Sunday, January 29, 2012

Soalan: Majmuk Syarif

Nama*:Mohammad Firdaus
Alamat Email:firdaus8456@yahoo.com
Tajuk*:Majmuk Syarif
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin kepastian mengenai dalil sesetengah ustaz yang mengatakan Kitab Majmuk Syarif yang mengandungi doa-doa tertentu seperti Doa Akasyah,Doa Haikal dll adalah bukan berasal daripada Rasulullah S.A.W. kononnya kitab ini direka oleh pihak tertentu. Untuk makluman, saya telah mengamalkan bacaan dalam kitab ini sejak sekian lama. saya telah membuat penyelidikan di beberapa buah kedai buku agama dan mendapati kitab ini dijual secara meluas. Pada bulan Nov 2011 juga saya telah membuat rujukan pada seorang ustaz di Melaka. beliau mengatakan amalan membaca kitab ini adalah amalan para wali dan dianjurkan kita mengamalkannya.justeru, terdapat 2 pendapat yang sedikit memeningkan saya. Mohon penjelasan ustaz dan jika boleh sertakan rujukan2 Quran atau hadis Rasulullah untuk panduan saya.Moga Allah memberkati ustaz.Salam.
File Upload:

Salam.

Saya sendiri membaca dan mengamalkan kandungan kitab ini. Ia adalah himpunan doa dan ayat-ayat al-Quran terpilih yang pada saya tidak ada salahnya untuk kita amalkan. Kandungan doanya juga baik dan tidak berlawanan pada konsep asas akidah umat Islam.

Pada saya, ia boleh diamalkan dengan tujuan untuk taqarrub kepada Allah semata-mata.

Wallahuaklam


Visitor IP: 203.82.82.45

Powered by EmailMeForm

Wednesday, January 25, 2012

Soalan: permasaalahan keluarga

Nama*:fadzil
Alamat Email:fadzilullah@ptp.com.my
Tajuk*:permasaalahan keluarga
Message*:assalamualaikum,persoalan yg sye inging utarakn;
1.adakah berdosa jika seseorang isteri meminta cerai pada suami diatas alasan suami kluar dgn kkwn2 bermotor sedangkan sisuami telah menjalankn tanggungjawab yg lain dgn sempurna.
2.adakah sah jika siisteri membuat andaian spt (jika awk kluar juga dgn kwn2 motor awk,awk jgn blek n anggap lh kte dh brcerai)dan jika sisuami keluar juga,adakah dianggap sah cerai tersebut?
3.bolehkh siisteri menuntut perbelanjaan yg pelbagai jika sisuami tidak membenarkan siisteri bekerja diatas alasan siisteri langsung tidak melaksanakan tanggungjawab sbg seorg isteri.adakah siisteri patut menetapkan jumlah2 tertentu tenteng perbelanjaan sndr?
Jawapan:

Ahmad Nawawi Yaakob      Jan 26, 2012 12:12 AM
Salam.

Ternyata banyak perkara asas dalam agama yang tidak difahami sebelum kita mendirikan rumah tangga. Tanggungjawab suami bukan sekadar menyediakan rumah tempat tinggal dan sedikit bekalan nasi untuk dimakan. Jauh lebih daripada itu ialah tanggunjawab pendidikan dan bimbingan agama, kasih sayang, penghargaan, keselamatan dan perkongsian hidup.

Seharusnya aktiviti luar (melepak atau bermotor dengan rakan) dapat dikurangkan atau tiada lagi dalam kamus hidup seorang suami yang bertanggungjawab. Jika adapun, elok dibawa bersama isteri sekadar untuk melepaskan 'gian' merempet suatu ketika dahulu. Suami wajib menjaga keselamatan keluarganya dan terlebih utama menjaga keselamatan dirinya sebagai tunjang dalam rumah tangga.

Hak perceraian adalah hak mutlak suami. Isteri boleh menuntut cerai daripada mahkamah (qadi) - tebus talak - atas alasan yang munasabah. Contohnya jika suami terlalu ganas, tidak menunaikan tanggungjawab, maka bolehlah diadukan ke mahkamah bagi mendapatkan perceraian.

Kembalilah kita melihat semula tugas besar kita sebagai umat Islam untuk menjaga sebaiknya rumah tangga ke arah melahirkan zuriat yang baik dan bertakwa.

Prof Madya Haji Ahmad Nawawi Yaakob
Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri)
UiTM Johor 85009 Segamat
07-9352454 013-7759965
http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/


Visitor IP: 113.211.3.136

Powered by EmailMeForm

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA