Friday, November 30, 2012

Soalan: status talaq

Nama*:yati
Alamat Email:yati.jsm@gmail.com
Tajuk*:status talaq
Message*:Saya bergaduh dengan suami malam 29/11 jam 8.45pm.semasa gaduh tu saya ada terlepas cakap kalau jadi apa2 pada anak, kita bercerai. dan pada masa itu juga suami lafazkan kalau nak sangat, malam ni cerai (tapi dia tak berniat nak bercerai) adakah itu dikira lafaz taklik ust? adakah talaq jatuh terhadap saya?
File Upload:

Salam Puan Yati,

Pada fahaman saya, ia tidak berlaku talak kerana suami masih meletakkan 'kalau nak sangat' dalam lafaznya yang memberi erti belum terjadi.

Wallahuaklam

Visitor IP: 113.210.96.216

Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:muhd
Alamat Email:jcv4105@hotmail.com
Tajuk*:rujuk
Message*:saya baru 1st time cerai isteri luar makhamah. sehari lepas cerai saya setubuhi dia tanpa niat apa apa hanya nafsu. Adakah kami dikira telah rujuk? Kes telah bicara tunggu keputusan tapi masa bicara hakim isteri adakah rujuk kembali tapi dia jawab tidak. Saya pun masa tu tak tahu cara rujuk. hanya sekarang baru sibuk bertanya.
File Upload:

Salam Sdr Muhd,

Rujuk perlu dilafazkan sebagaimana nikah juga dilafazkan "aku terima nikahnya..'
Lafaznya boleh sahaja seperti 'Jom kita kembali bersatu @ Jom kembali rujuk @ saya mahu merujuk awak dsb..
Persetubuhan berlaku tanpa niat rujuk adalah satu kesalahan; perzinaan.

Dalam kes ini, Sdr perlu bertaubat dan jika ingin kembali bersama sebagai suami isteri, rujuklah kembali (jika masih dalam tempoh edah)..


terima kasih


Visitor IP: 123.136.106.250

Powered by EmailMeForm



Thursday, November 29, 2012

Soalan: cerai talak tiga

Nama*:wan su
Alamat Email:w.suhana@ahoo.com
Tajuk*:cerai talak tiga
Message*:pada 15.11.2012, saya bergaduh dengan suami, pada masa itu saya dalam keadaan haid, suami melafazkan "aku cerai kau talak tiga", saya tak pasti pada masa itu dia sedar atau tidak apa yang dilafazkannya, kerana dia dalam keadaan marah yang amat sangat, disamping itu untuk pengetahuan ustaz selama perkahwinan saya saya memang tahu suami ada meminum arak dan mengambil dadah (sejenis ais), jadi sah ke lafaz cerai itu sekiranya suami saya dalam keadaan tidak sedar.


t.kasih,
saya yang buntu
File Upload:

Salam Puan Wan,

Dalam kes seperti ini, lafaz talaknya adalah sah dan terjadilah talak. Ini kerana dia mengucapkannya dalam keadaan marah biasa. Dan andainya dia dalam keadaan mabuk (dengan sebab arak atau pengaruh dadah) lafaznya juga adalah sah dan terpakai. Ini kerana mabuknya itu adalah disengajakan (sengaja mengambil arak @ dadah). Tapi jika sekiranya mabuk itu tidak disengajakan (seperti makan ubi gadung tiba-tiba mabuk), lafaz talaknya adalah tidak dikira.

Walau bagaimanapun, puan rujuklah kes ini ke pejabat agama.

Terima kasih.





Visitor IP: 175.139.215.157

Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 27, 2012

Soalan: najis

Nama*:farhan
Alamat Email:xifu07@gmail.com
Tajuk*:najis
Message*:Salam ustaz, saya Farhan. Saya ada permasalahan yang mengganggu hidup saya sejak lama. Ia berkaitan dengan najis.

Saya seorang yang tidak lawas kencing. Lepas saya kencing pasti ada lagi yang keluar, maka seluar saya pasti basah. Satu ketika saya baring lepas kencing, seluar ketika itu basah n terkena pada lantai. Sesudah lantai itu kering, lantai itu dipijak oleh kaki yang basah ke mana2 di dalam rumah.

