Tuesday, July 31, 2012

Soalan: puasa

Nama*:finaz
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:puasa
Message*:saya mengandung 4 bln dan sedang berpuasa. Seperti yang kita tahu apabila muntah dengan sengaja ia boleh membatalkan puasa. Tetapi bagaimana dengan wanita yang mngandung dan mengalami gejala muntah, adakah ia boleh membatalkan puasa
File Upload:

Salam Ramadan Puan Finaz

Muntah yang tidak disengajakan, tidaklah membatalkan puasa. Bagi kes puan, muntah bawaan bayi (morning sickness) adalah normal kepada ibu-ibu yang mengandung. Ia bukan kehendak kita, dan tidaklah membatalkan puasa jika termuntah kerana tercium (terbau) apa yang tidak serasi.

Selamat mengandung dan semoga bayi puan adalah anak soleh pejuang agama.


Visitor IP: 60.53.25.50

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Assalamualaikum ahli panel.
Di sini saya ingin kemukakan beberapa kemusykilan atau persoalan berkaitan
ilmu munakahat. Diharap agar pihak ahli panel dapat memberi pandangan atau
pun penjelasan terhadap soalan yang saya kemukakan di bawah ini;
Soalan 1.
Apakah jatuh talak sekiranya lafaz yang dibuat oleh suami BUKAN ditujukan
kepada isterinya seperti situasi di bawah;
i)Si suami mengajuk atau pun mengulangi kembali lafaz cerai yang dia
tonton di dalam drama di televisyen tapi TIDAK DITUJUKAN kepada isterinya
walaupun isterinya berada di sebelahnya. Suami cuma meniru semula dialog
tersebut tanpa niat untuk ditujukan kepada isterinya. Apakah jatuh talak
terhadap isterinya?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Saya kira persoalan ini telah saya jawab pada entry sebelum ini..

Lafaz talak akan jatuh dengan niat. Dalam kes ini, suami puan tidak berniat untuk menceraikan puan, sebaliknya hanya mengulang apa yang ditonton di TV. Oleh itu, ia tidaklah jatuh talaknya.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.53.25.50

Powered by EmailMeForm



Monday, July 30, 2012

Soalan: jatuh talak @ tak?

Nama*:raudhah
Alamat Email:greeny_muslimah@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak @ tak?
Message*:Salam ustaz..sy ade kemusykilan sedikit mengenai lafaz taklik.
Adakah jatuh talak sekiranya si suami mengucapkan lafaz taklik tersebut kerana ingin mengugut si isteri supaya tak membuat perkara yg dilafazkannya?cthnya,"kalau kau pergi beli barang tu,..." ayat tu xhabis disebut oleh si suami, tp niatnya menjurus kpd lafaz taklik..

Dan adakah jatuh talak jika si isteri membuat perkara yg dilarang tu?dgn menggunakan hujah bhw si suami sudah menarik balik lafaz tersebut?

Dan apakah tindakan selanjutnya yg perlu diambil bagi menyelesaikan msalah ini?

terima kasih..
File Upload:

Salam Puan Raudhah,

Ugutan yang membawa maksud cerai/taklik adalah sah atas apa yang difahami oleh kita (uruf). Ugutan seperti itu menunjukkan suami tidak membenarkan isteri melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

Sekiranya isteri melakukan perkara berkenaan, maka jatuhlah talaknya.

Suami berhak menarik balik takliknya dengan pengakuannya sendiri. Ia tidak cukup dengan andaian si isteri. Pastikan suami puan menarik balik takliknya, tanpa sebarang andaian.

Wallahuaklam


Visitor IP: 46.185.136.203

Powered by EmailMeForm



Sunday, July 29, 2012

Soalan: Rujuk

Nama*:Diyana
Alamat Email:idz6226@yahoo.com
Tajuk*:Rujuk
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Saya & bekas suami telah bercerai pada 8-5-12 yang lalu.
Dalam tempoh eddah, bekas suami pernah bertanyakan saya samada mahu rujuk semula atau tidak. Pada ketika diajukan soalan tersebut, saya bersetuju tetapi mempunyai perasaan was-was. Kami kemudiannya telah bersama. Setelah itu, saya mula menimbang semula keputusan saya samada untuk rujuk atau tidak. Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak rujuk semula.

Apakah status kami sekarang? Adakah setelah bersama secara automatik kami telah rujuk semula? Kami belum pergi ke pejabat agama berkaitan hal rujuk kami
File Upload:

Salam Puan Diyana,

Hak dan kuasa untuk merujuk terletak pada tangan suami dan tidak memerlukan persetujuan isteri. Dalam kes ini, suami puan telahpun merujuk dan puan telahpun memberi persetujuan walaupun ada was-was (keraguan). Ini bermakna puan telahpun dirujuk dan sah rujuk suami puan itu.

Urusan ke pejabat agama adalah urusan pendaftaran dan pengesahan ikatan suami isteri. Puan perlu daftarkan rujuk yang telah dibuat.

Wallahuaklam







Visitor IP: 118.101.200.26

Powered by EmailMeForm



Saturday, July 28, 2012

Soalan: lafaz taqlik

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:lafaz taqlik
Message*:Telah menjadi syarat kepada setiap pasangan apabila selesai majlis akad
nikah, pengantin lelaki diminta melafaz taliq. Apakah hukum jika isteri
dengan sengaja bertanya kepada suami apakah lafaz taliq yang dilafazkan
selepas akad nikah..dan kemudian suami memberitahu tetapi secara alar
kadar je.Adakah ia pun dikira lafaz taliq walaupun suami hanya memberitahu
sekadar alar kadar seperti ingat-ingat lupa. Ini keran suami hanya
memberitahu bukan melafaz. Adakah ia dikira lafaz taliq juga?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Lafaz taklik yang diucapkan oleh suami pada majlis akad nikah bertujuan untuk menjaga kepentingan isteri. Kebiasaannya kandungan lafaz taklik yang disebut ialah untuk memastikan suami memberi nafkah zahir batin dalam tempoh 4 bulan berturut-turut, tetapi jika selepas itu dia tidak berbuat demikian, puan boleh membawa kes ini ke mahkamah (Qadi) dengan membayar RM1, maka jatuhlah talak dengan satu talak.

Lafaz ini jika telah dibacakan oleh suami dan disahkan pula dengan tandatangan suami, maka ia adalah sah walaupun suami kurang faham (kurang mengerti) akan apa yang diucapkan. Maklumlah tidak semua lelaki faham hukum hakam agama dan hukum nikah kahwin seperti ini.

Di sini tidak timbul soalan suami beritahu ala kadar atau ingat-ingat lupa, kerana lafaz taklik ada tertulis dalam surat nikah. Puan boleh merujuk kepada surah nikah yang dikeluarkan oleh pejabat agama.

Terima kasih.

Visitor IP: 60.53.19.65

Powered by EmailMeForm



Thursday, July 26, 2012

Soalan: rujuk

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:rujuk
Message*:Saya ingin bertanya, adakah sah rujuk jika ia tidak dilafaz oleh suami dan hanya melakukan persetubuhan semata-mata?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Soalan ini berkali-kali saya jawab, tetapi apabila disemak di laman ini, ia masih lagi kosong.. mungkin line internet tidak bagus... Mohon maaf.

Rujuk perlu dilafazkan, tidak memadai dengan bersetubuh sahaja. Ini kerana bersetubuh tidak menunjukkan 'mahu merujuk' (niat) kerana boleh jadi bersetubuh itu kerana keinginan semata-mata... Oleh itu, rujuk perlu dilafazkan; dinyatakan oleh suami.

Visitor IP: 60.53.29.244

Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 25, 2012

Soalan: rujuk

Nama*:nur
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:rujuk
Message*:Saya ingin bertanya, adakah sah rujuk jika ia tidak dilafaz oleh suami dan hanya melakukan persetubuhan semata-mata?
File Upload:

Salam Puan Nur,

Rujuk perlu dilafazkan @ diucapkan oleh suami. Persetubuhan tanpa lafaz rujuk adalah tidak sah, kerana tidak dipastikan suami itu punyai niat untuk kembali merujuk atau semata-mata mahu bersetubuh sahaja. (ada berbagai pendapat ttg hal ini, tetapi kita berpegang kepada perlunya suami melafazkan rujuk).

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.53.27.112

Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:nurul
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:asssalammulaikum ustaz,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang untuk melafazkan cerai kepada isterinya tetapi belum melafazkannya lagi hanya baru menyebut nama isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia dah kena cerai, dia dah ceraikan isteri dia. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ). Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?
Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut
File Upload:

Salam Puan Nurul.

Dalam kes ini seperti yang saya fahami, suami puan tidak bermaksud untuk menceraikan puan, sebaliknya hanya menceritakan tentang kejadian atau kisah daripada tontonan TVnya. Oleh itu ia tidaklah terjadi gugurnya talak walaupun lafaznya telah ada kerana ia tidak dimaksudkan kepada perceraian dengan puan.

Ia tidak jatuh talak.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.50.139.39

Powered by EmailMeForm



Monday, July 23, 2012

Soalan: berapakah talak telah jatuh.

Nama*:tini ibrahim
Alamat Email:tini.ibrahim@yahoo.com.sg
Tajuk*:berapakah talak telah jatuh.
Message*:asalamalaikum ustaz,di sini saya ingin bertanya pada ustaz.tentang talak.anak sadara saya ,bermain kayu tiga bersama seorang lelaki yg sudah pun berkawin ...begitu anak sedara saya....hubungan sulit ini telah pun di ketahui oleh si suami (ank sedara)mereka berdua bergaduh, dan si suami terus keluar......berapa jam berikut si suami menhantar sms kapada si isteri menayatakan kita bercerai saja......lalu si suami hantar sms kpada ibu mertua menyatakan saya tak sanggop lagi saya cerai kan anak ibu......dan yg ketiga si suami ini menhantar sms kapada saya..(mak cik si isteri)sisuami berkata saya ceraikan anak sedara saya kerna sudah memalukan nama keluarga......saya membalas sms itu ...apa betul kah kau lafaz pada isteri kau ...jawap dia ya .ustaz dalam soal ini saya ingin berapa kah talak itu jatuh ?apakah hukumnya di harap ustaz dapat terangkan pada saya,terima kasih wasalam
File Upload:

Salam Ramadan Puan.

Daripada kes ini, seperti apa yang saya fahami, talaknya jatuh satu talak sahaja kerana perkhabaran yang dinyatakan kepada tiga individu berbeza hanyalah untuk menjelaskan terjadinya talak, jatuhnya cerai ke atas isteri berkenaan.


Semoga kita mendapat iktibar.

Wallahuaklam

Visitor IP: 182.55.128.161

Powered by EmailMeForm



Soalan: isu mengenai cerai

Nama*:mohamad
Alamat Email:blitz17_zee@yahoo.com
Tajuk*:isu mengenai cerai
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya ada sedikit pertanyaan berkenaan isu cerai. saya telah bertengkar dgn isteri saya melalui sms. didlm pertengkaran saya ada menghantar beberapa sms yang berbunyi
1. ' kalau kau antar sms tu kat dia mmg cerai betul' - isteri saya tak hantar sms so ini saya rasa mmg tak jatuh talak
2. ' kalau tak puas hati cerai je' - saya takde niat nak jatuhkan cerai tetapi saya niat bagi kuasa nak cerai kepada isteri saya. tiada jawapan daripada isteri
3. ' kalau dah takleh tahan sgt cerai je' - lg skali saya takde niat nak jatuhkan cerai tapi saya niat bagi kuasa nak cerai kepada isteri

diharap ustaz dpt menjawab persoalan saya secepat mungkin.
jazakallah
File Upload:

Salam Ramadan En Muhamad,

Perkara cerai dan talak tidak boleh dipermudahkan. Tidak boleh dimain-maian untuk dijadikan ugutan kepada isteri. Kuasa cerai atas suami, bukannya pada isteri. (Isteri hanya boleh tebus talak - khuluk bagi memisahkan perkahwinan).

Dalam kes ini, saya faham bahawa Encik tidak menjatuhkan talak, sebaliknya mengugut untuk menjatuhkan talak. Oleh itu, pada fahaman saya, ia tidaklah terjatuh talak.

Walau bagaimanapun, diharapkan perkara ini tidak dipermain-mainka lagi pada masa akan datang.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 175.142.250.125

Powered by EmailMeForm



Sunday, July 22, 2012

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Siti
Alamat Email:najidsiti@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Salam..

Saya nk bertanya tentang lafaz taklik..
Permasalahan yg berlaku pada saudara saya..
Sekiranya suami lafaz taklik dgn berkata "sekiranya awak membeli baju sendiri, maka jatuhlah talak satu.."
jatuhkah talak pada ketika saudara saya sekiranya saudara saya berpakat dengan kawan iaitu kawan saya membeli baju untuk nya dan die membeli sesuatu juga untuk saudara saya dan mereka bertukar2, maka sahkah lafaz taklik itu?
File Upload:

Salam Puan Siti.

Maaf puan, saya kurang jelas isu yang diutarakan.

Cuma saya boleh jelaskan begini; apabila suami melafazkan taklik 'dilarang membeli baju sendiri' (dengan maksud menggunakan wang sendiri atau membeli tanpa izin dan pengetahuan suami), maka jatuhlah talak sekiranya isteri itu berbuat demikian. Larangan suami ini mungkin kerana ada sebab di sebaliknya, wallahuaklam.

Dalam kes ini, jika isteri berkenaan berpakat dengan rakannya untuk membeli baju dan saling bertukar-tukar, maka pada kefahaman saya, jatuhlah talaknya. Ini kerana isteri berkenaan sengaja melakukan perkara yang berkaitan dengan larangan taklik, walaupun mereka berpakat-pakat. Sebaliknya jika rakan isteri berkenaan menghadiahkan baju kepadanya, tidaklah pula jatuh talak (taklik).

Wallahuaklam.


Visitor IP: 192.168.42.13

Powered by EmailMeForm



Saturday, July 21, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:nurul
Alamat Email:shahrilsafinaz@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:asssalammulaikum ustaz,
Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV cerita lawak bersama dua orang anak kami. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang melafazkan cerai kepada isterinya.
Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, tiba-tiba ibu suami saya datang dan terus bertanya kepada suami saya kenapa dengan drama TV ini? suami pun berkata dia dah kena cerai, dia dah ceraikan isteri dia. Kemudian secara tiba-tiba suami terus kata aku ceraikan kau
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ). Semasa suami melafazkan cerai tersebut, muka dan tubuh badannya menghadap televisyen dan suami tidak memandang ke arah saya (isteri)
Soalan :
Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini?
Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut
File Upload:

Salam Puan Nurul.

Lafaz cerai adalah bergantung kepada niat sebenar suami. Jika yang dilafazkan itu adalah ulasan dan ulangan daripada 'drama TV', maka pada saya ia tidaklah jatuh talak. Sebutan suami berkenaan juga tidak ditujukan kepada puan, sebaliknya hanya mengulas apa yang ditontonnya.

Sekadar itu yang saya faham.


Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.53.26.123

Powered by EmailMeForm



Thursday, July 19, 2012

Soalan: cerai taklik(masih keliru)

Nama*:nor
Alamat Email:norsusilawati_80@yahoo.com.my
Tajuk*:cerai taklik(masih keliru)
Message*:Askum...(Saya sebelum ini berada pada tajuk cerai taklik (lafaz atau maksud)
Terima kasih atas segala penerangan dan jawapan yang telah ustaz berikan.Saya amat2 menghargainya...namun saya ada beberapa lagi persoalan yang memerlukan penjelasan daripada ustaz..

1)ustaz memberi penjelasan bahawa suami boleh menarik balik lafaz cerai taklik terhadap saya.akan tetapi apa yang saya faham dan pernah baca didalam beberapa blog yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang bertauliah mengatakan bahawa taklik tidak boleh ditarik balik.Saya juga ada menonton rancangan wanita hari ini dimana ustazah yang dijemput mengatakan TAKLIK TIDAK BOLEH DITARIK BALIK.Adakah maksudnya taklik terbahagi kepada 2,dimana ada yang boleh ditarik dan ada yang tidak.boleh tak ustaz tolong jelasakan..
2)Majoriti ulama (trutama 4 mazhab) mengatakan bahawa cerai taklik(lafaz yang sorih)adalah sah dan jatuh sekiranya dilanggar oleh si isteri walaupun suami tiada niat menceraikan(diamalkan dimalaysia).Tetapi ada pndapat minoriti membahagikan kepada 2 dimana pertama jika suami berniat menceraikan barulah jatuhlah takliknya,tetapi jika suami hanya berniat mengugut dan sebagainya maka takliknya tidak sah/jatuh tetapi diwajipkan bayar kifarat sekiranya dilanggar.(diamalkan di mesir).persoalannya kenapa ada perbezaan pendapat yang digunapakai diantara malaysia dan mesir.Pendapat manakah yang seharusnya kita ikut.Saya menjadi bertambah keliru apabila membaca satu ruangan di my metro dalam soal jawab agama dimana isteri telah melanggar taklik suaminya yang bukan niat menceraikan tetapi mengugut sahaja.ada 2 jawapan yang diberikan oleh ustaz yang menjawab iaitu menrut pendapat majoriti jatuh takliknya.tetapi menurut pendapat minoriti tidak sah/jatuh kerana suaminya menggunakan taklik untuk mengugut isterinya.Jadi yang manakah harus diikuti.Harap ustaz boleh tolong jelaskan.
3)Berdasarkan kepada E-mail saya yang lepas cerai taklik (lafaz atau maksud).Saya ada 1 lagi soalan untuk diperjelaskan oleh ustaz.Situasinya..suami saya pernah menghantar sms yang menurutnya bertujuan untuk menyemak samada sms nya sampai atau tidak(gangguan talian).Apbila saya membuka sms nya dia telah menaip 2 daripada perkatan yang terdapat dalam nama bekas kekasihnya yang ditaklik kan kepada saya.Sebagai contoh nama yang diucapkan dalam taklik ialah INA.Suami telah menaip NA yang bagi saya dalam keadaan tertentu bukankah kita adakalanya memanggil INA hanya dgn NA sahaja.Saya tlah menelefon suami semula dan bertanyakan kenapa dia menaip perkataan (NA)tersebut.Bukankah ada banyak lagi nama (perkataan)lain yang terdapat pada keypad enset untuk ditaipkan.Saya memarahi suami kerana tindakan nya itu menyebabkan saya secara tidak sengaja menyebut nama(NA) tersebut,dan sekaligus teringat dengan nama bekas kekasihnya yang ditaklikan.saya menuduh suami sengaja menaip perkataan tersebut supaya saya menyebutnya dan takliknya terjadi sedangkan saya sedaya upaya untuk mengelak dari mengingati apakah lagi menyebut nama tersebut.Suami mengatakan bahawa dia tidak sengaja dan tiada niat seperti yang saya menuduh terhadapnya,Sebelum meletakkan telefon saya mengugut suami dengan mengatakan"jangan sampai saya sebut betul2 nama tu baru awak puas hati".Persoalannya ustaz adakah tindakan saya menyebut nama NA yang ditaip oleh suami,tindakan saya memarahinya itu dan ugutan saya termasuk dalam maksud lafaz taklik suami saya dan apakah kedudukan taklik tersebut.
Saya minta maaf sekiranya ada soalan saya ini tidak logik dan menyentuh sensitivity beberapa pihak.Tapi saya tidak mahu kemusykilan dan kekeliruan membelenggu saya sepanjang hidup...wassalam.
File Upload:



Visitor IP: 203.82.95.155

Powered by EmailMeForm



Sunday, July 15, 2012

Soalan: cerai taklik(lafaz atau maksud)

Nama*:nor
Alamat Email:norsusilawati_80@yahoo.com.my
Tajuk*:cerai taklik(lafaz atau maksud)
Message*:askum ustaz yang budiman...

saya puan Nor dari sarawak ingin mengajukan pertanyaan tentang cerai taklik

1) jika suami melafazkan "kalau awak sebut lagi nama ...... (nama bekas kekasihnya)maka jatuh talak."terjadinya talak ini disebabkan saya selalu mengejek,menyindir,cemburu,mengungkit-ungkit kisah suami dengan bekas kekasihnya.suami banyak kali melarang tetapi saya tetap mengejek nya sehingga lah lafaz ini terjadi.menurut suami dia tidak berniat untuk menceraikan cuma mengancam saya sahaja.tapi saya tahu menurut undang2 islam malaysia taklik ini jatuh kerana lafaznya sarih. persoalannya sekarang saya pernah bertanya kepada suami apakah maksud menyebut nama yang dia maksudkan.adakah hanya dengan menyebut nama bekas kekasihnya,atau menyebut nama sesiapa sahaja yang mempunyai nama yang serupa,atau saya menyebut nama bekas kekasihnya dengan niat dan perkataan untuk mengejek, menyindir, cemburu, mengungkit-ungkit kisah silam mereka seperti yang saya lakukan sebelum taklik terjadi.suami mengatakan sekiranya saya menyebut dengan sengaja2nya nama bekas kekasihnya dengan tujuan mengejek,menyindir,cemburu,mengungkit-ungkit kisah silamnya seperti yang saya lakukan sebelum ini barulah terjadi taklik nya itu.akan tetapi apa yang menjadi kemusykilan saya adakah taklik saya ini jatuh bedasarkan lafaz suami atau penerangan yang dia berikan kerana lafaznya ialah jika saya menyebut nama....untuk makluman tuan saya tidak pernah lagi mengejek, menyindir, cemburu, mengungkit-ungkit kisah mereka. tetapi saya ada menyebut nama kawan2 saya yang nama serupa. dan saya juga pernah mengulang balik lafaz taklik yang dilafazkan oleh suami saya dengan tujuan untuk bertanya dan meminta kepastian bukan dengan tujuan seperti yang suami maksudkan sedangkan didalam lafaz suami ada menyebut nama bekas kekasihnya dan saya secara automatik tersebut namanya ketika mengulang balik(untuk bertanya) apa yang dilafaz suami.semuanya saya tidak sengaja..

2)jika suami melafazkan" jangan sampai abang cakap kalau sayang sebut lagi pasal perempuan jatuh talak baru sayang nak berhenti bercakap"terjadinya taklik tersebut kerana saya cemburu dan syak yang suami ada perempuan lain selepas saya terjumpa msg yang mencurigakn dalam handset nya. sebelum itu memang saya ini kuat cemburu dan selalu mengesyakinya..adakah taklik itu telah jatuh...bila saya bertanya kepada suami dia mengatakan bahawa taklik itu belum jatuh kerana dia belum menetapkan taklik tersebut dengan adanya perkataan jangan sampai

3)berkaitan dengan perkara 1 dan 2. pada malam harinya saya bertanya balik kepada suami adakah telah jatuh taklik yang dia lafazkan (perkara 2)suami pada mulanya pun bingung. tapi dia tetap mengatakan bahawa dia belum menetapkan lagi taklik tersebut dengan adanya perkataan jangan sampai..dengan tiba2 saya teringat balik dengan lafaz suami yang pertama(perkara 1)lalu saya mengingatkan kepada suami lafaz pertamanya..suami berkata"haaaa...macam itu barulah..masa itu abang cakap kalau sayang sebut lagi nama ....(bekas kekasihnya) jatuh talak..macam itu barulah.."niat suami masa itu hanya untuk membandingkan serta memberi contoh lafaz pertama dengan lafaz yang kedua..adakah taklik suami jatuh ketika itu sedangkan dia cuma memberi contoh dan perbezaan diantara lafaz pertama dan kedua.saya pulak dengan tidak sengaja berkata"owh ya tak ya jugak kan .masa tu abang tak sebut pun jangan sampai.masa tu abang cakap kalau sayang sebut lagi nama ....(bekas kekasihnya) jatuh talak..kan..suami pula mengiyakan(niat nya bukanlah nak menjatuhkan talak satu lagi cuma mengiyakan apa yang saya perkatakan bahawa lafaz yang kedua ada jangan sampai sedangkan lafaz pertama tiada.

saya sangat2 berharap moga dapat diberi penjelasan tentang perkara ini.saya mintak tolong sangat2.minta kerjasama pihak tuan untuk memberi jawapan didalam email ini sahaja.terima kasih banyak2..wassalam.
File Upload:

Salam Puan Nor, maaf kerana lewat membalas email ini.
1. Dalam kes ini, lafaz taklik adalah terjadi atas apa yang dimaksudkan oleh suami puan. Maksudnya, jika 'nama' itu disebut dengan tujuan mengejek dan menghina, maka jatuhlah talak, tapi jika puan menyebut nama berkenaan tetapi dengan maksud yang lain (tidak mengejek) atau nama orang lain yang serupa, tidaklah jatuh talaknya. Kerana maksud taklid itu adalah seperti apa yang diucapkan dan dimaksudkan secara khusus oleh suami.

Contohnya, saya langgar kereta merah yang di depan tu, jatuhlah talak. Tapi kalau suami langgar kereta putih, hijau, tidaklah jatuh talaknya.

2. Keadaan kedua adalah satu ugutan, ia bukan lagi taklid.


3. Pada kefahaman saya, ia tidak jatuh talak kerana disebut penama itu sebagai contoh, bukannya dengan maksud mengejek dan menghinanya..

Seperkara yang perlu diingatkan, perkara ini usah terlalu disukar-sukarkan, dan janganlah pula dipermudah-mudahkan. Malah pihak suami boleh menarik balik 'lafaz taklid' jika dia telah sedar perubahan kepada diri puan.

Bersama-samalah kita membina ruamhtangga di bawah redha Allah.

Wallahuaklam.
Visitor IP: 203.82.95.236

Powered by EmailMeForm



Monday, July 9, 2012

Soalan: Jatuh ke talak?

Nama*:Alang
Alamat Email:didie_kasiran@yahoo.co.uk
Tajuk*:Jatuh ke talak?
Message*:saya ada kemusykilan..tolong share jawapan blh x?

asssalammulaikum ustaz,

Saya ada satu soalan mengenai lafaz cerai. Pada suatu malam, saya dan suami sedang menonton TV drama Melayu. Cerita dalam TV tersebut memaparkan tentang seorang lelaki yang sedang melafazkan cerai kepada isterinya.

Semasa kami sedang menonton drama TV tersebut, terdapat adengan skrip pelakon lelaki menceraikan pelakon perempuan (isterinya) melafazkan beberapa kali. Tiba-tiba suami saya bertanya pada saya (isteri), "Boleh ke lafaz aku cerai kau banyak kali?aku cerai kau, aku cerai kau??"
Dalam situasi ini, lafaz cerai tersebut tidak ditujukan kepada saya (isteri ). Hanya untuk memberitahu persoalan dalam drama tersebut.
Soalan :
1. Adakah talak itu jatuh terhadap saya (isteri)
2. Apa pandangan ustaz mengenai masalah dan situasi saya ini
Saya berhapar sangat ustaz dapat bantu saya. Saya risau memikirkan hal tersebut.
File Upload:

Salam,

Oleh kerana lafaz cerai itu tidak ditujukan kepada puan sebagai isteri, dan ia bukan bermaksud untuk menceraikan puan, maka tidaklah jatuh talaknya.

Talak perlu diiringi dengan niat atau kerelaan suami.

Terima kasih.

Visitor IP: 161.139.220.122

Powered by EmailMeForm



Friday, July 6, 2012

Soalan: cerai rujuk

Nama*:maidin
Alamat Email:jaxko@gmail.com
Tajuk*:cerai rujuk
Message*:adakah sah rujuk jika saya hanya niat rujuk dalam hati dan melakukan hubungan kelamin? Ini kerana mahkamah syariah pasir puteh memutuskan rujuk kami tidak sah kerana tiada lafaz.
File Upload:

Jika itu keputusan mahkamah, maka itulah ketetapannya.

Ia berpengang kepada mazhab Syafie yang menentukan mesti ada lafaz, walaupun ada pendapat lain yang mengatakan tidak perlu berlafaz. Namun itulah ketetapan mahkamah, kita akur dengannya.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 203.82.92.116

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA