Thursday, September 20, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:aina
Alamat Email:aina88fina@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:asssalammulaikum ,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia dah kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ). Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
Apa pandangan pihak tuan mengenai masalah dan situasi saya ini?
Saya berhapar sangat pihak tuan dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut
File Upload:

Salam Puan Aina,

Lafaz cerai perlu disertai niat, berniat untuk menceraikan isteri. Dalam hal ini, suami tidak bermaksud untuk menceraikan isteri walaupun perkataan itu diucapkan. Jadi ia tidaklah jatuh talak.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 60.53.251.218

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.