Thursday, June 21, 2012

Soalan: sah kah talak jika...

Nama*:zarina
Alamat Email:zannazarina@yahoo.com
Tajuk*:sah kah talak jika...
Message*:a'kum...saya nak kan panjelasan dr pihak yg lebih arif sah kah talak yg dilafazkan oleh suami dihadapan isteri pertama dan anak2 dalam keadaan saya yg mengandung 3 bln.sewaktu jatuh kn talak suami dalam keadaan terpaksa akibat di desak oleh anak2....sekiranya keadaan suami sudah ok macam mana sekiranya jika kami ingin rujuk semula?
File Upload:

Salam, Puan.

Talak yang dilafazkan oleh suami adalah sah walaupun dalam keadaan puan mengandung. Cuma perbuatan itu dihukum haram (berdosa).

Dalam kes puan, saya tidak pasti sejauh mana suami puan 'dipaksa'? Jika benar dia dipaksa, maka talak itu tidaklah jatuh kerana ia terpaksa didesak oleh keadaan, kerana syarat sah talak ialah dengan pilihan sendiri (sukarela). Oleh itu, puan perlu pastikan keadaan suami puan, sama ada di benar-benar terpaksa (memanipulasi keadaan) atau begitu sebenarnya keinginan beliau.

Untuk rujuk, suami boleh merujuk sebelum habis edah puan (sehingga melahirkan anak) pada bila-bila masa.


Visitor IP: 180.75.202.210

Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 20, 2012

Soalan: Lafaz rujuk dlm edah

Nama*:Hani
Alamat Email:hani1979@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz rujuk dlm edah
Message*:As salam ustaz.Bekas suami telah lafaz rujuk bbrp jam sblum saya mandi wajib iaitu suci utk kali ke 3,iaitu sblum tamat tempoh edah. Prsoalannya, 1)pd awalnya,mandi wajib saya lewatkn sdikit utk beri bekas suami pluang lafaz rujuk. adakah sah lafaz rujuk walaupun saya lewatkn mandi dlm 1/2 hari. 2) keesokan hari brtengkar smula mbuatkan saya trfikir utk tdk trima rujuk..adakah rujuk pd smlmnya tlh sah brlaku. 3) Bks suami scara drastik mau mngambil saya di kampung tnpa mau meminta maaf @izin dgn mak saya yg tlh mnjaga saya dan ank2 slama diabaikn hmpir stahun,kmdian dlm 2bln lps brlaku lafaz cerai. Suami menegaskn saya patut wajib ikut dia balik ke rmh asal kami..tnpa perlu dilibatkn keizinan siapa2 slain suami. Saya benar2 dlm dilemma, jika saya tak stuju ikut beliau adakah saya boleh di cas nusyuz jika saya disahkan masih istrinya 4) Bolehkah pihak istri yg dirujuk mnangguhkn utk mgikut suami pulang dgn alasan utk mnyelesaikn failkan hal cerai dan rujuk di mahkamah trlebih dahulu,dan dalam tempoh itu brfikir smula sama ada utk mrujuk @tidak..Atau pihak istri sememangnya kena akur ikut suami pulang ke rumah asal trlebih dahulu..saya bingung..takut suami kmbali mudaratkn saya dan ank2.Trima kasih ustaz. Maaf ustaz,hrp dpt jwb sblum 25hb Jun 2012,tarikh bliau mau mnjemput saya.W'slm.
File Upload:

Salam,  Puan.

1. Tempoh edah ialah tiga kali suci; iaitu telah tamat tiga kali berhaid. Dalam kes ini, puan telah suci haid pada hari berkenaan cuma melengahkan mandi hadas. Pada kefahaman saya, tempoh edah puan telah berakhir dengan berakhirnya haid walaupun puan belum mandi junub. Oleh itu, suami tidak boleh merujuk (untuk menyatukan perkahwinan) melainkan dilakukan akad nikah baru (yang dilakukan oleh wali).

 2. Rujuk oleh seorang suami adalah sah walaupun tanpa persetujuan isteri. Itu dasarnya. Dalam kes puan, saya khuatir rujuknya tidak sah setelah mana tamat tempoh edah puan...

3. Suami kepada isteri (yang dalam edah) mempunyai kuasa mutlak untuk mengambil balik isterinya. Namun sebagai orang yang beradab dan bertanggungjawab perlulah dia menemui ibu bapa atau penjaga, yang menjaga selama ini; memaklumkan hal sebenar.

Dalam kes rujuk, isteri boleh dianggap nusyuz jika dia enggan mengikut suami yang telah menyatakan 'rujuk'nya.

4. Dalam kes rujuk, isteri perlulah mengikut kehendak suami. Namun boleh juga berunding dan mendapat persetujuan suami untuk menangguhkan 'kembali bersama' atas alasan tertentu.

Dalam kes puan, saya ragu-ragu dengan situasi yang dinyatakan. Sila amati jawapan saya pada no 1, untuk memastikan letak duduknya hukum pada jawapan no 2, 3 dan 4.

Terima kasih.

Visitor IP: 219.92.126.60

Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 19, 2012

Soalan: Apa hak saya?

Nama*:Adilla Hanifah
Alamat Email:laila_illia@yahoo.com
Tajuk*:Apa hak saya?
Message*:Sy sudah berkahwin 2 tahun dgn lelaki pilihan hati & restu kedua-dua keluarga. Kami bahagia tetapi byk pergaduhan yang tiada pnyelesaian & akhirnya semakin dingin. Suami bkerja kerajaan & dari sejak awal berkahwin malas bekerja, selalu ponteng, MC, emergency leave, datang lewat, balik awal.. Lama kelamaan tidak hadir kerja tanpa sebab selama 6 bulan. Saya tak tahu kenapa hinggalah pecah tembelang dia ditangkap kerana memiliki dadah & urin positif dadah. Saya terkejut tapi cuba untuk membantu dia. Tak sampai sebulan, pecah tembelang dia ada hubungan sulit dgn perempuan yang merupakan bekas teman wanitanya.

Sekarang mereka duduk serumah tanpa ikatan yang kononnya turut didiami bapa perempuan itu. Suami saya sudah tidak pulang & tiada khabar berita untuk sebulan. Saya ingin menuntut fasakh atas alasan tidak diberi nafkah zahir & batin untuk 6 bulan, suami penagih & pengedar dadah & suami sudah tidak sembahyang, sering bermalam bersama perempuan itu. Suami juga penagih dadah yg tegar & merbahaya..

Saya ingin tahu, apakah hukumnya, ahli keluarga suami saya tahu yang dia adalah penagih dadah sejak sebelum berkahwin, tetapi merahsiakannya dari saya. Sehinggakan telah berkahwin & membuat pelbagai masalah pun masih merahsiakan. Mereka sememangnya telah tahu suami saya penagih kerana saudara mara suami saya pun tahu.

Apa pula hukum ahli keluarga suami membawa lari suami saya ke tempat perempuan itu untuk memisahkan suami dari saya & merahsiakannya. Mereka berpakat dgn keluarga perempuan itu untuk membiarkan mereka bersama tetapi tidak berkahwin. Hak saya sebagai seorang isteri telah diabaikan. Menurut cerita pihak ketiga, suami saya tidak mahu pergi ka sana tetapi terpaksa untuk menjaga hati keluarganya & keluarga perempuan itu kerana telah terlanjur & mengandung...

Kini saya tidak tahu dimana suami saya. Walaubagaimnapun, saya tetap akan meneruskan niat menuntut fasakh.

Saya pun keliru dgn situasi saya & keliru dgn keluarga suami saya..
Terima kasih...
File Upload:

Salam, Puan.

Puan boleh menuntut fasakh kepada pejabat kadi atas alasan pengabaian nafkah selama enam bulan. Kebiasaannya di Malaysia suami adalah melafaz taklik yang disebut 'manakala saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berturut-turut dan isteri mengadu ke mahkamah (kadi) dengan bayaran RM1, maka jatuhlah talak satu'. Jika lafaz talak ini ada tercatat dalam surat nikah, bererti puan berhak menuntut fasakh atas perkahwinan ini.

Mengenai kes suami puan penagih dadah, mengadakan hubungan haram; itu telah jelas hukumnya. Haram dan berdosa.

Mengenai keluarga yang merahsiakan kelemahan anaknya, itu di luar kemampuan puan sendiri. Tiada siapa yang perlu disalahkan atas perkara yang telah lalu yang kurang usul periksanya.

Puan, berusahalah untuk mendapatkan suami yang soleh; dekatkan diri kepada Allah, tingkatkan amalan kerana Allah sayang kepada hambanya yang solehah dan DIA akan anugerahkan lelaki yang soleh kepada perempuan yang solehah.

Visitor IP: 113.210.124.67

Powered by EmailMeForm



Saturday, June 16, 2012

Soalan: Cerai Taklik

Nama*:Hashim Minhat
Alamat Email:hashim_minhat@yahoo.com
Tajuk*:Cerai Taklik
Message*:Perlukah kita menfailkan cerai taklik dimana mana pejabat khadi apabila isteri mengingkari Taklik Suami.Bagaimana kalau perceraian ini tidak didaftarkan dan isteri merujuk semula sebelum tempoh idah
File Upload:

Salam.

Saya mohon maaf kerana perkara ini di luar pengetahuan saya. Tuan boleh rujuk kepada Pejabat Agama/ Pejabat Qadi.

Mohon maaf,  terima kasih.


Visitor IP: 60.53.52.163

Powered by EmailMeForm



Thursday, June 7, 2012

Soalan: cerai rujuk

Nama*:nazmi
Alamat Email:
Tajuk*:cerai rujuk
Message*:salam, sy inginkan kepastian, sy telah melafazkan cerai pada isteri sy.. dan pd keesokkan harinya kami telah bermaafan dan menyesal atas perselisihan itu.. hingga ke hari ini kami bahagia.. solannya.. adakah itu dikira rujuk? adakah rujuk itu sah? dan adakah kami perlu hadir ke pejabat agama?
File Upload:

Salam. Ada pendapat ulama yang mengatakan perlakuan 'berbaik semula' itu (termasuklah bersetubuh) boleh dianggap sebagai rujuk. Dalam kes ini, persetujuan sdr untuk 'kembali' semula boleh dianggap rujuk mengikut pendapat berkenaan.

Urusan pejabat agama adalah urusan berkaitan undang-undang dan peraturan negara.

Visitor IP: 118.100.184.245

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA