Wednesday, May 30, 2012

Soalan: soalan puasa

Nama*:norhussein abdullah
Alamat Email:huzzsmile@gmail.com
Tajuk*:soalan puasa
Message*:Berkhayal sehingga keluar mani boleh membatalkan puasa. apakah yang harus dilakukan oleh orang itu?perkara ini telah berlaku 10 tahun lepas,sewaktu dia masih bersekolah?
File Upload:

Keluarkan mani dengan sengaja adalah membatalkan puasa. Dalam kes ini, anda perlu menqadakan puasa yang terbatal dan membayar fidyah secupak beras bagi setahun yang tertinggal, mengikut jumlah harinya.

1. Qadakan puasa sehari (atau jumlah hari yang tertinggal)
2. bayar fidyah secupak beras bagi setahun terlewat; jika sepuluh tahun maknanya sepuluh cupak beras perlu dibayar. (tidak banyakpun berasnya)... Jika dua hari tertinggal puasa selama 10 tahun ertinya 20 cupak beras perlu dikeluarkan.

Terima kasih.




Visitor IP: 219.92.17.30

Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 29, 2012

Soalan: Kes Rujuk

Nama*:Zeti Arnida binti Zainal Abidin
Alamat Email:aztieza@hotmail.com
Tajuk*:Kes Rujuk
Message*:saya telah bercerai dengan bekas suami saya pada tahun 2010 dengan talak satu setelah selesai kes di mahkamah, dalam tempoh edah bekas suami telah memujuk saya pulang ke rumah kami untuk berbalik kepadanya. saya pun telah bersetuju, setelah dipujuk saya telah rela menjalankan tanggungjawab sebagai isteri semula. masalah saya sekarang kami tidak merujuk kepada mahkamah diatas perkara rujuk kami. apakah status saya sekarang..
File Upload:

Rujuknya suami puan adalah sah. Namun prosedur mahkamah syariah tidak diikuti. Oleh itu puan dan suami dinasihati supaya membuat laporan mengenai rujuk semula ini kepada pejabat agama bagi tujuan rekod dan pengesahtarafan perkahwinan.

Visitor IP: 175.140.69.70

Powered by EmailMeForm



Saturday, May 26, 2012

Soalan: rujuk terjadi atau tidak?

Nama*:farisya
Alamat Email:
Tajuk*:rujuk terjadi atau tidak?
Message*:assalamualaikum,
saya ingin kepastian.
pakcik sy bercerai dgn isterinya di hadapan hakim. 2 hari lepas bercerai dia datang rumah isterinya untuk berjumpa anak. pakcik terlepas ckp pada mak mertua dia. "Bila tengok anak sedih mcm ni, rasa macam nak balik je semula dengan dia(isteri pakcik sy). pakcik sy ckp mcm tu sbb isteri dia nak pisahkan anak2 dan larang berjumpa dgn pakcik sy. dia sedih tgk anak mcm tu. takut tak dapat jumpa amal. niat dan rasa nak balik sbb anak je walaupun hakikat mereka dah tak boleh hidup bersama. mak mertua dia sampaikan pada isteri dia walaupun pakcik sy dah tarik balik dan larang bagitau. adakah berlaku rujuk di situ? minta penjelasan. terima kasih.

minta jangan paparkan email saya. tq
File Upload:

Rujuk bergantung kepada niat yang dimaksudkan oleh 'pakcik' puan. kalau diukur kepada ucapan pakcik itu, ia tidak bermaksud rujuk kerana adanya perkataan 'rasa macam nak balik je' yang tidak pasti kesahannya. Ia perlu mendapat kepastian Pakcik dalam hal ini. Jika ia bermaksud rujuk, maka terjadilah rujuk itu. Jika tidak, ia tidak dianggap sah rujuknya.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 175.144.219.35

Powered by EmailMeForm

Tuesday, May 22, 2012

Soalan: Rujuk dalam edah

Nama*:Khairuddin
Alamat Email:deanharrys66@yahoo.com.my
Tajuk*:Rujuk dalam edah
Message*:Assalamualaikum,
Saya inginkan penjelasan,dalam tempoh edah saya telah melafazkan kata rujuk semula dengan isteri,dan dimalam hari telah bersetubuh dengan isteri..yang menjadi masaalah ialah keesokan harinya isteri saya telah menyatakan kepada saya bahawa beliau meminta tempoh untuk kembali semula..apakah sah rujuk saya itu. Buat sementara,saya tinggal berasingan dengan beliau takut rujuk itu tidak sah.
Terima Kasih atas penjelasan yang bakal pihak ustaz berikan
File Upload:

Salam.

Rujuk mengikut kefahaman saya adalah hak seorang suami. Jika suami merujuk ketika masih dalam edah, maka sahlah rujuk itu walaupun tanpa persetujuan isteri. Ini kerana kedudukan isteri pada masa itu masih dalam status 'isteri beredah' yang menjadi milik dan tanggungjawab suami lagi. Pada kes ini, rujuk yang tuan lafazkan adalah sah.

Terima kasih.


Visitor IP: 115.132.164.141

Powered by EmailMeForm

Friday, May 11, 2012

Soalan: Lafaz cerai mlalui bhasa mulut,sperti mngomel2 snd

Nama*:Fatihah
Alamat Email:Ctieyfatihah@gmail.com
Tajuk*:Lafaz cerai mlalui bhasa mulut,sperti mngomel2 sndrian,tidak jelas
Message*:Salam ustaz,sy dn suami bertngkar di sbbkn slh fhm di hdpn kluarga sy, suami dlm keadaan mrh,mngomel2 seperti melafazkn cerai pda sy,tp sy tidak jelas dgn apa yg dia bgthu melalui bhsa mulut kerana tidak mngluarkn suara,tp sy yakin dia melafazkn cerai untk sy,bla sy bgthu kt mak dn ayh sy dihadpn suami atas lafaz cerai yg dia lafaz mlalui bhsa mlut itu,dia menafikn lafaz td dn mngtakn bkn dia lafaz cerai,keesk kn kami berbaik,sy tnya btlkh abg lafaz crai untk sy,dia jwb xthu sbb msa tu dia tgh serabut n tertakan,
jthkn talak? Klau lah dia btul2 terlafaz cerai msa itu tnpa niat dn mngna bhsa mulut yg tk jelas jatuh kh talak,sbb dia xthu npe yg dia mngomel2 @ terlfaz dri bibir dia,krana dia kate dia pning krna menghisap rokok bercmpur ganjal,
jatuh kah talak ustaz?
File Upload:

Lafaz cerai perlu kepastian daripada suami. Jika suami betul-betul melafazkan cerai, maka jatuhlah talaknya walaupun dengan suara yang tidak didengar asalkan suaminya mengetahui dan mendengar ungkapan berkenaan.

Jika suami menceraikan isteri dalam keadaan mabuk (ganja, dadah atau arak) hukumnya adalah sah kerana pemabukan itu sengaja dilakukan (mengambil arak @ dadah dengan sengaja). Soal serabut dan tertekan tidak dijadikan alasan syarak untuk dijadikan alasan bagi segala perbuatan syarie. Ia tetap dikira.

Dalam kes puan, jika benar suami puan melafakan perkataan cerai, maka jatuhlah talaknya.

Barangkali ada saksi lain yang melihat situasi ini untuk dirujuk...

Wallahuaklam, terima kasih.


Visitor IP: 203.82.87.120

Powered by EmailMeForm

Thursday, May 10, 2012

Soalan: Lafaz cerai dari suami tapi tidak didengari oleh s

Nama*:Siti
Alamat Email:Ctieyfatihah@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz cerai dari suami tapi tidak didengari oleh sy
Message*:Jatuh kah talak sy bila suami lafaz tp tidak didengari oleh sy,bila sy tnye suami di dpn kluarga sy adakah dia mnceraikn sy,dia tdak mngaku,dia bgthu yg dia tgah pening kpala,jatuh kah talak bgi kami?
File Upload:

Lafaz cerai yang disebut oleh suami adalah jatuh walaupun tidak didengari oleh isteri atau sesiapa pun. Suami yang dengan sengaja melafazkan 'cerai' maka jatuhlah talak itu walaupun tiada saksi yang mendengar atau melihat.

Suami perlu berhati-hati dalam perkara ini.

Suami tidak mengaku; itu mungkin kerana dia menyesal dengan keterlanjurannya.

Cerai boleh dirujuk dengan kemahuan suami puan.

Visitor IP: 203.82.66.202

Powered by EmailMeForm

Thursday, May 3, 2012

Soalan: talak

Nama*:nurul
Alamat Email:mesol_kb4g@yahoo.com
Tajuk*:talak
Message*:salam,saya benar-benar keliru,kami suami isteri ada sedikit salah faham. ketika salah faham berlaku suami menyatakan 'kalo ko masak untuk aku jatuh talak 1..dan saya bertanya hari ini shj ke & suami menjawab sampai mati..saya pn tidak masak utknye..bila keadaan kembali reda suami meminta saya buatkan air utknye dan saya buatkan air utknya..sambil itu saya bertanya pd suami, kita dah bercerai ke? suami menjawab dia tidak sedar & dalam keadaan marah.. adakah jatuh talak ke atas saya..mohon penjelasan ustaz
File Upload:

Soal cerai - taklik- benda yang tidak boleh dipermainkan. Ia akan terjatuh talak setelah melanggar taklid yang dibuat.

Dalam kes ini, jika lafaz taklid telah dibuat oleh suami dan ditentukan had masanya 'sampai ke mati tidak boleh masakkan untuknya', ia adalah jelas. Pelanggaran taklid membawa kepada jatuhnya talak. Pada pendapat saya, talaknya telah jatuh. Di sini tidak timbul lagi soal 'sedar' atau 'tidak sedar' kerana keadaan marah tidak dianggap sebagai hilang akal oleh syarak.

Namun harus dimengerti, talak boleh ditarik balik oleh suami.

Semoga kita lebih berhati-hati dalam soal ini. Terima kasih.

Visitor IP: 58.26.53.53

Powered by EmailMeForm

Soalan: takliq

Nama*:shida mohd yusop
Alamat Email:shidayusop@gmiail.com
Tajuk*:takliq
Message*:saya telah membuat surat perjanjijan antara saya dan suami. surat tersebut telah ditandatangani oleh kami berdua. antara kandungan surat etrsebut adalah seandainya suami berlaku curang tanpa pengetahuan saya, maka akan tertalaklah saya dan harta serta anak akan bersama saya.
adakah surat tersebut berbentuk takliq atau sekadar surat perjanjian biasa saja. mohon penjelasan ustaz..
File Upload:

Sebarang bentuk perjanjian yang dikaitkan dengan talak adalah dikira sebagai taklik. Taklik terjadi sama ada dengan sebutan, tulisan atau apa-apa sahaja yang boleh difahami sebagai taklik.

Oleh itu, perjanjian yang dibuat oleh puan dan suami adalah taklik yang sah lagi bertulis. Puan dan suami kenalah berhati-hati mengelakkan diri daripada terjebak dalam perkara yang dinyatakan dalam 'perjanjian berkenaan' agar tidak terjadinya talak.

(Ada pendapat yang mengatakan taklik itu boleh diubah oleh suami, boleh dibatalkan oleh suami)...

Wallauaklam.

Visitor IP: 10.129.73.225

Powered by EmailMeForm

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA