Tuesday, December 25, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:zaki
Alamat Email:lagendroses@yahoo.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:As salam ustaz,
3 minggu lepas saya dan isteri bertengkar namun isteri saya meminta saya untuk menceraikannya tetapi saya enggan.
akibat perbuatan saya yang enggan menceraikannya,isteri saya telah memukul saya dengan senjata.tidak tahan dipukul ,saya telah membalas dengan memukulnya kembali.tidak puas hati dengan perbuatan saya,isteri mengancam saya dengan pisau sambil memegang anak kami yang berusia 2 bulan.takut terjadi apa2 yang tidak diingini kepada saya dan anak2,saya cuba merampas pisau itu,malangnya jari saya mengalami luka yang serius.dalam keadaan separuh waras,saya telah melepaskannya dengan talak 1 dengan niat tidak akan berlaku kemalangan yang lebih buruk.selepas saya menjatuhkan talak,isteri saya kembali tenang.

Ustaz adakah jatuh talak saya?untuk pengetahuan ustaz,kerap kali isteri saya diganggu makhluk halus.perkara ini yang akan berlaku setiap kali diganggu.
saya harap ustaz dapat jelaskan tentang status saya dan isteri.
Wassalam....
File Upload:

Salam Saudara Zaki,

Dalam keadaan terpaksa dan ada kepentingan darurat, apa yang saya ketahui, ia tidak menjatuhkan talak seperti kes di atas.

Jika diketahui isteri terganggu, silalah berubat. Carilah penawar demi kebahagiaan sekeluarga.

Salam...



Visitor IP: 113.210.98.249

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:zaki
Alamat Email:zaki@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz....klu isteri bercakap masa bergaduh...bosan,bosan dgn abg ni....suami pun jawab...bosan...bosan...cerai jelah....adakah jatuh talaqnya ustaz.....
File Upload:

Salam Sdr Zaki,

Maaf lewat membalas email ini.

Sebutan saudara 'cerai je lah'... menjatuhkan talak atas apa yang saya tahu.



Visitor IP: 124.13.188.61

Powered by EmailMeForm



Saturday, December 22, 2012

Soalan: Adakah jatuh talak sekiranya suami merokok?

Nama*:zue
Alamat Email:zue.reena@yahoo.com
Tajuk*:Adakah jatuh talak sekiranya suami merokok?
Message*:Suami sudah berjanji pada saya yang dia akan berhenti merokok. Suatu hari, kami bertengkar disebabkan suami yang masih lagi merokok. saya meminta suami tetapkan 1 tarikh untuk dia berazam betul2 terus berhenti merokok dan suami berkata dengan perasaan marah lebih kurang begini" jika lepas 1 mac ini x boleh, aku ceraikan kau" apa yg saya faham ialah sekiranya lepas 1 mac, dia tetap masih merokok samada bersembunyi atau terangan di hadapan saya, adakah jatuh talak terhadap saya?
File Upload:

Salam Puan Zue,

Atas kefahaman saya, lafaz takliknya adalah sah. Jika suami merokok selepas tarikh berkenaan, bererti dia melanggar takliknya sendiri dan menyebabkan jatuh talak.

(Pelik saya, kenapa nak dikaitkan rokok dengan cerai.. cerai tu perkara yang tidak boleh dibuat main. Beringatlah selalu.)

Jika masih dalam edah, kembalilah rujuk. Jika selepas edah, kembali berakad nikah.

wallahuaklam

Visitor IP: 176.27.242.70

Powered by EmailMeForm



Friday, December 21, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:nor
Alamat Email:ippls@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz...saya ingin bertanya sekiranya tlh berlaku talaq 1, tp suami isteri tidak menyedarinya maka tidaklah berlaku rujuk kmd berlaku lagi percakapan yg membawa kpd jatuhnya talaq....bila suami isteri ini mendalami lg ttg ilmu ini baru mrk mengetahui bhw kata2 mrk tlh menyebabkan jatuhnya talaq. Jadi dlm kes ini talaq berapa yg jatuh pd isteri.... Sekian terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Puan Nor,

Wallahuaklam... Setahu saya setiap kali sebutan talak dilafazkan akan jatuhlah talak walaupun suami tidak tahu hukumnya. Dalam kes ini, dua kali dikira jatuh talak... so, kena berhati-hati sangat-sangat...

Kembalilah kepada Allah, mohon taubat dan keampunan.

wallahuaklam

Visitor IP: 203.82.92.101

Powered by EmailMeForm



Soalan: pelanggaran taklik

Nama*:amin
Alamat Email:skcddaro@yahoo.com
Tajuk*:pelanggaran taklik
Message*:salam ustaz.. saya nak tanya tentang taklik..Isteri saya ada meminta saya melafazkan taklik berikut:

1) kalau abang main Facebook jatuh talak satu
2) kalau abang ada berhubung lagi dengan adik angkat, jatuh talak satu
3) kalau abang tak setia dengan ayg,jath talak satu...

Soalan 1- untuk pengetahuan ustaz, saya ada main FB dan adakah jatuh talak itu

Soalan 2- selepas sebulan, saya ada berhubung pula dengan adik angkat saya.. adakah talak taklik kedua ini juga jatuh jika lafaz taklik yang pertama sudah jatuh talak?
Di harapkan ustaz dapat membantu masalah ini.. terima kasih
File Upload:

Salam sdr Amin,

Adakah lafaz taklik itu dibuat atas kehendak sendiri atau sekadar mengambil hati isteri (tanpa kemahuan sendiri)... Jika atas kehendak sendiri maka jatuhlah talak jika melakukan perkara yang dijelaskan. Tetapi jika bukan atas kemahuan sendiri, tidaklah jatuh talak atas pelanggaran taklik berkenaan.



Visitor IP: 113.211.130.10

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:mimi
Alamat Email:mimi72@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:Assalamualaikum ustaz....semasa bergaduh....suami kata klu nk bercerai..bercerai je lah...tp saya x jawap apa2pun.....apakah jatuh talaq tersebut ustaz....
File Upload:

Salam puan,

Atas kefahaman saya pada kes ini, tidaklah jatuh talaknya. Suami tidak menyatakan cerainya secara jelas.

Visitor IP: 183.171.162.179

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:zaki
Alamat Email:zaki@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz...perkara ni dah lama berlaku..saya rasa pernah menyebut perkataan cerai kpd isteri, tp saya dan isteri puas fikir btk ayatnya samada :-)1.isteri ckp bosanlah dgn abg ni (tp dia kata dlm hati x bosanpun) dlm keadaan marah. Saya jawap s/ada klu bosan nk cerai ke @klu bosan cerai jelah.... saya jd tertekan bila memikirkannya.....bkn saja buat x ingat.....lps teringatkan peristiwa ni saya dan isteri bertaubat x akan sebut lg perkataan macam tu...tlglah ustaz jelaskan.. T.kasih
File Upload:

Salam Sdr Zaki,

Atas syak dan keraguan ini, saya berpendapat ia tidak menjatuhkan talak.

Berhati-hatilah..



Visitor IP: 183.171.162.179

Powered by EmailMeForm



Thursday, December 20, 2012

Soalan: Pengesahan talak

Nama*:Ina
Alamat Email:niknanikmat@yahoo.com
Tajuk*:Pengesahan talak
Message*:Salam Ustaz,

Saya mohon pandangan berkaitan status saya sebagai isteri apabila suami sering mengugut dengan perkataan cerai setiap kali pergaduhan berlaku. Sehingga kini telah 5 kali pergaduhan yang telah dilafazkan dengan cerai:

1. Sering kali yang diucapkan adalah "kita cerai je lah" dan pernah diulang dalam 1 pergaduhan sehingga 3 kali ucapan tersebut. Adakah talak 3 jatuh?

2. Pernah suami mengugut jika saya keluar dari rumah, akan jatuh talak. Walau bagaimanapun, saya akhirnya tidak keluar seorang diri tapi mengajaknya keluar bersama. Adakah talak itu tetap jatuh walaupun saya keluar bersamanya?

3. Yang terakhir sekali semasa kami bercuti, suami saya mengatakan "balik nanti, kita bercerai je lah". Adakah bila kami balik, talak itu jatuh?

Pohon pandangan Ustaz.
Terima kasih.

Nikna
File Upload:

Salam Puan Ina,

1. Ugutan suami untuk cerai seperti lafaz; kita cerai je lah.. tidak jatuh cerai kerana ia lebih satu ugutan. Tetapi harus diingat, mempermainkan cerai amat tidak baik dan tidak dibolehkan dalam Islam. (Saya nak sebut perkataan cerai itupun takut.... )

2. Daripada kefahaman saya, tidak benar keluar rumah itu atas kebenaran suami. Jika puan keluar tanpa kebenaran suami, akan jatuhlah talak. Tetapi jika keluar dengan kebenarannya, saya berpendapat ia tidak jatuh talak.

3. Belum jatuh talak.. kerana lafaznya cerai tidak disebut selepas balik dari bercuti...

wallahuaklam

Visitor IP: 203.217.176.4

Powered by EmailMeForm



Monday, December 17, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:itarini
Alamat Email:itarini
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz....saya ada satu permasalahan.....semasa bergaduh dgn suami. Suami berkata aku x kan sentuh awak selama sebulan.. Tapi x terjadipun sbb kami bergaduh x sampai satu hari....adakah kata-kata suami itu blh menyebabkan gugur talak..bila saya tanya dia kata bkn niat ke arah cerai..minta penjelasan ustaz t. Ksih....
File Upload:

Salam Puan Ita,

Bagus tu, boleh gaduh selalu sebab gaduhnya tak lama... lama-lama bergaduh, dah tak ada isu lagi, jadi baik akhirnya... he he.. op sori puan..

Saya perhatikan lafaz berkenaan tiada pengertian talak atau cerai, lalu tidaklah jatuh talaknya. Ia juga tiada lafaz yang jelas menunjukkan sumpah, maka tiadalah juga dikira sumpah. Ia hanyalah ugutan kecil tanda sayang, semoga puan bahagia dengan suami puan.

Terima kasih.

Visitor IP: 183.171.163.211

Powered by EmailMeForm



Sunday, December 16, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz merujuk kepada persoalan yg tlh ustaz jawab tu..alhamdulillah lega rasanya..tp bila saya tanya ke pejabat agama melalui telefon, mrk menyuruh saya pergi ke mahkamah utk buat pengesahan cerai.. Macamane ye ustaz perlu ke saya pegi ke mahkamah..klu ikutkan saya x nk ke sana..tapi bila melibatkan perkara dunia akhirat ni saya takut pula....bantulah saya
File Upload:

Salam Puan Ina,

Rujuklah ke pejabat agama kerena mereka lebih berautoriti dalam perkara ini. Cuma ini pandangan saya, pendapat saya daripada apa yang saya fahami sedikit-sedikit dari hikmahnya hukum Allah kepada kita.

Jika sdri yakin bahawa ia tidak menjatuhkan talak, saya kira berpeganglah kepada pendirian itu.. dan mohonlah keampunan daripada Allah, selebihnya.


wallahuaklam.
Visitor IP: 203.82.92.102

Powered by EmailMeForm



Soalan: pembetulan kpd soalan sebelum

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:pembetulan kpd soalan sebelum
Message*:salam ustaz..tlglah berikan jawapannya....
semasa bergaduh si isteri telah menyelak langsir sliding rumahnya...dan berbogel utk menarik perhatian suaminya yg sdg teramat marah. .lalu suaminya berkata jatuh talaq klu org nampak...masalahnya suami isteri x dpt memastikan samada waktu tu org nampak @ tidak..jadi adakah jatuh talaq tersebut..perkara ni dah lama berlaku...baru skrg isteri rasa was2 samada org nampak ke waktu itu.....
File Upload:

Tidak jatuh talak.. kerana tidak dapat dipastikan ada orang nampak atau tidak...

Visitor IP: 203.82.92.114

Powered by EmailMeForm



Saturday, December 15, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz....sepasang suami isteri bergaduh hinggakan suaminya marah yg teramat sgt..di dlm bilik tidur si isteri tlh berbogel dgn tujuan utk meredakan kemarahan suaminya, tiba2suaminya berkata klu org nampak jatuh talaq ye.....setelah beberapa bulan si isteri bertanya semula kpd suaminya maksud taklik tersebut suami kt klu org nampak dlm keadaan bogel sahaja..masalahnya suami isteri x tau samaada org blh nampak atau tidak keadaan tersebut sbb dlm bilik tu ada sliding door..si suami kata org x nampaklah, kekadang si isteri was-was takut ternampak waktu pakai baju ke dan sebagainya bila langsir dibuka....macamna tu ustaz keadaannya...
File Upload:

Salam Puan Ina,

Hai kenapalah kes macam ni pun boleh berlaku... kok ye pun... sabr le sikit...

Jika tidak dipastikan 'tiada orang nampak' maka saya berpendapat, tidaklah jatuh talaknya.

Dunia ni macam-macam jadinya...

Visitor IP: 183.171.166.154

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:idaniana
Alamat Email:idaniana@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz.. Saya tlh lama mendirikan r/tangga iaitu sudah 16 tahun.saya suami isteri tiada masalah..suami saya seorang yg sgt baik dan amat memahami..tetapi dia x blh dgr saya marah, klu saya mulakan marahnya akan terjadilah pertengkaran diantara kami hingga ke tahap marah suami yg teramat sgt..setiap kali dia marah dia akan menggeluarkan perkataan spt aku benci kau, berambus ko dr umah ini dll lg.setiap kali saya tanya dia akan kata x bermaksud apa2. Kadang-kadang saya teringat balik pertengkaran yg dulu2 hingga menimbulkan perasaan was2 ia ke suami x bermaksud cerai. Saya juga selalu terfikir sepjg perkahwinan kami ni pernahkah jatuh talaq dengan perbuatan dan perkataan yg dilakukan oleh suami, bila tya suami suami kata dah lupa yg dulu-dulu tu, rasa x ada, sayapun puas fikir tp dah x ingat. Seingat saya lafaz sorih mmg x ada tp kinayah tu byk lah.macamana ye ustaz saya nak tenangkan perasaan.....
File Upload:

Salam Puan Ida,

Lafaz cerai yang berbentuk kinayah - tidak jelas-  memerlukan niat yang jelas daripada suami. Jika sumai menyebut; keluar engkau dari rumah ini... ia perlukan niat 'cerai' daripada suami.

Dalam kes ini, jika pengakuan suami bahawa dia tidak pernah berniat untuk menceraikan puan, maka tidaklah jatuh talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.165.80

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz..saya ingin bertanya beberapa soalan ttg jatuhnya talaq
1.semasa bergaduh isteri berkata kpd suami" klu awak dah x suka saya, hantarlah saya kerumah mak ayah saya, lalu suami menjawab jomlah saya hantar..stlh bertanya pd suami, dia mengatakan x bermaksud ceraipun saja nk jwp percakapan isteri. Adakah jatuh talaqnya itu..
2.semasa bergaduh suami bertanya nk cerai ke. Isteripun jwp klu nk cerai jgn main sedap mulut je, jgn ckp apa2 pergi mahkamah ambil borang biar hakim yg menjatuhkannya. Dlm masa yg sama suami, suami pergi ambil borang bawak balik tetapi sampai tahap tu je sbb isteri kata x nk, kmd borang itu terbiar begitu sahaja x dihantar semula.macamana dgn situasi ini ustaz..harap dpt beri penjelasan
File Upload:

Salam Puan Ina,

1. Suami tidak menghantar puan ke rumah emak ayah, bermaksud tidaklah jatuh talaknya seperti yang terkandung dalam lafaz taklik.

2. Alhamdulillah, tidak jatuh talak kerana tiada lafaz dan tindakan yang dibuat menunjukkan cerai.

Terima kasih.

Visitor IP: 183.171.164.154

Powered by EmailMeForm



Friday, December 14, 2012

Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:Muhamad Ruiz Bin Ahmed
Alamat Email:ruizcr14@gmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustaz.. disini saya ada beberapa perkara yang menjadi kekusutan saya selama ini.
1). apakah hukum jika suami berkata kepada isteri "bukan bini aku macam ni" (merujuk kepada perangai isteri) bukan niat hendak menceraikan. Kerana selepas itu suami berkata "aku nak bini yang dulu". dengan niat isteri berubah perangai. apakah hukumnya?

2)apakah hukumnya ketika hendak bersetubuh. isteri membelai suami dan suami dgn nada bergurau berkata "ish tak boleh haram" tanpa niat apa-apa kecuali ingin bermesra dengan isteri. Dan apakah hukum jika ketika hendak bersetubuh dgn isteri suami berkata " sayang, jom buat maksiat" apakah hukumnya kerana ketika itu suami hanya ingin bersama dgn isteri tanpa niat apa-apa?

3). apakah hukum ketika bermesra dgn isteri. suami menghisap buah dada isteri sambil memanggil mama dan berlagak seperti anak kecil lapar susu. adakah ianya dikira zihar?

Tolong bantu saya ustaz.
File Upload:

Salam sdr Ruiz,

1. Ia tidak jatuh talak kerana tiada niat untuk bercerai dalam kes ini...

2. Tiada niat cerai dalm kes ini... tidaklah jatuh talaknya. Tetapi ungkapan seperti ini tidak patut diucapkan kerana perkara yang halal perlu dihalalkan, perkara yang haram perlu diharamkan..

3. Ia sekadar gurauan dan bukannya 'mama' itu emak kandung suami tetapi sebagai mama yang umum.. tidaklah dikira dzihar...

wallahuaklam

Visitor IP: 113.210.226.211

Powered by EmailMeForm



Thursday, December 13, 2012

Soalan: lafaz talak

Nama*:leeza
Alamat Email:leezaswan@yahoo.com
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum ustaz, alhamdulilah saya dikurniakan seorang suami yg baik dan bertanggungjawab serta merupakan seorang pembimbing yg sentiasa memperbaiki kelemahan diri utk mendidik saya dan anak2. Namun satu-satunya kelemahan yang tidak mampu beliau atasi adalah amarah. Pada suatu hari berlaku pentengkaran kecil antara kami. Saya yg terlalu berkecil hati, merajuk dan berpura2 membuka pintu almari baju. Saat itu suami saya datang menegah perbuatan saya dan kerana kasihnya kepada saya dan takut akan saya melakukan perbuatan yg Ingkar maka suami saya melafazkan "Kalau kau keluar dari rumah ni kejap lagi dengan bawa semua baju dalam almari ni maka jatuhlah talak satu". Selepas itu memang saya keluar dari rumah namun saya tidak membawa sehelai pakaian pun keluar seperti lafaz yang diucapkan. Soalan saya ustaz jatuhkan talak keatas saya pada masa itu. Sesungguhnya peristiwa itu banyak memberi tekanan kepada saya kerana saya takut kehilangan suami yang telah banyak membimbing dan mendidik saya menjadi seorang wanita muslimah.
File Upload:

Salam Puan Leeza,

Daripada apa yang saya faham pada kes ini, ia tidak jatuh talak kerana perbuatan puan ketika itu tidak memenuhi syarat taklik yang ditetapkan oleh suami. Jika syaratnya keluar bersama-sama baju sealmari, puan tidak begitu... makanya tidaklah jatuh talak.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.167.189

Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 12, 2012

Soalan: "Lepaskan".

Nama*:Wan
Alamat Email:wan_wanti2@yahoo.com
Tajuk*:"Lepaskan".
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak jika suami melafazkan "kalau u tak suka i, i boleh lepaskan u."Dan adakah perkahwinan mereka masih sah?


Terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam sdr Wan,

Perkahwinan masih sah kerana tiada lafaz cerai yang jelas diucapkan oleh suami...

terima kasih..


Visitor IP: 134.225.180.234

Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 11, 2012

Soalan: hukum bersms dgn bkn mahram

Nama*:nadrah
Alamat Email:
Tajuk*:hukum bersms dgn bkn mahram
Message*:Assalamualaikum ustaz

Sy dikenalkan oleh saudara sy dengan seorang lelaki. Niat mereka mahu jodohkan kami. Kami tak pernah jumpa. Hanya melalui sms sahaja. Sms kami hanyalah tentang perkara2 biasa, sebagai kwn biasa. Adakah salah? Apakah hukumnya ustaz? Terima kasih.
File Upload:

Salam Sdri Nadrah,

Berbual dan berSMS untuk tujuan mengenali pasangan dengan niat untuk mengahwininya adalah diharuskan asalkan sahaja batasan aurat dan kedudukannya tidak mencurigakan.

tq

Visitor IP: 175.144.39.247

Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 4, 2012

Soalan: Hak isteri ketika dihalau keluar rumah

Nama*:Isteri terluka
Alamat Email:
Tajuk*:Hak isteri ketika dihalau keluar rumah
Message*:Assalam...apakah isteri berhak membawa barang-barang miliknya seperti pakaian,barang kemas dan wang simpanan miliknya apabila si isteri dihalau keluar oleh suaminya? Sedangkan si suami tak mengizinkan si isteri membawanya. si suami mahu sedekahkan pakaian si isteri.minta ustaz jelaskan.terima kasih.
File Upload:

Salam Puan,

Apabila terjadinya perceraian, dalam undang-undang kita dimaktubkan hak sepencarian iaitu harta hasil dari pencarian hidup bersama. Harta ini perlulah diagihkan mengikut kadar tertentu; ada bahagian isteri dan ada pula bahagian suami; ada hak isteri dan ada pula hak suami.

Suami tidak boleh menafikan hak isteri sama sekali. Jika barang kemas mahupun pakaian itu dibeli hasil usaha sepenuhnya (pendapatan) isteri, maka ia menjadi hak isteri berkenaan dan sepatutnya suami tidak boleh menghalang si isteri mengambil dan menuntut haknya. Tetapi jika barangan itu dihadiahkan atau dibeli bersama-sama oleh suami, tentunya ada pertimbangan lain yang dirangkumkan dalam harta sepencarian.

Soal sedekah, yang terbaik sedekah ialah kepada 'zawil qurba' iaitu mereka yang terhampir dengan suami (orang yang diamanahkan). Oleh itu, suami sewajibnya memberi sedekah/nafkah wajib kepada isterinya terlebih dahulu sebelum menyedekahkan kepada orang lain.

Wallalahuaklam, terima kasih.


