Sunday, August 12, 2012

Soalan: bersetubuh dlm eddah

Nama*:CIK TATY
Alamat Email:ateqhawa@yahoo.com
Tajuk*:bersetubuh dlm eddah
Message*:saya telah bercerai dgn cerai taklik baru-baru ini. masalahye ustaz suami saya tidak mahu rujuk dgn saya lg walaupon dipujuk beberapa kali. yelah diluar sana sudah ada yg menunggunye. tetapi yg saya rasa ditipu ialah dia telah mendatangi saya beberapa kali dan kami telah melakukan persetubuhan.mula2 sy ingat telah terjadinye rujuk tetapi setelah membaca artikel2 br sy tahu krn rujuk perlu dilafazkan mengikut mazhab syafie. sy tengah mengandung dan sy rasa teraniaya.
File Upload:

Salam Puan Taty,

Saya amat bersimpati dengan puan atas kes ini.

Setahu saya, rujuk perlu dilafazkan oleh suami, walaupun ada beberapa pandangan lain yang mengatakan persetubuhan itu boleh dianggap rujuk. Namun pada pendapat saya, persetubuhan semata-mata tidak mengesahkan rujuk kerana boleh jadi persetubuhan itu untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata, tanpa niat untuk bertanggungjawab dan rujuk.

Dalam kes puan, saya nasihatkan puan bersabar dan teruskan berdoa semoga suami puan boleh kembali kepada puan dan menerima puan sebaiknya. Jika dia datang untuk 'mendatangi' puan, puan tolaklah elok-elok. Jelaskan kepadanya perlakuan itu adalah zina. Di sini mungkin suami puan boleh memikirkan sesuatu yang lebih baik dalam hubungan puan.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 203.82.81.194

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.