Sunday, September 30, 2012

Soalan: jatuh ke tidak talak

Nama*:nor
Alamat Email:norsusilawati_80@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh ke tidak talak
Message*:Assalamualaikum ustaz yang budiman....
Saya mewakili pihak kawan2 saya satu ofice ada beberapa soalan nak tanya dengan ustaz.Harap ustaz boleh bagi jawapan secepat mungkin...Jatuh ke tidak talaknya pada situasi di bawah..
1)suami berkata"Saya ni dah tiga bulan lebih tak bagi nafkah kat awak..duit tak cukup je.kalau bawak pegi pejabat agama/mahkamah dah boleh dah".isteri jawab"kenapa awak cakap macam tu.awak nak bercerai ke?suami jawab"taklah,sya cuma bingung dah lama tak bagi duit.kesian plak kat awak."
2)isteri berkata"kalau saya tak kenang kan mak bapak saya,bapak awak yang dah tua,dan orang2 kampung, dah lama dah saya pegi pejabat agama mintak cerai.saya tak tahan hidup dengan awak" suami jawab"samalah...nanti apa pulak kata orang kampung rumah dekat2 pun nak bercerai"(kawin satu kampung)
3)selepas bergaduh isteri berkata kepada kepada suami"nanti kalau kita bercerai saya cabut cincin kat tangan ni(cincin pertunangan dan perkahwinan)buat apa nak pakai kalau dah bercerai..Suami jawab"bawak sinilah cincin tu.cabutlah cincin tu".isteri jawab"saya kata kalau kita bercerai,barulah saya cabut."suami hanya mendiamkan diri.lama selepas kejadian tu si isteri tanya pada suami samaada suaminya ada niat cerai ke tak.suaminya kata tidak berniat untuk cerai cuma nak menggertak isterinya saja.
4)isteri kata"seronoknya jadi agung.duit sentiasa je banyak."suami jawab "awak pegilah kawin dengan agung."isteri jawab"awak tak baik cakap mcm tu.saya ni isteri awak.awak ni ada niat nak cerai ke?"suami jawab"takdelah..saja je cakap macam tu.habis..awak dok puji agung banyak duit..."
5)setiap kali bergaduh suami akan packing kain baju,nak balik kampung,tinggalkan isterinya.katanya tak tahan asyik gaduh je pastu 2 3 hari jadi tunggul tak bercakap jadi lebih baik balik kampung.tapi beberapa kali suami buat macam tu tak pernah pulah dia balik betul2..apatah lagi bila tengok si isteri menangis.dia datang balik kat isterinya dan pujuk balik.
File Upload:

Salam Puan Nor,

Ringkasnya saya jawab seperti berikut;

1. Tidak jatuh talak kerana tiada pengucapan talak yang diucapkan oleh suami.

2. Tidak jatuh talak kerana tidak ada pengakuan talak secara jelas dalam bual bicara berkenaan.

3. Tidak berlaku perceraian kerana ia ugutan suami, seperti yang dinyatakan oleh suami

4. Tidak berlaku cerai pd kes agung...

5. Itu gurauan dalam rumah tangga... ada ke patut suami yang packing baju.. patutnya isteri yang merajuk... hai entahlah dunia dah nak kiamat..


Walau apapun, berhati-hatilah dengan kalimah 'cerai'... ia bukan mainan dalam perkahwinan seseorang..



Visitor IP: 203.82.95.112

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalammualaikum,

Saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan kau" kepada isteri,saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu sahaja, saya tak ada niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

Soalan saya :
1.Adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?

2.Jika di dalam perbualan tersebut suami ada berkata "aku ceraikan kau (isteri)" dengan tujuan untuk memberitahu atau bercerita kepada ibunya tentang situasi tersebut, adakah jatuh talak tersebut terhadap isteri (saya)?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Saya kira soalan seperti ini telah dijawab pada entry sebelumnya..

Cerainya tidak jatuh kerana ia bukan ditujukan kepada isteri, sebaliknya mengajuk dialog TV sahaja.


Visitor IP: 60.50.136.117

Powered by EmailMeForm



Friday, September 28, 2012

Soalan: lafaz cerai atau tidak

Nama*:efa
Alamat Email:fazura0203@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai atau tidak
Message*:Ketika saya hamil anak sulong, suami saya mengadakan hbgn sulit dan menyatakan hasrat utk berkahwin lagi sedangkan dia tidak mampu dari segi kewangan dan layak. Masih byk kekurangan dlm bimbingan dia kpd saya tapi ingin pula berkahwin lagi. Dia menjadikan alasan saya mengandung, sedangkan dia belum mahu anak sebagai alasan untuk berkahwin lain. Kami sering bergadoh tentang hal ini sehinggalah pelbagai kata2 dari suami telah keluar. Termasuklah 'Balik lah / duduklah rumah mak bapak awak lepas ni', 'Tak payah balik sini (rumah kami)', 'Lepas ni saya (suami) ingin hidup sendiri', 'Bila ada hari cuti kita pergi pejabat agama untuk uruskan urusan cerai'.

Apabila keadaan sedikit reda, saya bertanyakan tentang kata2 beliau dan suami kata dia cakap tapi takde niat cerai.

Persoalan : Adakah telah jatuh talak ke atas saya?

Terima kasih.
File Upload:

Salam Puan Efa,

Cerai berlaku atas niat dan ucapan/lafaz seperti juga nikah yang berlaku atas adanya niat dan lafaz.

Ucapan seperti itu (('Balik lah / duduklah rumah mak bapak awak lepas ni', 'Tak payah balik sini (rumah kami)', 'Lepas ni saya (suami) ingin hidup sendiri', 'Bila ada hari cuti kita pergi pejabat agama untuk uruskan urusan cerai')) yang bukannya jelas menunjukkan cerai hendaklah dikaitkan dengan niat sebenar suami. Oleh kerana niat sebenar suami (seperti yang puan nyatakan) tidak bermaksud cerai, maka tidaklah jatuh cerai berkenaan.

Itu berdasarkan apa yang saya fahami.



Visitor IP: 124.13.188.7

Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:aida
Alamat Email:aida@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:hukum suami berkata kepada ibu bapanya "SAYA CERAIKAN SITI
( isteri)" tetapi hanya bercerita.
jatuh ke cerai tersebut?
File Upload:

Salam Puan Aida,

Maaf soalannya saya kurang jelas dan tidak dapat untuk saya jelaskan hukumnya di sini.

Jika suami melafazkan 'SAYA CERAIKAN SITI (isteri)" kepada ibu dan bapa SITI atau ibu bapa suami, atau sesiapa sahaja (kawan dll) dengan lafaz yang jelas seperti itu, maka jatuhlah talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 60.53.250.26

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:aina
Alamat Email:aina88fina@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya (isteri) ada menuduhnya melafazkan cerai semasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan kau" kepada isteri,saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu saja, saya tak ade niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

Soalan saya adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya (isteri)?
Tambahan soalan saya:
Jika suami ade ckp pada ibunya mana ade "haris ceraikan fina" . Jatuh tak talak pada fina(isterinya).
File Upload:

Salam'

saya kira soalan ini telah saya jawab pada entry sebelum ini..

Cerainya tidak jatuh kerana ia tidak ditujukan kepada isteri sebaliknya mengajuk cakap tv sahaja.

Pada soalan tambahan, '(mana ade "haris ceraikan fina") tidaklah jatuh talaknya kerana ia penjelasan pada penafian.



Visitor IP: 60.53.250.26

Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:nurul
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:Apakah hukum jika suami melafazkan cerai bukan dihadapan isteri tetapi melafazkan semasa sedang berbual dengan ibunya.Hanya bercerita tentang lafaz cerai "aku ceraikan kau" kepada ibunya sahaja atau kawan-kawannya
File Upload:

Salam Puan Nurul,

Suami melafazkan cerai menceraikan isterinya di hadapan sesiapa jua, malah jika tiada sesiapapun bersaksikan bulan bintang dan kayu rumputpun, maka jatuhlah talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 60.53.250.26

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:aina
Alamat Email:aina88fina@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:saya ada soalan mengenai lafaz talak.
Suami ada menelefon ibunya dan menceritakan hal kami kepada ibunya mengenai talak.
Suami berkata saya( isteri) ada menuduhnya melafazkan ceraisemasa sedang menonton drama tv mengenai seorang lelaki yang sedang menceraikan isterinya.
Suami pun menceritakan kepada ibunya dan berkata kepada ibunya mana ada saya cakap "aku ceraikan kau" kepada isteri,saya hanya cakap "aku ceraikan kau" kepada orang yang didalam tv tu saja, saya tak ade niat dan lafaz tersebut ditujukan kepada tv tersebut bukan kepada isteri ( saya).

Soalan saya adakah lafaz "aku ceraikan kau" dalam perbualan suami dengan ibunya itu akan jatuh terhadap saya ( isteri)?
File Upload:

Salam

Sila rujuk kepada entry sebelum dan selepas ini... pada isu yang sama..


Visitor IP: 60.53.250.26

Powered by EmailMeForm



Wednesday, September 26, 2012

Soalan: Isteri Tidak Mahu Dimadu

Nama*:Haykal
Alamat Email:haykalshafaree@gmail.com
Tajuk*:Isteri Tidak Mahu Dimadu
Message*:Assalamualaikum ustaz..

Saya seorang suami berumur 30 tahun telah berkahwin selama 4 tahun dengan isteri tercinta.

Sekian lama berusaha, kami masih tidak dikurniakan cahayamata walaupun telah melalui pelbagai cara dan perubatan. Setelah beberapa pemeriksaan kesihatan dan doktor pakar, isteri saya dikhuatiri mempunyai masalah peranakan dan harus mengamalkan gaya hidup sihat untuk tujuan membetulkan peranakannya (tetapi tidak pasti 100% akan pulih)

Saya ingin memohon untuk berpoligami (walaupun saya tidak pasti saya mampu sekarang) tetapi isteri saya tidak mahu dimadukan dan dia lebih rela diceraikan. Maksudnya, sama ada saya tetap dengan dia atau ceraikan dia untuk berkahwin lain.

Pada masa yang sama juga, saya tiada niat untuk lepaskan isteri saya kerana saya masih cintai isteri saya dan saya menerima kekurangan dia (walaupun isteri saya ini kuat cemburu, selalu tidak mahu mendengar nasihat suami, dan sangat ego dan keras kepala dari saya sendiri) tetapi saya sentiasa sabar dengan isteri saya.

Tambahan lagi, saya selalu makan hati dan makin merasakan tidak bahagia dengan rumahtangga kami oleh kerana saya selalu menjadi mangsa makan hati mengalah dan mengaku dalam SETIAP pergaduhan antara kami tak kira siapa yang membuat salah, contoh:- jika saya tegur/marah isteri saya atas kesalahan dia, saya akan dimarahi kembali dan apa cara sekalipun saya berbincang, isteri saya tidak akan mengaku dan berundur dan meminta maaf dari saya. Maka, setiap kali ini terjadi, saya berkorban perasaan dan makan hati meminta maaf dari isteri untuk selesaikan pergaduhan itu. Sekian lama, perasaan kebahagiaan dan kasih sayang kepada isteri juga makin lama makin pudar., tetapi saya tetap yakin dan sabar.

Harap ustaz dapat memberikan pendapat ustaz, kerana saya ingin mendapatkan zuriat dari benih sendiri dari mengambil anak angkat. Saya tidak pasti bila atau betul2 isteri saya akan dapat pulihkan masalah kesihatan peranakan nya untuk kami mendapatkan zuriat. Maka disebabkan sedemikian saya perlu mengambil langkah sementara saya masih berkemampuan untuk berkahwin.


Persoalan saya:-

Saya ingin berpoligami untuk tujuan melahirkan zuriat sendiri., tetapi isteri tidak mahu dimadukan dan lebih rela menuntut cerai.

1) Apa perlu saya buat ustas? adakah betul2 saya perlu ceraikan isteri saya jika dia berkeras meminta cerai kerana tidak mahu saya berpoligami sedangkan saya tiada niat untuk ceraikan isteri saya ini.

2) adakah dari segi hukum membolehkan saya menceraikan isteri saya diatas keadaan/sebab seperti soalan 1?

sekian. terima kasih kerana luangkan masa ustas membaca email saya. assalamualaikum
File Upload:

Salam Sdr Haykal,

Tahniah kerana saudara menjadi suami yang baik, dan bertekad mahu menjadi suami yang baik.

Dalam hal poligami, amat jarang seorang isteri secara sukarela membenarkan suaminya berkahwin lagi. Biar kasih bagaimana sekalipun isteri kepada suaminya, mereka tetap keberatan untuk membenarkan dipoligami. Realitinya begitu.

Jika benar atas maksud untuk mendapatkan zuriat maka saudara berazam untuk berpoligami, maka pada saya ia suatu yang dibenarkan syarak dan seharusnya tiada halangan oleh isteri. Islam membenarkan poligami, hanya alasan itu yang kita 'munculkan' kemudian. Kahwinlah atas kemampuan saudara.

Saya tidak setuju jika perceraian dijadikan syarat untuk berkahwin kali kedua. Cubalah bersabar dan membimbing isteri pertama untuk lebih terbuka dan bersedia menerima poligami. Jika saudara berupaya membuktikan bahawa poligami itu suatu yang adil dan tidak menggugat hubungan kasih sayang suami isteri, saya kira isteri pertama lama kelamaan akan sedia menerima keadaan ini.

Jadilah suami yang bertanggungjawab dan memimpin isteri dan anak-anak ke jalan yang lebih baik. Teguhkan hubungan dengan Allah pada setiap waktu, kerana Allah adalah penentu yang terbaik dalam setiap kesudahan hidup kita.

Wallahuaklam dan terima kasih.



Visitor IP: 60.52.31.57

Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 25, 2012

Soalan: cerai taklik

Nama*:deanabella
Alamat Email:deanabella88@yahoo.com
Tajuk*:cerai taklik
Message*:situasi saya.

si suami : kalau kau keluar dari pintu ini (pintu utama) aku akan ceraikan kau dengan talak 3
si isteri : macamana kalau saya nak buang sampah?
Si suami : buang sampah tak pe, depan- depan rumah ni xpe
Si isteri: kalau pergi kerja?
si suami : lepas pergi kerja balik terus rumah.
Si isteri : kalau lepas pergi kerja nak terus g rumah mak?
si suami : dah takde rumah nak balik dah..

keadaan waktu tu si suami sangat marah, dan tiada saksi.
soaalan:adakah talak tu jatuh, dan macam keadaan yang akan buat talak tu jatuh ke atas saya.
si suami pulak bila die dah sedar die xnak mengaku yang die telah melafazkan taklik kepada saya,

soalan ke 2, die penah ragu-ragu yang anak saya kandungkn itu bukan anaknya padahal itu memang anak dia.
File Upload:

Salam Puan Deana,

Lafaz taklik yang disebutkan oleh suami puan adalah sah walaupun tanpa saksi dan dalam keadaan marahnya. Maksudnya, jika puan melanggar tegahan yang dinyatakan, akan terjatuhlah talak tiga.

Dalam hal ini, puan kena pastikan tidak melanggari 'tegahan' berkenaan. Soal suami tidak mahu mengaku, ia tidak sepatutnya berlaku, kerana setiap ucapan dan perbuatan adalah tanggungjawabnya sendiri.

Mengenai keadaan suami puan tidak mahu mengaku anak dalam kandungan, itu perkara besar sebenarnya. Ia merupakan tuduhan bahawa puan telah berzina. Tuduhan zina tanpa saksi perlu dilakukan 'lian' (sumpahan laknat) ke atas isteri, dan isteri menafikan sumpahan laknat, berkenaan. Bagi menghilangkan keraguan, ujian DNA boleh membantu.

Puan dan suami sebaiknya perlu berdamai dan mencari titik pertemuan untuk menyelesaikan masalah keluarga. Berusahalah untuk kembali membina rumah tangga ini dengan baik, sempurna dan atas acuan agama Islam yang benar. Atas iman dan Islam, saya yakin segala kerumitan dapat diatasi, Insya-Allah.

Visitor IP: 60.53.130.215

Powered by EmailMeForm



Monday, September 24, 2012

Soalan: sahkah rujuk

Nama*:aina
Alamat Email:aina88fina@yahoo.com
Tajuk*:sahkah rujuk
Message*:sahkah rujuk bagi wanita yang sedang menyusukan anak (menyusukan anak boleh menyebabkan tiada /lambat datang haid)
dan dalam masa yang sama wanita tersebut mengambil pil perancang (melambatkan datang haid/tidak subur/mengelakkan mengandung ).
Soalan saya , berapakah tempoh edah bagi wanita tersebut?
File Upload:

Salam Puan Aina

Tempoh edah bagi wanita yang masih punyai haid ialah tiga kali haid (atau tiga kali suci, menurut sebahagian ulama). Jika wanita menyusukan anak atau memakan pil boleh melambatkan tempoh haid, maka ia tidak menjadi alasan untuk membatalkan tempoh edah. Tempoh edah tetap kekal pada tiga kali haid (atau 3 kali suci).

Wallahuaklam

Visitor IP: 60.53.31.69

Powered by EmailMeForm



Sunday, September 23, 2012

Soalan: taqlik

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:taqlik
Message*:Apakah hukum jika isteri bertanya apakah taqlik yang abang baca semasa lepas akad nikah dan menyuruh suami melafazkan semula taliq tersebut.? dan semasa suami melafazkan taliq tersebut , si isteri merasakan seperti lafaz tersebut tidak lengkap. Dalam kes ini, suami dan isteri pun terlupa adakah lafaz tersebut ada tertinggal seperti yang tertera pada lafaz taliq pada borang nikah..Dalam kes tersebut, adakah lafaz taliq tersebut dikira sah,ini kerana si isteri yang meminta supaya suami mengulangi semula
File Upload:

Salam Puan Nur,

Lafaz taklik biasanya dibaca oleh suami atas bimbingan dan tunjukkan imam (juru nikah) yang pastinya semasa dibaca ia tidak tertinggal walaupun sebaris ayat. Lafaz taklik yang sama juga ada dicetakkan pada borang nikah dan disahkan (disain) oleh suami dan isteri. Apabila disain, maka sahlah lafaz taklik berkenaan.

Makanya, lafaz taklik itulah yang diterima pakai dalam permasalahan yang timbul kelak. Walaupun isteri menyuruh dibacakan semula, ia tetap perkara yang sama.

Masalahnya di sini kebiasaannya suami tidak faham apakah maklus lafaz taklik yang dibaca. Itu masalah besar kerana ia melibatkan 'perjanjian' yang dikaitkan dengan ikatan perkahwinan. Suami perlu membaca dan memahami erti lafaz yang disebut.



Visitor IP: 60.53.28.68

Powered by EmailMeForm



Soalan: zihar

Nama*:aina
Alamat Email:aina88fina@yahoo.com
Tajuk*:zihar
Message*:assalammualaikum

Setahu saya, zihar akan jatuh apabila suami menyamakan isterinya dengan ibunya dan juga mahramnya.
Suami saya mempunyai seorang supupu perempuan dimana emak suami dan emak sepupu perempuan suami adalah adik beradik.Kemudian sepupu perempuan suami telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan.
Soalan saya, adakah jatuh zihar jika suami menyamakan kemaluan saya ( isteri ) sama dengan kemaluan anak perempuan kepada sepupu perempuan suami tersebut ?
File Upload:

Salam puan Aina,

Hukum zihar adalah menyamakan ibu atau mahram dengan isteri sendiri pada tubuh fizikalnya.

Sepupu bukanlah mahram kepada suami puan; mereka boleh berkahwin begitulah juga anak kepada sepupu. (Sepupu boleh dikahwini)

Dalam hal ini, tidak timbul hukum zihar kerana menyamakan kemaluan isteri dengan kemaluan anak perempuan sepupu.

Wallahuaklam.



Visitor IP: 60.53.28.68

Powered by EmailMeForm



Thursday, September 20, 2012

Soalan: suami tipu perasaan isteri

Nama*:hamimi
Alamat Email:
Tajuk*:suami tipu perasaan isteri
Message*:Assalamualaikum wbt

Ustaz, saya nak tahu, apakah hukum suami tipu perasaan isteri demi menjaga hubungan dan demi anak2?
Kawan saya pernah bercerai dengan isteri sebab tak tahan dengan perangai isteri yang tak pernah jalankan tanggungjawab, melawan, sakitkan hati suami, buat suami mcm orang suruhan, dan itu beri tekanan hidup pada kawan saya. 10 tahun perkahwinan minta berubah tapi tetap berkeras. Kawan saya jatuh cinta pada gadis lain lepas bercerai. Tapi demi anak2 yang harapkan seorang ayah, mereka nikah semula dan korbankan cinta dia bersama perempuan lain. Masalah sekarang, walaupun isteri dah berubah, kawan saya tak mampu untuk sayang isteri dia sebab masih terlalu sayang pada bekas teman wanita dan hati terlalu tawar dengan perbuatan isteri dia dulu. Yang ada hanya kasihan. Dia tipu isteri dia dengan berkata bahawa dia sayang pada isteri dia seorang je dan sudah melupakan teman wanitanya dulu. Sedangkan hati dia adalah sebaliknya. Dia tipu demi nak jaga hubungan, keluarga, demi nak anak2 bahagia. Berpura2 untuk menjaga hati isteri. Salah ke kawan saya? Saya kadang2 kasihan tengok dia pendam perasaan. Kesian juga pada isteri dia.
File Upload:

Salam Puan Hamimi,

Tidak salah menipu isteri untuk kelangsungan perkahwinan dan demi anak-anak. Berkorbanlah.

Cuma di sini perlunya suami mencari jalan terbaik buat mendidik isteri agar dia menjadi wanita solehah dan memahami tugasnya sebagai isteri. Sama-sama berusaha ke arah memperbaiki hubungan suami isteri. Tidak disalahkan isteri sahaja kerana pundak tanggungjawab rumah tangga letaknya pada suami. Suami perlu berperanan dan bijak mengurus kelakuan dan karenah seorang isteri.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Doa dan solat adalah kekuatan untuk kita merubah sesuatu keadaan.

Wallauaklam.

Visitor IP: 175.144.37.26

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:aina
Alamat Email:aina88fina@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:asssalammulaikum ,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia dah kena cerai, dia nak ceraikan isteri dia. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ). Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
Apa pandangan pihak tuan mengenai masalah dan situasi saya ini?
Saya berhapar sangat pihak tuan dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut
File Upload:

Salam Puan Aina,

Lafaz cerai perlu disertai niat, berniat untuk menceraikan isteri. Dalam hal ini, suami tidak bermaksud untuk menceraikan isteri walaupun perkataan itu diucapkan. Jadi ia tidaklah jatuh talak.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 60.53.251.218

Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:hafizi
Alamat Email:mnh_1983@yahoo.com
Tajuk*:rujuk
Message*:salam .ustaz saya ingin bertanya. sahabat saya telah melafazkan talaq pd isterinya tnpa diketahui isteri. kemudian dia melakukan hbgan kelamin dgn niat utk rujuk tapi istrinya tidak tahu. adakah sudah dikira rujuk
File Upload:

Salam

Lafaz talak adalah sah kerana ia dibuat atas pilihan suami dengan niatnya yang betul untuk menceraikan isteri. Jatuhlah satu talak walaupun tanpa pengetahuan isteri.

Rujuk perlu dilafazkan oleh suami seperti mana akad nikah kita lafazkan sebutan 'nikah'-nya'. Rujuk dengan bersetubuh dikira tidak sah -pada pendapat sebahagian ulama- oleh itu suami perlu melafazkan kalimah rujuk walaupun tanpa pengetahuan isteri.

wallahuaklam

Visitor IP: 203.82.92.85

Powered by EmailMeForm



Wednesday, September 19, 2012

Soalan: Jatuh Talak

Nama*:nini
Alamat Email:
Tajuk*:Jatuh Talak
Message*:Salam,baru2 ni saya telah bergaduh dgn suami disebabkan benda yg kecil. Tetapi, tanpa saya sedari, sy telah mengucapkan kata2 aku nak bercerai pada suami berkali2..dlm nada yg marah dan geram suami sy membalas aku bagi. Tapi ketika itu saya langsung tidak menyedari percakapan suami pada sy sehingga lh kami tenang baru lh suami mengatakan yang dia telah terlepas ckp begitu. Pada pandangan ustaz adakah jatuh talak pada saya?
File Upload:

Salam Puan Nini,

Ucapan 'aku bagi' oleh suami atas permintaan cerai daripada puan adalah sah. Bererti jatuhlah talak berkenaan. Ini kerana suami telah memperakukan cerai pada permintaan yang dibuat oleh isteri.

*Berhati-hatilah dengan kalimah cerai/talak sepanjang hayat kita berumahtangga!

Wallahuaklam.


Visitor IP: 203.126.136.142

Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 18, 2012

Soalan: rujuk

Nama*:azwa
Alamat Email:jusfaridan_05@yahoo.com
Tajuk*:rujuk
Message*:salam ustaz ,saya dah bercerai tetapi dalam masa iddah, kami ada melakukan persetubuhan. Soalan saya adakah saya sah rujuk atau kami telah melakukan zina.
File Upload:

Salam,

Ketika berakad nikah kita sebutkan (lafazkan) 'aku terima nikah...' Oleh itu semasa hendak dirujuk, gunakanlah lafaz; 'aku merujukmu kembali atau cukup dengan ajakan; jom kita berdamai semula...

Rujuk perlu dilafazkan kerana perbuatan bersetubuh tanpa lafaz rujuk dibimbangi dilakukan atas keinginan shahwat semata-mata..

Istighfarlah dan rujuklah kembali...

Wallahuaklam

Visitor IP: 175.137.64.248

Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuhkah Talak?

Nama*:Zura
Alamat Email:zuraidah@pece.com.my
Tajuk*:Jatuhkah Talak?
Message*:Assalamualaikum,

Saya inginkan kepastian dan jawapan daripada pihak ustaz di mana, baru-baru ini pada hari Khamis, saya dan suami telah berselisihan faham dan beliau telah menghantar sms menyatakan 'Orang terpaksa lepaskan.. seperti mana yang Yg mintak selama ni'... Melalui ayat tersebut beliau tidak menyatakan nama saya hanya dia terpksa lepaskan. Pertanyaannya, adakah talak telah jatuh? Ketika itu juga saya dalam keadaan haid. Sekiranya jatuh apa perlu kami lakukan?

Minta beri penjelasan agar masalah lebih jelas.

Terima kasih.
File Upload:

Salam Puan Zura,

Daripada kefahaman saya, suami puan telah membenarkan 'apa yang diminta oleh puan' untuk melepaskan diri (cerai) melalui SMS-nya. Pada pendapat saya, ia telah menjatuhkan talak kerana suami mengiayakan kehendak cerai yang puan minta. Perceraian adalah sah walaupun puan dalam keadaan haid, cuma hukumnya adalah haram (berdosa). Ia tidak perlu dinyatakan nama kerana SMS berkenaan sememangnya ditujukan kepada puan.

Suami puan perlu merujuk kembali kepada puan dalam tempoh edah.

Perceraian hendaknya jangan dimain-main dalam sebuah perkahwinan!

Wallahuaklam.


Visitor IP: 115.133.221.224

Powered by EmailMeForm



Monday, September 17, 2012

Soalan: tanda tanya

Nama*:ZILA
Alamat Email:nr_zila@yahoo.com
Tajuk*:tanda tanya
Message*:Salam ustaz..

Saya ada 1 persoalan y perlukan jawapan daripada ustaz.. sekiranya sepasang suami isteri pernah mengangkat sumpah di atas Quran (tapi dalam masa yang sama masih samar2 dgn perjanjian tersebut), jika mengulangi kesalahan yang sama maka akan terjatuhnya talak mengikut perjanjian tersebut..

Untuk pengetahuan lelaki tersebut telah dipaksa oleh si isteri untuk melakukannya tanpa rela.

Soalan saya sekiranya didapati si suami masih melakukan kesalahan tersebut adakah talak tadi telah pun sah disisi undang2? Bagi saya perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana takut berlakunya hubungan terlarang diantara suami isteri tanpa pengethuan mereka sendiri.

Mohon jasabaik daripada ustaz untuk memeberikan penjelasan berhubung situasi ini bagi memastikan pasangan ini benar2 tidak berada dalam keadaan terus terpesong. Terima kasih atas perhatian daripada ustaz.
File Upload:

Salam Puan Zila,

Sebarang sumpah atau ikrar yang dikaitkan dengan 'cerai' / talak adalah dikira sebagai lafaz taklik. Dalam kes ini, saya kurang jelas apakah ikrar yang disebut antara pasangan suami isteri yang bersaksikan pula al-Quran.

Jika benar lafaz berkenaan dibuat, dan 'pantang larangnya' telah diingkar oleh pasangan, maka ia boleh menjatuhkan talak. Apabila jatuhnya talak, perlulah dipatuhi segala aturan syariat sewajarnya.

Berkaitan 'suami dipaksa berikrar', perlulah dipastikan sejauh mana bentuk paksaan itu berlaku. Adakah ada ugutan yang membahayakan, jika tidak ia bukanlah dianggap paksaan. Jika benar dipaksa maka ikrar berkenaan adalah tidak sah dan boleh diketepikan.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 10.22.102.112

Powered by EmailMeForm



Friday, September 14, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:finaz
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Apakah jatuh talak sekiranya lafaz yang dibuat oleh suami BUKAN ditujukan
kepada isterinya seperti situasi di bawah;
i)Si suami mengajuk atau pun mengulangi kembali lafaz cerai yang dia
tonton di dalam drama di televisyen tapi TIDAK DITUJUKAN kepada isterinya
walaupun isterinya berada di sebelahnya. Suami cuma meniru semula dialog
tersebut tanpa niat untuk ditujukan kepada isterinya. Apakah jatuh talak
terhadap isterinya?
File Upload:

Salam.

Cerai jatuh denan adanya niat utk bercerai. Merujuk pada kes ini, ia ajukan dan komen drp cerita tv, bukannya sebutan yg ditujukan kpd isteri utk cerai... Pada kefahaman saya, tidak jatuh cerainya.

Wallahuaklam


Visitor IP: 60.50.139.212

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Saya dan suami saya adalah pasangan baru berkahwin yang bahagia. Beberapa bulan lalu, sewaktu kami berdua menonton tv, saya melihat suatu adegan di mana seorang lelaki melafazkan cerai kepada isterinya sebanyak 3 kali. Saya pun bertanya suami saya adakah itu cerai talak tiga? Suami saya merenung ke tempat lain dan melafazkan 'Aku ceraikan dikau dengan talak tiga' dengan jelas kerana berfikir seketika, dan kemudian memberikan pendapatnya.
Soalan saya: Adakah jatuh talak tiga ke atas kami berdua?
Suami saya tidak pernah berniat menceraikan saya dan ketika itu beliau hanya hendak menyampaikan ilmunya kepada saya. Sekarang saya mengandungkan anak kami yang pertama.

Terima kasih di atas penjelasan Ustaz.
File Upload:

Saya kira persoalan ini telah dijawab.

terima kasih atas perhatian puan.

Visitor IP: 60.50.139.212

Powered by EmailMeForm



Wednesday, September 12, 2012

Soalan: 3 Tahun tidak tinggal sebumbung

Nama*:Natasya binti Yusof
Alamat Email:lotong_sya@yahoo.com
Tajuk*:3 Tahun tidak tinggal sebumbung
Message*:Salam ,

Soalan saya hanya lah ringkas . dulu suami sy tidak pernah sembhyang , puasa , hutang ceti & beli no ekor . Kami menyewa. saya kuar dari rumah tersebut di sebabkan tuan rumah menelefon bahawa rumah sewa sudah 3 bulan tidak dibayar, jadi saya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah ibu bapa saya semasa suami saya berada di luar negara . merujuk kepada pejabat agama , saya telah membuka kes di mahkamah . sepanjang kes berjalan saya telah bertukar kerja & terpaksa berhenti untuk hadir ke mahkamah akibat susah untuk dapat cuti . Saya pernah berjumpa dengan suami saya untuk berpisah secara baik tapi suami tidak mahu lepaskan . hati saya kini sudah tertutup untuk terima suami saya lagi . 2 minggu sekali saya terpaksa pergi mahkamah . selalu cuti, itu yang menyebabkan saya terpaksa lupakan kes mahkamah . sekarang saya sudah tidak menerima suami saya lagi. tapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. apa yang boleh saya buat. sekarang hidup dengan dosa . tapi saya sudah tidak dapat terima dia lagi . tolong saya untuk selesai kan masalah ini ..
File Upload:

Salam Puan Natasya

Sememangnya hak cerai ada pada suami. Tetapi isteri boleh memutuskan ikatan perkahwinan melalui khuluk (tebus talak). Kes ini seharusnya dibawa ke mahkamah atas tuntutan tebus talak (khuluk) kerana keadaan suami yang tidak bertanggungjawab.

Saya tidak pasti kenapa mahkamah menangguhkan kes seperti ini terlalu lama. Kelihatannya ia menzalimi puan yang terpaksa bertukar kerja dsb. Mungkin puan boleh berurusan dengan peguam lain yang dapat membantu.

Bawalah banyak bersabar dan menginsafi kekurangan diri di hadapan Allah... Itu kekuatan yang berbaki kita ada.


Visitor IP: 175.139.139.123

Powered by EmailMeForm



Wednesday, September 5, 2012

Soalan: mohon cerai

Nama*:ina
Alamat Email:zaina99@gmail.com
Tajuk*:mohon cerai
Message*:saya seorg isteri (anak 3) yang mempunyai seorg suami yg bekerja sendiri (kontraktor) dan mempunyai kelakuan yang tidak begitu baik. dimana suami sering berkawan dengan perempuan2 lain (utk berhibur) dan dan baru2 ini beliau telah berkahwin lain tanpa persetujuan saya dengan perempuan yg merokok dan minum. selain itu beliau juga suka pergi ke kelab malam, minum benda yg tidak halal dan sering meninggalkan solat dan baru2 ini tidak berpuasa.ini semua saya ketahui melalui bukti2 yang sy perolehi.

masalahnya:
1. semasa beliau berada bersama saya beliau melakukan sembahyg, puasa dan memberi nafkah zahir walaupun tidak banyak.
2. dan pada masa sekarang beliau tidak adil dalam berpoligami, dimana beliau lebih kepada isteri barunya. dari segi masa dan wang ringgit serta layanan.
3. adakah saya berhak untuk menuntut cerai kerana saya mengalami tekanan kerana suami sering menipu saya.

cth:
a. suami tidak balik ke rumah pada waktu giliran sy dgn alasan berjumpa kawan padahal dia berseronok tgk wayang, dan pergi ke kelab bersama isteri barunya.
b. suami sering berkata tiada duit utk sy dan anak2 tetapi untuk isteri barunya mereka berbelanja dan makan di tempat2 yang mewah.
c. suami sering membawa isteri outstation kerana tidak bekerja dan balik kepada saya seminggu 2 mlm sahaja.



4. adakah saya perlu memendam perasaan dan redho dengan semua ini demi anak2.

terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Puan,

Masalah rumah tangga tidak pernah kita duga sebegini akan berlaku. Pada saya setiap perkahwinan perlu diperjuangkan untuk kekal selamanya, walaupun ada badai dan gelora, kerana kita berkahwin bukan untuk sehari dua, tetapi selama-lamanya. Berusahalah untuk kekal bersuami dan berkeluarga.

1. Puan perlu tabah dan redha menghadapi ujian perkahwinan ini. Biarpun puan tidak senang dengan suami puan, seabiknya kita bersabar dan berikhtiar mencari jalan untuk melunakkan hati seorang suami. Mungkin pada ketika ini suami puan tidak sedar langit tinggi dan rendah, terbuai dengan keindahan sementara yang tidak membawa untung di dunia apatah lagi di akhirat.

2. Puan, pada ketika menghadapi ujian sebegini, seharusnya kita lebih mendekatkan diri kepada Allah, lebih banyak istighfar dan zikir, lebih banyak solat sunat dan sebagainya... Kerana ia adalah kekuatan dalaman seorang muslim. Binalah kekuatan ini dengan lebih kukuh dan konsisten. Insya-Allah, sampai ketikanya Allah akan tunjukkan jalan benar kepada suami dan puan juga.

3. Pada peluang yang baik, berbincanglah dengan suami dengan nada elok dan menghormatinya. Bincangkan masa depan keluarga dan anak-anak, bincang sedikit ttg agama dan tanggungjawabnya kepada Allah, bincangkan sedikit ttg peranan isteri (sbg reflek kpd peranan suami).... Semoga dia akan ada keinsafan untuk kembali bertaubat.

4. Saya percaya, orang yang kembali kepada agama (menghayati agama Islam) akan lebih bertanggungjawab dan tidak berlaku zalim kepada isteri dan anak-anaknya. Bimbinglah suami puan sebaiknya ke jalan Allah. Wujudkan suasana Islam dalam rumahtangga puan, supaya sesekali dia terpandang ada pencaran iman yang terjelma dari hati kita dan dari persekitaran yang kita wujudkan.

5. Berdoalah kepada Allah setiap langkah dan waktu yang diizin-Nya. Allah adalah kekuatan kita.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 122.129.122.213

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA