Tuesday, May 22, 2012

Soalan: Rujuk dalam edah

Nama*:Khairuddin
Alamat Email:deanharrys66@yahoo.com.my
Tajuk*:Rujuk dalam edah
Message*:Assalamualaikum,
Saya inginkan penjelasan,dalam tempoh edah saya telah melafazkan kata rujuk semula dengan isteri,dan dimalam hari telah bersetubuh dengan isteri..yang menjadi masaalah ialah keesokan harinya isteri saya telah menyatakan kepada saya bahawa beliau meminta tempoh untuk kembali semula..apakah sah rujuk saya itu. Buat sementara,saya tinggal berasingan dengan beliau takut rujuk itu tidak sah.
Terima Kasih atas penjelasan yang bakal pihak ustaz berikan
File Upload:

Salam.

Rujuk mengikut kefahaman saya adalah hak seorang suami. Jika suami merujuk ketika masih dalam edah, maka sahlah rujuk itu walaupun tanpa persetujuan isteri. Ini kerana kedudukan isteri pada masa itu masih dalam status 'isteri beredah' yang menjadi milik dan tanggungjawab suami lagi. Pada kes ini, rujuk yang tuan lafazkan adalah sah.

Terima kasih.


Visitor IP: 115.132.164.141

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.