Soalan: Adakah seluruh tempat yang kaki saya pijak ketika itu bernajis? perlukah saya membasuh lantai rumah saya keseluruhannya? Berberapa lama selepas itu ibu sya mop lantai dgn ajax fabuloso di tempat yang saya baring tadi dan seluruh rumah.

soalan: adakah seluruh tempat yang kaki saya pijak ketika itu bernajis? perlukah saya membasuh lantai rumah saya keseluruhannya? Kemudian jika saya berjalan dalam rumah dan memijak karpet, perlukah karpet itu juga saya basuh?
File Upload:

Salam Sdr Farhan,

Beberapa isu yang perlu dirungkai dalam kes ini;

1. Masalah kencing tidak lawas; saudara perlu berusaha gigih dengan kekuatan minda dan semangat yang tinggi serta doa berterusan untuk menghentikan masalah ini. Berubat dan berdoalah semoga ia segera sembuh.

2. Untuk solat, saudara perlu memakai sarung - membaluti zakar dengan kain - setelah berwuduk, dan telah masuk waktu solat; dan solat dengan wuduk berkenaan walaupun terasa masih keluar, ia sah untuk satu solat sahaja.

3. Bagi tempat yang pasti terkena najis kencing, pastikan dilap atau disapu @ dibersihkan dengan tiga kali lap/ sapuan/ bersih/.. Tidaklah perlu dibasuhkan keseluruhan rumah atas rasa was-was 'terkena najis atau tidak'.

4. Cuba elakkan rasa was-was yang melampau. Kebiasaannya dalam kes seperti ini, individu berkenaan terkesan oleh rasa was-was yang melampau. Islam tidak mahu menyusahkan manusia, tetapi perlu berhati-hati sahaja tanpa menyusahkan kita dalam amal ibadah....

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.52.146.118

Powered by EmailMeForm



Monday, November 26, 2012

Soalan: lafaz cerai

Nama*:syazwani
Alamat Email:waniey_i@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam ustaz. Saya ada sedikit pertanyaan pada ustaz. Bagaimanakah status keadaan ini? Suami saya dalam keadaan marah telah berkata pada saya "kalau saya ceraikan awak macamana?"ucapannya dibuat sebanyak 3 kali. pertanyaan saya adakah lafaz tersebut memberi apa-apa maksud ustaz? Terima kasih kerana membantu.
File Upload:

Salam Puan Syazwani,

Ucapan yang dilafazkan tidak menunjukkan cerai, sebaliknya satu ugutan sahaja. Ia tidak menjatuhkan talak dalam hubungan perkahwinan ini.

Terima kasih.

Visitor IP: 49.124.249.245

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 25, 2012

Soalan: lafaz taklik

Nama*:amir hamzah
Alamat Email:amirhamzahkp@gmail.com
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:adakah lafaz taklik yg di buat oleh suami bole di tarik balik dan membuat lafaz taklik yg baru..
adakah harus isteri melafaz kan kembali taklik yang suami beri untuk lebih terang dan nyata?
File Upload:

Salam, maaf saya sedang mencari maklumat mengenai kes seperti ini.. Wallahuaklam.

Visitor IP: 219.92.70.139

Powered by EmailMeForm



Friday, November 23, 2012

Soalan: lafaz bersyarat

Nama*:suzi
Alamat Email:suziali@yahoo.com
Tajuk*:lafaz bersyarat
Message*:pada Ramadan yg lalu, saya pulang kuliah master lewat sbb kls tamat 6.30ptg. Sesampai dirumah sudah waktu berbuka. Suami dgn marah memarahi saya dan mengancam katanya
" selepas ni kalau balik lewat lagi aku nak bagi talak, lepas ni kalau buat PHD pulak aku nak bagi talak. Nak berapa mai aku nak bagi"Saya diam tidak menjawab sepatahpun.

Apabila keadaan baik saya timbulkan kesan lafaz isu ini, jawabnya "biar pi lah".
Bagaimanakah status hubungan kami sekarang, sebab saya dah menyambung PHD . Saya payah utk berbincang dgn suami kerana sikap egonya. Saya takut dgn tuhan dan malu pada org. Tolonglah saya ustaz.
File Upload:

Salam Puan Suzi,

Lafaz taklik yang disebut oleh suami puan adalah benar (teraku) dan sah. Sebarang pelanggaran taklik akan menyebabkan jatuhnya talak.

Oleh kerana puan telah menyambung PHD dan ia melanggar batasan taklik, apa yang saya faham, jatuhlah talaknya (dengan talak satu).

Puan dinasihati merujuk kes ini kepada Pejabat Agama, ataupun perlulah dijelaskan kepada suami keadaan sebenarnya pada masa kini. Apabila jatuh talak satu, jika masih dalam edah, boleh dirujuk. Tetapi jika selepas edah, perlu dikahwinkan semula.

terima kasih..


Visitor IP: 60.48.48.236

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 21, 2012

Soalan: jatuh tak talak

Nama*:Mimie
Alamat Email:mimie_macawile@yahoo.com
Tajuk*:jatuh tak talak
Message*:ada kah talak akan jatuh jika si suami mengakui telah menceraikan isterinya pada teman wanita nya sedangkan mereka belum lagi bercerai? minta penjelasan ustaz. kerana teman wanita si suami ada menghantar pesanan ringkas pada si isteri dan menyatakan bahawa si suami telah mengaku menceraikan isteri nya. sedangkan ianya hanyalah tipu muslihat si suami agar teman wanita itu tidak meninggalkan nya.
File Upload:

Salam, dalam kes ini tidak jatuh talak kerana tiada niat utk bercerai sebaliknya sekadar menipu kekasih...Tidak jatuh talak kerana tiada niat. Antara syarat talak ialah niat menceraikan isteri. Kes tersebut hanyalah tipu muslihat kepada teman wanitanya.

(drp Us Zainuddin)

Visitor IP: 113.210.125.179

Powered by EmailMeForm



Monday, November 19, 2012

Soalan: Sah tak rujuk saya

Nama*:iskandar
Alamat Email:iskandar_imanis@yahoo.com
Tajuk*:Sah tak rujuk saya
Message*:Assalamualaikum ustaz. Satu hari telah berlaku pertengkaran antara saya dengan isteri. Isteri saya telah memaksa saya menceraikan dia.Situasinya seperti ini. dari pagi kami telah berselisih faham. bergaduh, dan saya cuba berdamai dengan isteri. isteri saya telah mengeluarkan kata seperti ini" kalau abang tak ceraikan saya saya tak akan makan" selepas itu perbuatan di memukul saya. Dalam keadaan saya tidak redha dan tiada niat untuk bercerai berserta dengan sifat marah, saya telah melafaskan cerai talak 1. selepas itu saya dan isteri tersedar yang kami terlalu mengikut perasaan dan menyesal. Selepas itu isteri sedar kesilapan nya dan saya juga tersedar keterlanjuran kata saya. Pada malam itu juga saya telah berkata kepada isteri saya abang rujuk kembali dengan awak" .Adakah sah rujuk saya dari segi hukum syarak?
File Upload:

Salam Sdr Iskandar,

lafaz cerai seperti ini sah hukumnya walaupun dalam keadaan marah.

lafaz rujuk juga sah hukumnya...

Cuma kena ingat, satu talak telah terjatuh, hanya ada lagi satu talak untuk pernikahan ini. berhati-hatilah pada masa akan datang.

Salam...

Visitor IP: 203.82.92.59

Powered by EmailMeForm



Saturday, November 17, 2012

Soalan: lafaz takliq atas niat ugutan

Nama*:shah
Alamat Email:shahnon79@gmail.com
Tajuk*:lafaz takliq atas niat ugutan
Message*:assalamualaikum ustaz.
Baru2 ni saya dan isteri bertengkar dan isteri membuat keputusan untuk keluar dan lari dari rumah. oleh kerana saya tidak mahu isteri keluar dari rumah, saya telah mengugut isteri dengan mengatakan,"jika kamu keluar dari rumah ni jatuh talak atas kamu" agar dia tidak berani keluar dari rumah.Dan selepas lebih kurang 3 minit saya menarik balik lafaz tu di hadapan isteri dengan mengatakan,"aku tarik balik lafaz talak tersebut.".dan barulah isteri keluar dari rumah. persoalan saya..adakah jatuh talak tersebut kerana setahu saya tidak jatuh taklik atas niat ugutan.
File Upload:

Salam Sdr Shah,

Lafaz taklik adalah sah walaupun atas dasar ugutan atau mahu mengajar isteri. Jika isteri berkenaan keluar rumah pada ketika lafaz itu disebut, maka jatuhlah talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.164.239

Powered by EmailMeForm



Thursday, November 15, 2012

Soalan: sah cerai atau tidak

Nama*:rosmeiza binti yusoff
Alamat Email:babygurlz0409@yahoo.com
Tajuk*:sah cerai atau tidak
Message*:assalamualaikum . saya cuma ingin bertanya samada lafaz yang keluar dari mulut suami saya itu sah atau tidak . sewaktu kejadian , hanya saya berdua dengan suami . dia melafazkan , " arif cerai mimi talak tiga " . untuk pengetahuan , suami saya terlibat dalam pengambilan pil kuda . sewaktu dia melafazkan talak tersebut , dia dalam keadaan tidak berapa sedar . sebelum itu saya tinggal di rumah ibu saya , dan suami ingin menjemput saya pulang ke rumah orang tuanya . tetapi saya enggan kerana sewaktu itu saya tengah mengandung . keesokan harinya saya perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan saya kerana klinik tersebut berdekatan dengan rumah orang tua saya dan suami liat nak bangun tidur . berbalik kepada lafaz tersebut , selepas suami saya melafazkan talak tersebut , dia menangis seolah-olah baru tersedar dari mimpi . apa yang saya tahu , orang yang mengambil dadah dan seumpamanya , mereka tidak dapat berfikiran waras . alhamdulillah , sekarang suami saya belajar pondok dan ingin berubah . jadi saya ingin mengetahui samada sah atau tidak lafaz yang keluar dari mulut suami saya semasa dia dalam keadaan "bengang" .
File Upload:

Salam Puan Ros,

Menurut hukum syarak, lafaz talak suami puan itu adalah sah dan jatuhlah talaknya (talak tiga seperti yang dilafazkan). Ini kerana perkataan cerai/ talak akan sah dan berlaku kepada orang yang mabuk dengan sengaja. Dalam kes ini, suami puan mengambil pil kuda, kecuali jika dia mabuk yang tidak disengajakan seperti memakan ubi gadung tiba-tiba mabuk...

Pada saya, puan perlu merujuk kes ini ke Pejabat Agama dan perlu dipisahkan secara rasmi.

Wallahuaklam.

(Maaf lewat membalas email ini)

Visitor IP: 183.171.165.246

Powered by EmailMeForm



Monday, November 12, 2012

Soalan: Cerai

Nama*:naz
Alamat Email:nieza3@yahoo.com
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Jika suami dalam keadaan sangat marah hingga dia tidak tahu apa dilakukannya dan bercakap perkataan Divorce, adakan jatuh talak pd isteri. Selepas beberapa jam, suami bercakap dia tidak nyatakan Divorce pada isteri dan tidak ada niat untuk ceraikan isteri..

SUami beritahu, dia tidak berkata saya ceraikan awak..

Apakah nasihat ustaz?

Terima kasih
File Upload:

Salam Puan Naz,

lafaz cerai yang disebut oleh suami puan adalah sah dan jatuhlah talaknya. Ini kerana perkataan berkenaan disebut dalam keadaan sedar dan tahu akibatnya, walaupun situasinya tersangat marah.

Wallahuaklam.

Maaf lewat membalas email ini

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 11, 2012

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:shasa
Alamat Email:raflessia.shasa@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Salam ustaz

1. Suami saya warga asing dan pengikut mazhab maliki. Kami bertengkar baru2 ni, dan suami saya dalam keadaan marah dan berkata I WILL DIVORCE YOU. Lafaz talak ni sah atau tak?

2. Pernah suami saya dalam keadaan marah berkata pada saya, ok divorce. Bila saya bertanya dia apabila dia tenang, dia menjawab dia tidak berniat ceraikan saya samada hal no.1 dan no.2. Suami menyatakan saya masih isteri dia

Saya rungsing dan keliru ustaz.. Tolong jelaskan pada saya.
File Upload:

Salam Puan Shasa,

Saya kurang arif mengenai pendapat dari berbagai mazhab.

Dalam kes pertama setahu saya; ia tidak jatuh talak kerana ada kalimah WILL yang bermaksud 'akan'. 'Akan bercerai' tidak sama dengan 'aku ceraikan kamu'...

Pada kes ke dua; OK DEVORCE; pada kefahaman saya, jatuh talak kerana persetujuannya atas permintaan bercerai.

Soal niat bercerai tidak timbul lagi kerana perkataan dan perbuatan itu menujukkan niat kepada apa yang dilakukan. Pendapat ulama kita mengenai nikah dan cerai, ia akan berlaku dan terjadi dengan sebutan sekalipun.

Sila rujuk kes ini kepada pihak Qadi untuk kepastian.

Terima kasih.

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 7, 2012

Soalan: ta'liq talak

Nama*:wan syamimi izyan
Alamat Email:wsi_syaiz87@yahoo.com
Tajuk*:ta'liq talak
Message*:salam.. jika suami melafazkan taklik..."jika engkau keluar rumah tanpa izin aku, maka jatuh talak 3 keatas kamu".
soalan saya: jika istri keluar tanpa izin suami adakah jatuh talak 3 terus?
File Upload:

Salam Sdri Wan,

Apabila isteri melanggar lafaz taklik berkenaan maka jatuhlah talaknya. Dalam kes ini, jatuhlah talak tiga.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 110.137.56.17

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 4, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:aida
Alamat Email:aida@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Isteri menuduh suami ada melafazkan talak kepada isterinya..
Soalan : Adakah jatuh talak jika suami menceritakan kepada ibu bapa nya dan berkata mana ada "Saya ceraikan farah ( nama isteri)".
File Upload:

Salam.

Tidak jatuh talak kerana tiada pengucapan yang dimaksudkan kepada perbuatan talak/cerai.

Visitor IP: 60.53.23.95

Powered by EmailMeForm



Friday, November 2, 2012

Soalan: was was tentang lafaz cerai

Nama*:muhamad firdaus b. hashim
Alamat Email:muhdfirdaushashim@gmail.com
Tajuk*:was was tentang lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya ada masalah was was samada saya ada tersebut atau terlafaz perkataan yang boleh menyebabkan jatuhnya talak..jika sekadar lintasan hati dan tidak melafazkan cerai tidak jatuh talak..betul kan ustaz.?
Masalahnya saya tidak pasti samada saya ada pernah melafazkan cerai dari mulut..perkara ini sering mengganggu..walaupun hati berkata saya tidak pernah melafazkan dari mulut tetapi perasaan was was timbul menyatakan macaman JIKA SAYA MELAFAZKAN DRI MULUT?
mohon ustaz memberi pandangan dengan kadar segera..teroma kasih ustaz..
File Upload:

Salam Sdr Firdaus,

Merujuk kepada kes ini, ia bermula dengan tidak ada lafaz cerai yang disebut. Ertinya, tiada lafaz cerai dizahirkan utk mengesahkan perceraian. Lintasan hati tidak dikira dan ia perlu dinyahkan segera.

Soal was-was, sdr perlu membuat ketatapan pada yang pasti, usah dilayan perasaan berkenaan kerana ia boleh merosakkan amalan kita seharian.

Visitor IP: 113.211.179.159

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA