Sunday, November 11, 2012

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:shasa
Alamat Email:raflessia.shasa@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Salam ustaz

1. Suami saya warga asing dan pengikut mazhab maliki. Kami bertengkar baru2 ni, dan suami saya dalam keadaan marah dan berkata I WILL DIVORCE YOU. Lafaz talak ni sah atau tak?

2. Pernah suami saya dalam keadaan marah berkata pada saya, ok divorce. Bila saya bertanya dia apabila dia tenang, dia menjawab dia tidak berniat ceraikan saya samada hal no.1 dan no.2. Suami menyatakan saya masih isteri dia

Saya rungsing dan keliru ustaz.. Tolong jelaskan pada saya.
File Upload:

Salam Puan Shasa,

Saya kurang arif mengenai pendapat dari berbagai mazhab.

Dalam kes pertama setahu saya; ia tidak jatuh talak kerana ada kalimah WILL yang bermaksud 'akan'. 'Akan bercerai' tidak sama dengan 'aku ceraikan kamu'...

Pada kes ke dua; OK DEVORCE; pada kefahaman saya, jatuh talak kerana persetujuannya atas permintaan bercerai.

Soal niat bercerai tidak timbul lagi kerana perkataan dan perbuatan itu menujukkan niat kepada apa yang dilakukan. Pendapat ulama kita mengenai nikah dan cerai, ia akan berlaku dan terjadi dengan sebutan sekalipun.

Sila rujuk kes ini kepada pihak Qadi untuk kepastian.

Terima kasih.

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.