Visitor IP: 183.171.162.6

Powered by EmailMeForm



Sunday, December 2, 2012

Soalan: lafaz aku lepaskan kau

Nama*:sha
Alamat Email:ie_fa85@yahoo.com
Tajuk*:lafaz aku lepaskan kau
Message*:Assalamualaikum,.......saya telah berkahwin selama 5 tahun, belum dikurniakan cahaya mata, baru2 ini saya dan suami ada bergaduh, kerana suami mempunyai hubungan sulit di belakang saya, saya dalam keadaan marah, meminta suami agar melepaskan saya, suami dalam keadaan yg marah dan tidak sedar telah melafaz kan " aku lepaskan kau" adakah jatuh talak satu?......pada ketika itu saya terdiam dan kaku, saya mimta penjelasan ..
File Upload:

Salam Puan Sha,

Pada kefahaman saya, lafaz 'aku lepaskan kau' pada dialog 'minta cerai' adalah sah. Dan terjatuhlah talak.

Jika mahu kembali berdamai, eloklah rujuk (jika masih dalam edah).

Bersabarlah dalam menangani karenah rumah tangga. Perselisihan sentiasa terjadi.

Terima kasih.

Visitor IP: 113.210.228.18

Powered by EmailMeForm



Friday, November 30, 2012

Soalan: status talaq

Nama*:yati
Alamat Email:yati.jsm@gmail.com
Tajuk*:status talaq
Message*:Saya bergaduh dengan suami malam 29/11 jam 8.45pm.semasa gaduh tu saya ada terlepas cakap kalau jadi apa2 pada anak, kita bercerai. dan pada masa itu juga suami lafazkan kalau nak sangat, malam ni cerai (tapi dia tak berniat nak bercerai) adakah itu dikira lafaz taklik ust? adakah talaq jatuh terhadap saya?
File Upload:

Salam Puan Yati,

Pada fahaman saya, ia tidak berlaku talak kerana suami masih meletakkan 'kalau nak sangat' dalam lafaznya yang memberi erti belum terjadi.

Wallahuaklam

Visitor IP: 113.210.96.216

Powered by EmailMeForm



Soalan: rujuk

Nama*:muhd
Alamat Email:jcv4105@hotmail.com
Tajuk*:rujuk
Message*:saya baru 1st time cerai isteri luar makhamah. sehari lepas cerai saya setubuhi dia tanpa niat apa apa hanya nafsu. Adakah kami dikira telah rujuk? Kes telah bicara tunggu keputusan tapi masa bicara hakim isteri adakah rujuk kembali tapi dia jawab tidak. Saya pun masa tu tak tahu cara rujuk. hanya sekarang baru sibuk bertanya.
File Upload:

Salam Sdr Muhd,

Rujuk perlu dilafazkan sebagaimana nikah juga dilafazkan "aku terima nikahnya..'
Lafaznya boleh sahaja seperti 'Jom kita kembali bersatu @ Jom kembali rujuk @ saya mahu merujuk awak dsb..
Persetubuhan berlaku tanpa niat rujuk adalah satu kesalahan; perzinaan.

Dalam kes ini, Sdr perlu bertaubat dan jika ingin kembali bersama sebagai suami isteri, rujuklah kembali (jika masih dalam tempoh edah)..


terima kasih


Visitor IP: 123.136.106.250

Powered by EmailMeForm



Thursday, November 29, 2012

Soalan: cerai talak tiga

Nama*:wan su
Alamat Email:w.suhana@ahoo.com
Tajuk*:cerai talak tiga
Message*:pada 15.11.2012, saya bergaduh dengan suami, pada masa itu saya dalam keadaan haid, suami melafazkan "aku cerai kau talak tiga", saya tak pasti pada masa itu dia sedar atau tidak apa yang dilafazkannya, kerana dia dalam keadaan marah yang amat sangat, disamping itu untuk pengetahuan ustaz selama perkahwinan saya saya memang tahu suami ada meminum arak dan mengambil dadah (sejenis ais), jadi sah ke lafaz cerai itu sekiranya suami saya dalam keadaan tidak sedar.


t.kasih,
saya yang buntu
File Upload:

Salam Puan Wan,

Dalam kes seperti ini, lafaz talaknya adalah sah dan terjadilah talak. Ini kerana dia mengucapkannya dalam keadaan marah biasa. Dan andainya dia dalam keadaan mabuk (dengan sebab arak atau pengaruh dadah) lafaznya juga adalah sah dan terpakai. Ini kerana mabuknya itu adalah disengajakan (sengaja mengambil arak @ dadah). Tapi jika sekiranya mabuk itu tidak disengajakan (seperti makan ubi gadung tiba-tiba mabuk), lafaz talaknya adalah tidak dikira.

Walau bagaimanapun, puan rujuklah kes ini ke pejabat agama.

Terima kasih.





Visitor IP: 175.139.215.157

Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 27, 2012

Soalan: najis

Nama*:farhan
Alamat Email:xifu07@gmail.com
Tajuk*:najis
Message*:Salam ustaz, saya Farhan. Saya ada permasalahan yang mengganggu hidup saya sejak lama. Ia berkaitan dengan najis.

Saya seorang yang tidak lawas kencing. Lepas saya kencing pasti ada lagi yang keluar, maka seluar saya pasti basah. Satu ketika saya baring lepas kencing, seluar ketika itu basah n terkena pada lantai. Sesudah lantai itu kering, lantai itu dipijak oleh kaki yang basah ke mana2 di dalam rumah.

Soalan: Adakah seluruh tempat yang kaki saya pijak ketika itu bernajis? perlukah saya membasuh lantai rumah saya keseluruhannya? Berberapa lama selepas itu ibu sya mop lantai dgn ajax fabuloso di tempat yang saya baring tadi dan seluruh rumah.

soalan: adakah seluruh tempat yang kaki saya pijak ketika itu bernajis? perlukah saya membasuh lantai rumah saya keseluruhannya? Kemudian jika saya berjalan dalam rumah dan memijak karpet, perlukah karpet itu juga saya basuh?
File Upload:

Salam Sdr Farhan,

Beberapa isu yang perlu dirungkai dalam kes ini;

1. Masalah kencing tidak lawas; saudara perlu berusaha gigih dengan kekuatan minda dan semangat yang tinggi serta doa berterusan untuk menghentikan masalah ini. Berubat dan berdoalah semoga ia segera sembuh.

2. Untuk solat, saudara perlu memakai sarung - membaluti zakar dengan kain - setelah berwuduk, dan telah masuk waktu solat; dan solat dengan wuduk berkenaan walaupun terasa masih keluar, ia sah untuk satu solat sahaja.

3. Bagi tempat yang pasti terkena najis kencing, pastikan dilap atau disapu @ dibersihkan dengan tiga kali lap/ sapuan/ bersih/.. Tidaklah perlu dibasuhkan keseluruhan rumah atas rasa was-was 'terkena najis atau tidak'.

4. Cuba elakkan rasa was-was yang melampau. Kebiasaannya dalam kes seperti ini, individu berkenaan terkesan oleh rasa was-was yang melampau. Islam tidak mahu menyusahkan manusia, tetapi perlu berhati-hati sahaja tanpa menyusahkan kita dalam amal ibadah....

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.52.146.118

Powered by EmailMeForm



Monday, November 26, 2012

Soalan: lafaz cerai

Nama*:syazwani
Alamat Email:waniey_i@yahoo.com
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam ustaz. Saya ada sedikit pertanyaan pada ustaz. Bagaimanakah status keadaan ini? Suami saya dalam keadaan marah telah berkata pada saya "kalau saya ceraikan awak macamana?"ucapannya dibuat sebanyak 3 kali. pertanyaan saya adakah lafaz tersebut memberi apa-apa maksud ustaz? Terima kasih kerana membantu.
File Upload:

Salam Puan Syazwani,

Ucapan yang dilafazkan tidak menunjukkan cerai, sebaliknya satu ugutan sahaja. Ia tidak menjatuhkan talak dalam hubungan perkahwinan ini.

Terima kasih.

Visitor IP: 49.124.249.245

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 25, 2012

Soalan: lafaz taklik

Nama*:amir hamzah
Alamat Email:amirhamzahkp@gmail.com
Tajuk*:lafaz taklik
Message*:adakah lafaz taklik yg di buat oleh suami bole di tarik balik dan membuat lafaz taklik yg baru..
adakah harus isteri melafaz kan kembali taklik yang suami beri untuk lebih terang dan nyata?
File Upload:

Salam, maaf saya sedang mencari maklumat mengenai kes seperti ini.. Wallahuaklam.

Visitor IP: 219.92.70.139

Powered by EmailMeForm



Friday, November 23, 2012

Soalan: lafaz bersyarat

Nama*:suzi
Alamat Email:suziali@yahoo.com
Tajuk*:lafaz bersyarat
Message*:pada Ramadan yg lalu, saya pulang kuliah master lewat sbb kls tamat 6.30ptg. Sesampai dirumah sudah waktu berbuka. Suami dgn marah memarahi saya dan mengancam katanya
" selepas ni kalau balik lewat lagi aku nak bagi talak, lepas ni kalau buat PHD pulak aku nak bagi talak. Nak berapa mai aku nak bagi"Saya diam tidak menjawab sepatahpun.

Apabila keadaan baik saya timbulkan kesan lafaz isu ini, jawabnya "biar pi lah".
Bagaimanakah status hubungan kami sekarang, sebab saya dah menyambung PHD . Saya payah utk berbincang dgn suami kerana sikap egonya. Saya takut dgn tuhan dan malu pada org. Tolonglah saya ustaz.
File Upload:

Salam Puan Suzi,

Lafaz taklik yang disebut oleh suami puan adalah benar (teraku) dan sah. Sebarang pelanggaran taklik akan menyebabkan jatuhnya talak.

Oleh kerana puan telah menyambung PHD dan ia melanggar batasan taklik, apa yang saya faham, jatuhlah talaknya (dengan talak satu).

Puan dinasihati merujuk kes ini kepada Pejabat Agama, ataupun perlulah dijelaskan kepada suami keadaan sebenarnya pada masa kini. Apabila jatuh talak satu, jika masih dalam edah, boleh dirujuk. Tetapi jika selepas edah, perlu dikahwinkan semula.

terima kasih..


Visitor IP: 60.48.48.236

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 21, 2012

Soalan: jatuh tak talak

Nama*:Mimie
Alamat Email:mimie_macawile@yahoo.com
Tajuk*:jatuh tak talak
Message*:ada kah talak akan jatuh jika si suami mengakui telah menceraikan isterinya pada teman wanita nya sedangkan mereka belum lagi bercerai? minta penjelasan ustaz. kerana teman wanita si suami ada menghantar pesanan ringkas pada si isteri dan menyatakan bahawa si suami telah mengaku menceraikan isteri nya. sedangkan ianya hanyalah tipu muslihat si suami agar teman wanita itu tidak meninggalkan nya.
File Upload:

Salam, dalam kes ini tidak jatuh talak kerana tiada niat utk bercerai sebaliknya sekadar menipu kekasih...Tidak jatuh talak kerana tiada niat. Antara syarat talak ialah niat menceraikan isteri. Kes tersebut hanyalah tipu muslihat kepada teman wanitanya.

(drp Us Zainuddin)

Visitor IP: 113.210.125.179

Powered by EmailMeForm



Monday, November 19, 2012

Soalan: Sah tak rujuk saya

Nama*:iskandar
Alamat Email:iskandar_imanis@yahoo.com
Tajuk*:Sah tak rujuk saya
Message*:Assalamualaikum ustaz. Satu hari telah berlaku pertengkaran antara saya dengan isteri. Isteri saya telah memaksa saya menceraikan dia.Situasinya seperti ini. dari pagi kami telah berselisih faham. bergaduh, dan saya cuba berdamai dengan isteri. isteri saya telah mengeluarkan kata seperti ini" kalau abang tak ceraikan saya saya tak akan makan" selepas itu perbuatan di memukul saya. Dalam keadaan saya tidak redha dan tiada niat untuk bercerai berserta dengan sifat marah, saya telah melafaskan cerai talak 1. selepas itu saya dan isteri tersedar yang kami terlalu mengikut perasaan dan menyesal. Selepas itu isteri sedar kesilapan nya dan saya juga tersedar keterlanjuran kata saya. Pada malam itu juga saya telah berkata kepada isteri saya abang rujuk kembali dengan awak" .Adakah sah rujuk saya dari segi hukum syarak?
File Upload:

Salam Sdr Iskandar,

lafaz cerai seperti ini sah hukumnya walaupun dalam keadaan marah.

lafaz rujuk juga sah hukumnya...

Cuma kena ingat, satu talak telah terjatuh, hanya ada lagi satu talak untuk pernikahan ini. berhati-hatilah pada masa akan datang.

Salam...

Visitor IP: 203.82.92.59

Powered by EmailMeForm



Saturday, November 17, 2012

Soalan: lafaz takliq atas niat ugutan

Nama*:shah
Alamat Email:shahnon79@gmail.com
Tajuk*:lafaz takliq atas niat ugutan
Message*:assalamualaikum ustaz.
Baru2 ni saya dan isteri bertengkar dan isteri membuat keputusan untuk keluar dan lari dari rumah. oleh kerana saya tidak mahu isteri keluar dari rumah, saya telah mengugut isteri dengan mengatakan,"jika kamu keluar dari rumah ni jatuh talak atas kamu" agar dia tidak berani keluar dari rumah.Dan selepas lebih kurang 3 minit saya menarik balik lafaz tu di hadapan isteri dengan mengatakan,"aku tarik balik lafaz talak tersebut.".dan barulah isteri keluar dari rumah. persoalan saya..adakah jatuh talak tersebut kerana setahu saya tidak jatuh taklik atas niat ugutan.
File Upload:

Salam Sdr Shah,

Lafaz taklik adalah sah walaupun atas dasar ugutan atau mahu mengajar isteri. Jika isteri berkenaan keluar rumah pada ketika lafaz itu disebut, maka jatuhlah talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.164.239

Powered by EmailMeForm



Thursday, November 15, 2012

Soalan: sah cerai atau tidak

Nama*:rosmeiza binti yusoff
Alamat Email:babygurlz0409@yahoo.com
Tajuk*:sah cerai atau tidak
Message*:assalamualaikum . saya cuma ingin bertanya samada lafaz yang keluar dari mulut suami saya itu sah atau tidak . sewaktu kejadian , hanya saya berdua dengan suami . dia melafazkan , " arif cerai mimi talak tiga " . untuk pengetahuan , suami saya terlibat dalam pengambilan pil kuda . sewaktu dia melafazkan talak tersebut , dia dalam keadaan tidak berapa sedar . sebelum itu saya tinggal di rumah ibu saya , dan suami ingin menjemput saya pulang ke rumah orang tuanya . tetapi saya enggan kerana sewaktu itu saya tengah mengandung . keesokan harinya saya perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan saya kerana klinik tersebut berdekatan dengan rumah orang tua saya dan suami liat nak bangun tidur . berbalik kepada lafaz tersebut , selepas suami saya melafazkan talak tersebut , dia menangis seolah-olah baru tersedar dari mimpi . apa yang saya tahu , orang yang mengambil dadah dan seumpamanya , mereka tidak dapat berfikiran waras . alhamdulillah , sekarang suami saya belajar pondok dan ingin berubah . jadi saya ingin mengetahui samada sah atau tidak lafaz yang keluar dari mulut suami saya semasa dia dalam keadaan "bengang" .
File Upload:

Salam Puan Ros,

Menurut hukum syarak, lafaz talak suami puan itu adalah sah dan jatuhlah talaknya (talak tiga seperti yang dilafazkan). Ini kerana perkataan cerai/ talak akan sah dan berlaku kepada orang yang mabuk dengan sengaja. Dalam kes ini, suami puan mengambil pil kuda, kecuali jika dia mabuk yang tidak disengajakan seperti memakan ubi gadung tiba-tiba mabuk...

Pada saya, puan perlu merujuk kes ini ke Pejabat Agama dan perlu dipisahkan secara rasmi.

Wallahuaklam.

(Maaf lewat membalas email ini)

Visitor IP: 183.171.165.246

Powered by EmailMeForm



Monday, November 12, 2012

Soalan: Cerai

Nama*:naz
Alamat Email:nieza3@yahoo.com
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Jika suami dalam keadaan sangat marah hingga dia tidak tahu apa dilakukannya dan bercakap perkataan Divorce, adakan jatuh talak pd isteri. Selepas beberapa jam, suami bercakap dia tidak nyatakan Divorce pada isteri dan tidak ada niat untuk ceraikan isteri..

SUami beritahu, dia tidak berkata saya ceraikan awak..

Apakah nasihat ustaz?

Terima kasih
File Upload:

Salam Puan Naz,

lafaz cerai yang disebut oleh suami puan adalah sah dan jatuhlah talaknya. Ini kerana perkataan berkenaan disebut dalam keadaan sedar dan tahu akibatnya, walaupun situasinya tersangat marah.

Wallahuaklam.

Maaf lewat membalas email ini

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 11, 2012

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:shasa
Alamat Email:raflessia.shasa@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Salam ustaz

1. Suami saya warga asing dan pengikut mazhab maliki. Kami bertengkar baru2 ni, dan suami saya dalam keadaan marah dan berkata I WILL DIVORCE YOU. Lafaz talak ni sah atau tak?

2. Pernah suami saya dalam keadaan marah berkata pada saya, ok divorce. Bila saya bertanya dia apabila dia tenang, dia menjawab dia tidak berniat ceraikan saya samada hal no.1 dan no.2. Suami menyatakan saya masih isteri dia

Saya rungsing dan keliru ustaz.. Tolong jelaskan pada saya.
File Upload:

Salam Puan Shasa,

Saya kurang arif mengenai pendapat dari berbagai mazhab.

Dalam kes pertama setahu saya; ia tidak jatuh talak kerana ada kalimah WILL yang bermaksud 'akan'. 'Akan bercerai' tidak sama dengan 'aku ceraikan kamu'...

Pada kes ke dua; OK DEVORCE; pada kefahaman saya, jatuh talak kerana persetujuannya atas permintaan bercerai.

Soal niat bercerai tidak timbul lagi kerana perkataan dan perbuatan itu menujukkan niat kepada apa yang dilakukan. Pendapat ulama kita mengenai nikah dan cerai, ia akan berlaku dan terjadi dengan sebutan sekalipun.

Sila rujuk kes ini kepada pihak Qadi untuk kepastian.

Terima kasih.

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 7, 2012

Soalan: ta'liq talak

Nama*:wan syamimi izyan
Alamat Email:wsi_syaiz87@yahoo.com
Tajuk*:ta'liq talak
Message*:salam.. jika suami melafazkan taklik..."jika engkau keluar rumah tanpa izin aku, maka jatuh talak 3 keatas kamu".
soalan saya: jika istri keluar tanpa izin suami adakah jatuh talak 3 terus?
File Upload:

Salam Sdri Wan,

Apabila isteri melanggar lafaz taklik berkenaan maka jatuhlah talaknya. Dalam kes ini, jatuhlah talak tiga.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 110.137.56.17

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 4, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:aida
Alamat Email:aida@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Isteri menuduh suami ada melafazkan talak kepada isterinya..
Soalan : Adakah jatuh talak jika suami menceritakan kepada ibu bapa nya dan berkata mana ada "Saya ceraikan farah ( nama isteri)".
File Upload:

Salam.

Tidak jatuh talak kerana tiada pengucapan yang dimaksudkan kepada perbuatan talak/cerai.

Visitor IP: 60.53.23.95

Powered by EmailMeForm



Friday, November 2, 2012

Soalan: was was tentang lafaz cerai

Nama*:muhamad firdaus b. hashim
Alamat Email:muhdfirdaushashim@gmail.com
Tajuk*:was was tentang lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya ada masalah was was samada saya ada tersebut atau terlafaz perkataan yang boleh menyebabkan jatuhnya talak..jika sekadar lintasan hati dan tidak melafazkan cerai tidak jatuh talak..betul kan ustaz.?
Masalahnya saya tidak pasti samada saya ada pernah melafazkan cerai dari mulut..perkara ini sering mengganggu..walaupun hati berkata saya tidak pernah melafazkan dari mulut tetapi perasaan was was timbul menyatakan macaman JIKA SAYA MELAFAZKAN DRI MULUT?
mohon ustaz memberi pandangan dengan kadar segera..teroma kasih ustaz..
File Upload:

Salam Sdr Firdaus,

Merujuk kepada kes ini, ia bermula dengan tidak ada lafaz cerai yang disebut. Ertinya, tiada lafaz cerai dizahirkan utk mengesahkan perceraian. Lintasan hati tidak dikira dan ia perlu dinyahkan segera.

Soal was-was, sdr perlu membuat ketatapan pada yang pasti, usah dilayan perasaan berkenaan kerana ia boleh merosakkan amalan kita seharian.

Visitor IP: 113.211.179.159

Powered by EmailMeForm



Monday, October 29, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:sarah
Alamat Email:sarahani@gmail.com
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalamualaikum..
Ustaz saya ada memfailkan permohonan cerai di mahkamah atas sebab2 tertentu....
selepas 2 kali naik mahkamah kerana suami enggan berpisah kali ke 3 suami bersetuju untuk bercerai.
situasi:
hakim bertanya pd saya dan saya menyatakan yang saya mahu meneruskan permohonan saya,
hakim bertanya pada suami dan suami menjawab kalau itu yang dia mahu saya bersetuju...
tetapi suami tidak dapat dilafazkan kerana saya dan suami ada "bersama" selepas sy haid. hakim menundakan pd bulan hadapan untuk lafaz.
masalahnya...
apabila pulang suami menyatakan pada sy "puas hati sekarang... bukan abg nak bercerai tapi ayg yang minta"
abg nak ayg tarik balik permohonan cerai sebab abg syg kan ayg dan anak2...
persoalan:
1. adakah telah jatuh talak terhadap sy....
2. dan jika sy tarik balik permohonan tersebut bermaksud sy dan suami kena rujuk ke?
sekian terima kasih..
File Upload:

Salam Puan Sara,

Oleh keran ia masih dalam kes mahkamah, eloklah kita tunggu hakim berkenaan menjatuhkan hukuman. Pada dasarnya seolah-olah suami telah mentalakkan puan atas persetujuannya untuk bercerai.

Cuma penyataan lafaz cerainya masih ditunda oleh pihak mahkamah. Kena ikut prosedur mahkamah, itu pendapat saya.

Terima kasih.


Visitor IP: 122.129.122.213

Powered by EmailMeForm



Thursday, October 25, 2012

Soalan: Suami enggan mengaku..

Nama*:Sarah Syamimi bt Kamaruddin
Alamat Email:mimiekamaruddin@yahoo.com
Tajuk*:Suami enggan mengaku..
Message*:Assalamualaikum..

Suami saya lafaz 'kalau awak kaitkan saya dengan betina tu lagi, jatuh talak', tanpa saksi pada 27 Julai 2012 dan pada 15 Ogos 2012 kami bertengkar dan secara tidak sengaja saya dan suami saya ada sebut tentang perempuan itu dan pada masa itu saya lupa yang suami saya pernah lafaz..

Sekarang saya sudah fail permohonan pengesahan perceraian di mahkamah dan tarikh pun sudah ditetapkan iaitu pada 29 Oktober 2012. Masalah saya adalah kemungkinan suami saya tak akan mengaku yang dia sudah lafaz, dan pernah juga dia memberitahu saya yang dia tidak akan melepaskan saya.

Apa perlu saya buat jika dia enggan mengaku? Harap tuan dapat membantu saya.. Terima kasih.
File Upload:

Salam Puan,

Saya mohon maaf kerana lewat melihat email ini.

Suami perlu mengakui secara jujurnya akan ucapan taklid yang disebut dahulu. Dia perlu jujur bagi memastikan hubungan suami isteri dalam keadaan halal dan sah.

Dalam kes ini, saya faham ia terjadinya talak dengan talak satu.

Bila berlaku talak, ia boleh dirujuk dengan cara yang baik.

Usah bertegas dengan perkara yang salah kerana ia tiada penyelesaiannya.

Semoga ia mendapat iktibar.

terima kasih.


Visitor IP: 206.53.148.240

Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 23, 2012

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Nor
Alamat Email:norika111@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Message*:Salam ustaz,

Sy dan suami pernah berselisih faham, kerana sy tidak dapat mengawal emosi, sy telah meminta die untuk mencerai kan sy..

Bila keadaan reda dia mengatakan kekesalan terhadap sy dengan mengatakan "awak suruh sy cerai kan awak". suami hanya menyatakan kekesalan terhadap kenyataan saya dan tiada niat untuk menyatakan cerai.. Apakah jatuh talak ke atas sy apabila suami hanya mengulangi kata sy..
File Upload:

Salam Puan Nor,

Dalam kes ini, saya faham ia tidak jatuh talak kerana ia bukan tujuan/niat yang dimaksudkan oleh suami.

Wallahuaklam

Visitor IP: 60.53.1.205

Powered by EmailMeForm



Soalan: Eddah selepas fasakh

Nama*:Ina
Alamat Email:
Tajuk*:Eddah selepas fasakh
Message*:Keputusan mahkamah berpihak pada saya semalam untuk tuntut fasakh dr bekas suami, alhamdulillah sy bersyukur kerana hilang beban di bahu selama 8 tahun bersama bekas suami.
Soalan sy sekarang, hakim menetapkan fasakh pd sy dgn eddah 3 kali suci, dlm masa eddah ni, bekas suami masih bole duduk serumah dgn saya ke? rumah yg sy duduk skg rumah milik mak sy, dan dia seperti tak faham dan seperti tak mau keluar rumah.

Menurut peguam sy, suami masih bole duduk serumah selagi dlm eddah. Oleh kerana saya memang tak mau hidup dgn bekas suami lg, peguam nasihatkan selagi serumah jgn "bersama", jika itu berlaku, eddah terbatal.. sy takkan berbuat begitu sb sy memang tak mahu!

Sy merasa rimas dan susah utk buat kerja di rumah, kerana dia hanya buat muka tembok, dan buat hal dia sendiri di rumah sy. saya mahu bekas suami saya ni keluar rumah dgn kadar segera tapi dr gaya bekas suami seperti melengah lengahkan keadaan disebabkan kami mempunyai anak perempuan usia 8 thn, dia tau jika dia keluar rumah bermakna dia tak bole jumpe anak sy hari2.

Saya berasa sedikit tertekan dan bingung dgn keadaan ni. Harap ustaz bole beri penjelasan samada bekas suami masih bole serumah dgn sy atau tidak.terima kasih
File Upload:

Salam Puan Ina,

Seperti yang dijelaskan oleh pihak mahkamah, suami boleh tinggal serumah dalam tempoh edah. Bersabarlah puan dalam tempoh edah ini, bersabar menghadapi suami seketika.

Sekiranya lepas habis edah, nasihatlah suami puan untuk berpisah kerana ikatan lelaki perempuan telah menjadi mahram pada ketika itu. Tidak ada salahnya membenarkan sesekali dia datang bertemu anaknya tetapi tidak boleh serumah lagi.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 123.136.106.238

Powered by EmailMeForm



Saturday, October 20, 2012

Soalan: Mohon Pertolongan Segera!!

Nama*:Noraida Abdul Rahman
Alamat Email:aidarahman76@yahoo.com.my
Tajuk*:Mohon Pertolongan Segera!!
Message*:Assalamualaikum wbt.
Ustaz,
Situasi yang saya dan suami telah lalui adalah seperti yang diringkas di bawah. Mohon ustaz teliti pada kisah kami yg ternyata ceteknya ilmu agama di dada kami berdua ini.

Pertengahan September 2011 (tidak ingat tarikh tepat)
Telah berlaku kejadian soal jawab antara saya dan suami perihal KECURANGAN dia di mana saya memaksa suami meletakkan tangan nya di atas kepala saya lafaz talak sebagai bukti dia bercakap benar tentang sejauh mana hbgn mereka. Suami pernah junjung Quran membuktikan dia tidak bohong tetapi sebaliknya yang terjadi. Saya merasakan dia tidak akan mempermainkan TALAK jika dia berbohong.

Lafaz tersebut:-

"Bahawasanya aku, HAIRIZAN MD ALI, tidak pernah berzina
dengan SURIANI AWANG. Jika aku berbohong, jatuhlah
TALAK SATU ke atas isteriku, NORAIDA ABDUL RAHMAN"

Awal Oktober 2011,dia mengaku berzina dengan perempuan itu.

Hujung Disember 2011,saya diberitahu nama sebenar perempuan tersebut ialah SULYANI AWANG. Saya teringat lafaz tersebut dan telah email kepada jabatan mufti Selangor.

Februari 2012, email balasan yg diterima, TALAK SATU itu sah walaupun bukan nama sebenar yg disebut tetapi merujuk kepada org yg sama.

Penjelasan dr suami, dia yakin tidak jatuh talak kerana sebut nama yang salah dan menyimpan kesilapan berzina dr pengetahuan saya maka kerana itu dia berani lafaz.

Ustaz,
Persoalan menjerut leher saya, apa status kami, masih suami isteri kah? Talak sah tanpa kami ketahui maka tiada lafaz rujuk dr suami dlm tempoh edah kecuali telah berlaku persetubuhan tanpa paksaan dalam tempoh lafaz dan terima balasan email.

Apakah yang saya perlu lakukan sekarang? Saya mengajak suami ke mahkamah syariah tetapi beliau enggan elak malu kisah berzina diketahui kecuali ada cerita lain yg dapat menjelaskan hal ini ketika di soal dalam mahkamah. Tidak pula mencari jalan keluar setelah dia bertanya pada seseorang dgn cerita rekaan beliau dan jawapan individu itu ialah kami kena nikah semula.

Saya rasa tertekan dgn sikap tidak ambil berat hal ini. walaupun dah setahun namun saya nak sangat ketahui langkah yg sepatutnya saya lakukan. Tiap kali ada selisih faham, pertengkaran dan rasa tidak puas hati dgn perbuatan beliau, saya terfikir untuk minta fasakh dgn memberikan sebab peristiwa tersebut. Namun, doa saya diberi jalan keluar setelah jumpa blog ustaz ini dan saya pohon ustaz bantu saya juga suami yang kini semakin byk perubahan ke arah yg tidak sepatutnya sbg suami dan ayah yg dia lakukan. Sekiranya saya meninggalkan beliau, saya lbh kecewa tidak melakukan sesuatu untuk menyelamat kan keluarga kami. Andainya saya sudah berusaha dan lakukan yang sepatutnya, jika jodoh tidak panjang saya tidak ralat dgn apa yg saya akan lakukan.

Setakat ini dulu yang termampu, semoga ada masa terluang ustaz memberi nasihat kpd saya dan suami.ALLAH yang paling berkuasa dan paling upaya membalas pertolongan ustaz.
Sekian,
Wassalam.

~Aida Rahman~
File Upload:

Salam Puan Aida.

Daripada kisah yang dipaparkan, dan atas kefahaman saya kisahnya; jatuhlah talak satu ke atas puan dengan sebab 'suami berbohong' dan 'berzina' dengan perempuan yang disebutkan secara khusus.

Oleh kerana telah tamat tempoh edah, maka puan dan suami dinasihatkan supaya berkahwin semula yakni bertemu wali dengan dua orang saksi dan diakadnikahkan beserta mahar yang tertentu. Ini kerana persetubuhan yang berlaku dalam tempoh edah tanpa lafaz rujuk yang jelas tidak dikira sebagai 'rujuk'. Sepatutnya suami puan semasa dalam tempoh edah, boleh merujuk @ menyatakan lafaz rujuk yang jelas.

Yang selebihnya, kita kembali kepada Allah; bertaubat dan berusaha membina semula rumah tangga kita sebaiknya. Sabarlah dengan ujian dan dugaan yang puan lalui.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 203.82.92.50

Powered by EmailMeForm



Thursday, October 18, 2012

Soalan: ingin rujuk

Nama*:sham
Alamat Email:
Tajuk*:ingin rujuk
Message*:salam ustaz,

berlaku perceraian dengan isteri pada minggu lepas dan saya telah membuat pendaftaran di mahkamah syariah untuk pengesahan lafaz cerai. isteri saya sedang sarat mengandung dan akan bersalin dalam masa terdekat, tetapi kami ingin rujuk. masalah sekarang sebutan oleh mahkamah dalam masa 3 minggu lagi dan saya risau tidak sempat. bolehkah saya lafaz rujuk pada isteri sebelum sebutan mahkamah? adakah sah lafaz rujuk tersebut?
File Upload:

Salam Sham,

Hak untuk rujuk adalah pada tangan suami. Jika masih dalam tempoh edah (kes ini masih dlm edah, sehingga melahirkan anak) saudara berhak untuk merujuk kembali isteri saudara.

Soal sebutan di mahkamah adalah prosedur pendaftaran dan pengesahan di mahkamah. Prosedur tentunya memakan masa, sedangkan hukum syariat akan terus berjalan tanpa henti. Nasihat saya, rujuklah segera dan kembalikan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

Terima kasih.



Visitor IP: 60.48.48.171

Powered by EmailMeForm



Wednesday, October 17, 2012

Soalan: pengesahan cerai melalui sms

Nama*:pija
Alamat Email:
Tajuk*:pengesahan cerai melalui sms
Message*:Salam..

Baru-baru ini, semasa bergaduh dengan suami, saya menghantar sms 'aku nak kau ceraikan aku' kepada suami. Kemudian suami hanya membalas 'ok'. Saya beritahu suami talak telah jatuh walaupun dia hanya membalas 'ok' tetapi suami tidak percaya. Suami tidak tahu lafaz talak boleh jatuh. Dia menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menceraikan saya.

Saya bertanya suami berkali-kali tentang niat dia, tetapi suami tetap tidak mengaku mahu menceraikan saya.

Adakah jatuh talak tersebut?
File Upload:

Salam Puan Pija,

Balasan SMS 'ok' yang suami puan berikan sbg jawapan kepada permintaan puan "aku nak kau ceraikan aku'; adalah menunjukkan jelasnya dia bersetuju untuk menceraikan puan. Pada kefahaman saya, jatuhlah talak dengan satu talak.

Soal dia tidak tahu hukum (bahawa perbuatannya menyebabkan jatuh talak) tidak diambil kira dalam hal ini; kerana sepatutnya dia wajib tahu akan kesan tindakan yang diambilnya.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.48.48.16

Powered by EmailMeForm



Tuesday, October 16, 2012

Soalan: pinjaman untuk pergi haji

Nama*:NOOR AINI BT AHMAD
Alamat Email:miirah_03@yahoo.com
Tajuk*:pinjaman untuk pergi haji
Message*:Saya dah baca ttg hukum buat pinjaman untuk pegi haji. Ada yg membenarkan klu yakin bole membayarnya dan ada juga yg kata tak boleh. Saya telah membuat pendaftaran haji pd 2004 dan insyaallah pd thn 2014 sy bole menunaikan fardu haji bersama suami. Umur sy skrng 40 thn. Masalah kami simpanan tbg haji kami masih belum cukup tetapi bimbang jika tidak dapat pergi pd 2014 kami kena tngu lagi 10 thn pulak utk dpt kesana. Saya berhasrat nak buat pinjaman peribadi dgn bank islam utk tujuan ini...tp masih risaukan hukumnya... Saya yakin jika d panjangkan umur sy mampu bayar pinjaman ini tp ajal maut bukan d tangan saya membuatkan saya bimbang ttg bole atau tidak utk membayarnya... Saya harap pihak tuan bole membantu sy.
Terima Kasih..
Noor aini ahmad
File Upload:

Salam Puan Noor Aini,

Tahniah kerana puan punyai niat dan usaha untuk mengerjakan haji pada awal usia.

Haji difardukan kepada yang mampu @ berkeupayaan/ berkemampuan. Pada saya, jika puan perlu meminjam (bank) untuk ke haji adalah diharuskan selagi mana puan mampu untuk membayarnya setelah pulang kelak. Tidak menjadi halangan utk puan membuat pinjaman bank, asalkan puan dapat membayarnya kembali. Soal ajal dan maut adalah ditangan Tuhan, malah setiap pinjaman tentunya ada insurans yang cover sebagai jamiman penulasan hutang yang dibuat.

(Saya difahamkan kalangan haji Indonesia memang dibiayai oleh pihak bank dan setelah pulang haji, mereka perlu membayar pembiayaan berkenaan)

Wallahuaklam.

Visitor IP: 203.82.92.90

Powered by EmailMeForm



Sunday, October 14, 2012

Soalan: Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

Nama*:Ina
Alamat Email:teratai5138@yahoo.com
Tajuk*:Pengesahan Lafaz Cerai Taklik
Message*:Baru-baru ini saya telah bertengkar dengan suami menerusi panggilan telefon. Beliau ada menyebut "Kita bercerai je bila abang balik nanti" Jatuh kah talak terhadap isteri sekiranya suami balik ke rumah? Untuk pengetahuan, suami saya sudah pun balik ke rumah.
File Upload:

Salam Puan Ina.

Secara jelasnya suami puan menyebut; kita cerai bila abang balik nanti' dan suami puan telah balik ke rumah... maka jatuhlah talak berkenaan.

(Begitulah mudahnya jatuh talak... berhati-hati di jalan raya..)

Visitor IP: 10.3.50.176

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA