Nama*: | zarul |
Alamat Email: | ontahmano80@gmail.com |
Tajuk*: | cerai dan rujuk |
Message*: | assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya sblm ini sy ade lafazkan AKU CERAIKAN KAU kpd isteri sy dan sy ulangi ayat itu skali lg YE!AKU CERAIKAN KAU sambil sebut nama isteri saya supaya ia pada masa yg sama kerana dia nak kan kepastian utk jelas,tapi sy niat dengan 1 talak sahaja..adakah talak saya itu jatuh 1 sahaja wlupun sy ulang ayat itu 2 kali?saya dah rujuk semula bersama isteri saya.lagi 1 baru-baru ini saya ada lafazkan cerai kepadanya skali lagi dalam keadaan marah-marah,bolehkah saya rujuk lagi bersama isteri saya?bolehkah saya rujuk melalui sms atau saya kene lafazkan rujuk dihadapan isteri saya?harap ustaz dpt bagi jawapan |
File Upload: | |
Salam Sdr Zarul,
Lafaz cerai yang diulang-ulang akan jatuh seperti apa yang diulang. Contohnya jika dilafazkan 'Cerai ! Cerai! Cerai!; maka jatuhlah tiga talak. Itu yang difahami dalam mazhab Syafie.
Namun jika lafaz cerai itu disebut untuk menjelaskan atau mengesahkan cerai pada cerai yang pertama itu, maka ia jadilah talak satu sahaja dengan syarat niatnya untuk menjelaskan kesahan cerai berkenaan. Contohnya dalam kes pergaduhan di rumah lalu suami menceraikan isteri dengan talak satu, apabila dihadapkan ke mahkamah lafaz itu akan disebut semula sebagai pengesahan daripada cerai yang disebut di rumah tadi. Ia kekal menjadi talak satu.
Dalam kes Sdr Zarul, jika lafaz cerai yang kedua itu adalah untuk menjelaskan cerai yang pertama, maka pada kefahaman saya, ia jatuhlah talak satu.
Kes yang kedua, apabila cerai dilafazkan maka jatuhlah talak kedua. talak ke dua boleh dirujuk semula. Tetapi ia adalah yang terakhir untuk saudara beristerikannya jika tidak ada kesabaran pada diri saudara menangani gelora perkahwinan!
Rujuk seorang suami boleh melalui SMS (seperti talak juga boleh jatuh melalui SMS), tetapi eloklah beradab dalam hal yang besar seperti ini... Eloklah bertemu muka merujuk isteri untuk kembali.
*Saya harap saudara dapat mengemudikan rumah tangga ini dengan baik dan bijak. Usah dipermainkan lafaz cerai dan talak.
Wallahuaklam.
Visitor IP: 203.82.92.11
Powered by EmailMeForm