya setiap kali sebutan talak dilafazkan akan jatuhlah talak walaupun suami tidak tahu hukumnya. Dalam kes ini, dua kali dikira jatuh talak... so, kena berhati-hati sangat-sangat...

Kembalilah kepada Allah, mohon taubat dan keampunan.

wallahuaklam

Visitor IP: 203.82.92.101

Powered by EmailMeForm



Soalan: pelanggaran taklik

Nama*:amin
Alamat Email:skcddaro@yahoo.com
Tajuk*:pelanggaran taklik
Message*:salam ustaz.. saya nak tanya tentang taklik..Isteri saya ada meminta saya melafazkan taklik berikut:

1) kalau abang main Facebook jatuh talak satu
2) kalau abang ada berhubung lagi dengan adik angkat, jatuh talak satu
3) kalau abang tak setia dengan ayg,jath talak satu...

Soalan 1- untuk pengetahuan ustaz, saya ada main FB dan adakah jatuh talak itu

Soalan 2- selepas sebulan, saya ada berhubung pula dengan adik angkat saya.. adakah talak taklik kedua ini juga jatuh jika lafaz taklik yang pertama sudah jatuh talak?
Di harapkan ustaz dapat membantu masalah ini.. terima kasih
File Upload:

Salam sdr Amin,

Adakah lafaz taklik itu dibuat atas kehendak sendiri atau sekadar mengambil hati isteri (tanpa kemahuan sendiri)... Jika atas kehendak sendiri maka jatuhlah talak jika melakukan perkara yang dijelaskan. Tetapi jika bukan atas kemahuan sendiri, tidaklah jatuh talak atas pelanggaran taklik berkenaan.



Visitor IP: 113.211.130.10

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:mimi
Alamat Email:mimi72@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:Assalamualaikum ustaz....semasa bergaduh....suami kata klu nk bercerai..bercerai je lah...tp saya x jawap apa2pun.....apakah jatuh talaq tersebut ustaz....
File Upload:

Salam puan,

Atas kefahaman saya pada kes ini, tidaklah jatuh talaknya. Suami tidak menyatakan cerainya secara jelas.

Visitor IP: 183.171.162.179

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:zaki
Alamat Email:zaki@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz...perkara ni dah lama berlaku..saya rasa pernah menyebut perkataan cerai kpd isteri, tp saya dan isteri puas fikir btk ayatnya samada :-)1.isteri ckp bosanlah dgn abg ni (tp dia kata dlm hati x bosanpun) dlm keadaan marah. Saya jawap s/ada klu bosan nk cerai ke @klu bosan cerai jelah.... saya jd tertekan bila memikirkannya.....bkn saja buat x ingat.....lps teringatkan peristiwa ni saya dan isteri bertaubat x akan sebut lg perkataan macam tu...tlglah ustaz jelaskan.. T.kasih
File Upload:

Salam Sdr Zaki,

Atas syak dan keraguan ini, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak.

Berhati-hatilah..



Visitor IP: 183.171.162.179

Powered by EmailMeForm



Thursday, December 20, 2012

Soalan: Pengesahan talak

Nama*:Ina
Alamat Email:niknanikmat@yahoo.com
Tajuk*:Pengesahan talak
Message*:Salam Ustaz,

Saya mohon pandangan berkaitan status saya sebagai isteri apabila suami sering mengugut dengan perkataan cerai setiap kali pergaduhan berlaku. Sehingga kini telah 5 kali pergaduhan yang telah dilafazkan dengan cerai:

1. Sering kali yang diucapkan adalah "kita cerai je lah" dan pernah diulang dalam 1 pergaduhan sehingga 3 kali ucapan tersebut. Adakah talak 3 jatuh?

2. Pernah suami mengugut jika saya keluar dari rumah, akan jatuh talak. Walau bagaimanapun, saya akhirnya tidak keluar seorang diri tapi mengajaknya keluar bersama. Adakah talak itu tetap jatuh walaupun saya keluar bersamanya?

3. Yang terakhir sekali semasa kami bercuti, suami saya mengatakan "balik nanti, kita bercerai je lah". Adakah bila kami balik, talak itu jatuh?

Pohon pandangan Ustaz.
Terima kasih.

Nikna
File Upload:

Salam Puan Ina,

1. Ugutan suami untuk cerai seperti lafaz; kita cerai je lah.. tidak jatuh cerai kerana ia lebih satu ugutan. Tetapi harus diingat, mempermainkan cerai amat tidak baik dan tidak dibolehkan dalam Islam. (Saya nak sebut perkataan cerai itupun takut.... )

2. Daripada kefahaman saya, tidak benar keluar rumah itu atas kebenaran suami. Jika puan keluar tanpa kebenaran suami, akan jatuhlah talak. Tetapi jika keluar dengan kebenarannya, saya berpendapat ia tidak jatuh talak.

3. Belum jatuh talak.. kerana lafaznya cerai tidak disebut selepas balik dari bercuti...

wallahuaklam

Visitor IP: 203.217.176.4

Powered by EmailMeForm



Monday, December 17, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:itarini
Alamat Email:itarini
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz....saya ada satu permasalahan.....semasa bergaduh dgn suami. Suami berkata aku x kan sentuh awak selama sebulan.. Tapi x terjadipun sbb kami bergaduh x sampai satu hari....adakah kata-kata suami itu blh menyebabkan gugur talak..bila saya tanya dia kata bkn niat ke arah cerai..minta penjelasan ustaz t. Ksih....
File Upload:

Salam Puan Ita,

Bagus tu, boleh gaduh selalu sebab gaduhnya tak lama... lama-lama bergaduh, dah tak ada isu lagi, jadi baik akhirnya... he he.. op sori puan..

Saya perhatikan lafaz berkenaan tiada pengertian talak atau cerai, lalu tidaklah jatuh talaknya. Ia juga tiada lafaz yang jelas menunjukkan sumpah, maka tiadalah juga dikira sumpah. Ia hanyalah ugutan kecil tanda sayang, semoga puan bahagia dengan suami puan.

Terima kasih.

Visitor IP: 183.171.163.211

Powered by EmailMeForm



Sunday, December 16, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz merujuk kepada persoalan yg tlh ustaz jawab tu..alhamdulillah lega rasanya..tp bila saya tanya ke pejabat agama melalui telefon, mrk menyuruh saya pergi ke mahkamah utk buat pengesahan cerai.. Macamane ye ustaz perlu ke saya pegi ke mahkamah..klu ikutkan saya x nk ke sana..tapi bila melibatkan perkara dunia akhirat ni saya takut pula....bantulah saya
File Upload:

Salam Puan Ina,

Rujuklah ke pejabat agama kerena mereka lebih berautoriti dalam perkara ini. Cuma ini pandangan saya, pendapat saya daripada apa yang saya fahami sedikit-sedikit dari hikmahnya hukum Allah kepada kita.

Jika sdri yakin bahawa ia tidak menjatuhkan talak, saya kira berpeganglah kepada pendirian itu.. dan mohonlah keampunan daripada Allah, selebihnya.


wallahuaklam.
Visitor IP: 203.82.92.102

Powered by EmailMeForm



Soalan: pembetulan kpd soalan sebelum

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:pembetulan kpd soalan sebelum
Message*:salam ustaz..tlglah berikan jawapannya....
semasa bergaduh si isteri telah menyelak langsir sliding rumahnya...dan berbogel utk menarik perhatian suaminya yg sdg teramat marah. .lalu suaminya berkata jatuh talaq klu org nampak...masalahnya suami isteri x dpt memastikan samada waktu tu org nampak @ tidak..jadi adakah jatuh talaq tersebut..perkara ni dah lama berlaku...baru skrg isteri rasa was2 samada org nampak ke waktu itu.....
File Upload:

Tidak jatuh talak.. kerana tidak dapat dipastikan ada orang nampak atau tidak...

Visitor IP: 203.82.92.114

Powered by EmailMeForm



Saturday, December 15, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz....sepasang suami isteri bergaduh hinggakan suaminya marah yg teramat sgt..di dlm bilik tidur si isteri tlh berbogel dgn tujuan utk meredakan kemarahan suaminya, tiba2suaminya berkata klu org nampak jatuh talaq ye.....setelah beberapa bulan si isteri bertanya semula kpd suaminya maksud taklik tersebut suami kt klu org nampak dlm keadaan bogel sahaja..masalahnya suami isteri x tau samaada org blh nampak atau tidak keadaan tersebut sbb dlm bilik tu ada sliding door..si suami kata org x nampaklah, kekadang si isteri was-was takut ternampak waktu pakai baju ke dan sebagainya bila langsir dibuka....macamna tu ustaz keadaannya...
File Upload:

Salam Puan Ina,

Hai kenapalah kes macam ni pun boleh berlaku... kok ye pun... sabr le sikit...

Jika tidak dipastikan 'tiada orang nampak' maka saya berpendapat, tidaklah jatuh talaknya.

Dunia ni macam-macam jadinya...

Visitor IP: 183.171.166.154

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:idaniana
Alamat Email:idaniana@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz.. Saya tlh lama mendirikan r/tangga iaitu sudah 16 tahun.saya suami isteri tiada masalah..suami saya seorang yg sgt baik dan amat memahami..tetapi dia x blh dgr saya marah, klu saya mulakan marahnya akan terjadilah pertengkaran diantara kami hingga ke tahap marah suami yg teramat sgt..setiap kali dia marah dia akan menggeluarkan perkataan spt aku benci kau, berambus ko dr umah ini dll lg.setiap kali saya tanya dia akan kata x bermaksud apa2. Kadang-kadang saya teringat balik pertengkaran yg dulu2 hingga menimbulkan perasaan was2 ia ke suami x bermaksud cerai. Saya juga selalu terfikir sepjg perkahwinan kami ni pernahkah jatuh talaq dengan perbuatan dan perkataan yg dilakukan oleh suami, bila tya suami suami kata dah lupa yg dulu-dulu tu, rasa x ada, sayapun puas fikir tp dah x ingat. Seingat saya lafaz sorih mmg x ada tp kinayah tu byk lah.macamana ye ustaz saya nak tenangkan perasaan.....
File Upload:

Salam Puan Ida,

Lafaz cerai yang berbentuk kinayah - tidak jelas-  memerlukan niat yang jelas daripada suami. Jika sumai menyebut; keluar engkau dari rumah ini... ia perlukan niat 'cerai' daripada suami.

Dalam kes ini, jika pengakuan suami bahawa dia tidak pernah berniat untuk menceraikan puan, maka tidaklah jatuh talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.165.80

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz..saya ingin bertanya beberapa soalan ttg jatuhnya talaq
1.semasa bergaduh isteri berkata kpd suami" klu awak dah x suka saya, hantarlah saya kerumah mak ayah saya, lalu suami menjawab jomlah saya hantar..stlh bertanya pd suami, dia mengatakan x bermaksud ceraipun saja nk jwp percakapan isteri. Adakah jatuh talaqnya itu..
2.semasa bergaduh suami bertanya nk cerai ke. Isteripun jwp klu nk cerai jgn main sedap mulut je, jgn ckp apa2 pergi mahkamah ambil borang biar hakim yg menjatuhkannya. Dlm masa yg sama suami, suami pergi ambil borang bawak balik tetapi sampai tahap tu je sbb isteri kata x nk, kmd borang itu terbiar begitu sahaja x dihantar semula.macamana dgn situasi ini ustaz..harap dpt beri penjelasan
File Upload:

Salam Puan Ina,

1. Suami tidak menghantar puan ke rumah emak ayah, bermaksud tidaklah jatuh talaknya seperti yang terkandung dalam lafaz taklik.

2. Alhamdulillah, tidak jatuh talak kerana tiada lafaz dan tindakan yang dibuat menunjukkan cerai.

Terima kasih.

Visitor IP: 183.171.164.154

Powered by EmailMeForm



Friday, December 14, 2012

Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:Muhamad Ruiz Bin Ahmed
Alamat Email:ruizcr14@gmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustaz.. disini saya ada beberapa perkara yang menjadi kekusutan saya selama ini.
1). apakah hukum jika suami berkata kepada isteri "bukan bini aku macam ni" (merujuk kepada perangai isteri) bukan niat hendak menceraikan. Kerana selepas itu suami berkata "aku nak bini yang dulu". dengan niat isteri berubah perangai. apakah hukumnya?

2)apakah hukumnya ketika hendak bersetubuh. isteri membelai suami dan suami dgn nada bergurau berkata "ish tak boleh haram" tanpa niat apa-apa kecuali ingin bermesra dengan isteri. Dan apakah hukum jika ketika hendak bersetubuh dgn isteri suami berkata " sayang, jom buat maksiat" apakah hukumnya kerana ketika itu suami hanya ingin bersama dgn isteri tanpa niat apa-apa?

3). apakah hukum ketika bermesra dgn isteri. suami menghisap buah dada isteri sambil memanggil mama dan berlagak seperti anak kecil lapar susu. adakah ianya dikira zihar?

Tolong bantu saya ustaz.
File Upload:

Salam sdr Ruiz,

1. Ia tidak jatuh talak kerana tiada niat untuk bercerai dalam kes ini...

2. Tiada niat cerai dalm kes ini... tidaklah jatuh talaknya. Tetapi ungkapan seperti ini tidak patut diucapkan kerana perkara yang halal perlu dihalalkan, perkara yang haram perlu diharamkan..

3. Ia sekadar gurauan dan bukannya 'mama' itu emak kandung suami tetapi sebagai mama yang umum.. tidaklah dikira dzihar...

wallahuaklam

Visitor IP: 113.210.226.211

Powered by EmailMeForm



Thursday, December 13, 2012

Soalan: lafaz talak

Nama*:leeza
Alamat Email:leezaswan@yahoo.com
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum ustaz, alhamdulilah saya dikurniakan seorang suami yg baik dan bertanggungjawab serta merupakan seorang pembimbing yg sentiasa memperbaiki kelemahan diri utk mendidik saya dan anak2. Namun satu-satunya kelemahan yang tidak mampu beliau atasi adalah amarah. Pada suatu hari berlaku pentengkaran kecil antara kami. Saya yg terlalu berkecil hati, merajuk dan berpura2 membuka pintu almari baju. Saat itu suami saya datang menegah perbuatan saya dan kerana kasihnya kepada saya dan takut akan saya melakukan perbuatan yg Ingkar maka suami saya melafazkan "Kalau kau keluar dari rumah ni kejap lagi dengan bawa semua baju dalam almari ni maka jatuhlah talak satu". Selepas itu memang saya keluar dari rumah namun saya tidak membawa sehelai pakaian pun keluar seperti lafaz yang diucapkan. Soalan saya ustaz jatuhkan talak keatas saya pada masa itu. Sesungguhnya peristiwa itu banyak memberi tekanan kepada saya kerana saya takut kehilangan suami yang telah banyak membimbing dan mendidik saya menjadi seorang wanita muslimah.
File Upload:

Salam Puan Leeza,

Daripada apa yang saya faham pada kes ini, ia tidak jatuh talak kerana perbuatan puan ketika itu tidak memenuhi syarat taklik yang ditetapkan oleh suami. Jika syaratnya keluar bersama-sama baju sealmari, puan tidak begitu... makanya tidaklah jatuh talak.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.167.189

Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 12, 2012

Soalan: "Lepaskan".

Nama*:Wan
Alamat Email:wan_wanti2@yahoo.com
Tajuk*:"Lepaskan".
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak jika suami melafazkan "kalau u tak suka i, i boleh lepaskan u."Dan adakah perkahwinan mereka masih sah?


Terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam sdr Wan,

Perkahwinan masih sah kerana tiada lafaz cerai yang jelas diucapkan oleh suami...

terima kasih..


Visitor IP: 134.225.180.234

Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 11, 2012

Soalan: hukum bersms dgn bkn mahram

Nama*:nadrah
Alamat Email:
Tajuk*:hukum bersms dgn bkn mahram
Message*:Assalamualaikum ustaz

Sy dikenalkan oleh saudara sy dengan seorang lelaki. Niat mereka mahu jodohkan kami. Kami tak pernah jumpa. Hanya melalui sms sahaja. Sms kami hanyalah tentang perkara2 biasa, sebagai kwn biasa. Adakah salah? Apakah hukumnya ustaz? Terima kasih.
File Upload:

Salam Sdri Nadrah,

Berbual dan berSMS untuk tujuan mengenali pasangan dengan niat untuk mengahwininya adalah diharuskan asalkan sahaja batasan aurat dan kedudukannya tidak mencurigakan.

tq

Visitor IP: 175.144.39.247

Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 4, 2012

Soalan: Hak isteri ketika dihalau keluar rumah

Nama*:Isteri terluka
Alamat Email:
Tajuk*:Hak isteri ketika dihalau keluar rumah
Message*:Assalam...apakah isteri berhak membawa barang-barang miliknya seperti pakaian,barang kemas dan wang simpanan miliknya apabila si isteri dihalau keluar oleh suaminya? Sedangkan si suami tak mengizinkan si isteri membawanya. si suami mahu sedekahkan pakaian si isteri.minta ustaz jelaskan.terima kasih.
File Upload:

Salam Puan,

Apabila terjadinya perceraian, dalam undang-undang kita dimaktubkan hak sepencarian iaitu harta hasil dari pencarian hidup bersama. Harta ini perlulah diagihkan mengikut kadar tertentu; ada bahagian isteri dan ada pula bahagian suami; ada hak isteri dan ada pula hak suami.

Suami tidak boleh menafikan hak isteri sama sekali. Jika barang kemas mahupun pakaian itu dibeli hasil usaha sepenuhnya (pendapatan) isteri, maka ia menjadi hak isteri berkenaan dan sepatutnya suami tidak boleh menghalang si isteri mengambil dan menuntut haknya. Tetapi jika barangan itu dihadiahkan atau dibeli bersama-sama oleh suami, tentunya ada pertimbangan lain yang dirangkumkan dalam harta sepencarian.

Soal sedekah, yang terbaik sedekah ialah kepada 'zawil qurba' iaitu mereka yang terhampir dengan suami (orang yang diamanahkan). Oleh itu, suami sewajibnya memberi sedekah/nafkah wajib kepada isterinya terlebih dahulu sebelum menyedekahkan kepada orang lain.

Wallalahuaklam, terima kasih.


Visitor IP: 183.171.162.6

Powered by EmailMeForm



Sunday, December 2, 2012

Soalan: lafaz aku lepaskan kau

Nama*:sha
Alamat Email:ie_fa85@yahoo.com
Tajuk*:lafaz aku lepaskan kau
Message*:Assalamualaikum,.......saya telah berkahwin selama 5 tahun, belum dikurniakan cahaya mata, baru2 ini saya dan suami ada bergaduh, kerana suami mempunyai hubungan sulit di belakang saya, saya dalam keadaan marah, meminta suami agar melepaskan saya, suami dalam keadaan yg marah dan tidak sedar telah melafaz kan " aku lepaskan kau" adakah jatuh talak satu?......pada ketika itu saya terdiam dan kaku, saya mimta penjelasan ..
File Upload:

Salam Puan Sha,

Pada kefahaman saya, lafaz 'aku lepaskan kau' pada dialog 'minta cerai' adalah sah. Dan terjatuhlah talak.

Jika mahu kembali berdamai, eloklah rujuk (jika masih dalam edah).

Bersabarlah dalam menangani karenah rumah tangga. Perselisihan sentiasa terjadi.

Terima kasih.

Visitor IP: 113.210.228.18

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA