Wednesday, December 14, 2011

Soalan: BERSETUBUH DI DALAM IDAH

Nama*:Rina
Alamat Email:rynn_f@yahoo.com
Tajuk*:BERSETUBUH DI DALAM IDAH
Message*:Saya dan suami telah bercerai di mahkamah untuk talak yang kedua. Semasa idah, kami telah bersetubuh beberapa kali dengan kerelaan kedua-dua pihak. Adakah berlaku rujuk? Bagaimana jika suami tiada niat rujuk semasa persetubuhan berlaku?
Namun, jika berlaku rujuk, apa yang patut saya lakukan? Bolehkan saya ke Pejabat Agama tanpa suami atau kedua2 perlu hadir untuk mendaftarkan rujuk tersebut? Bolehkah Pejabat Agama mendaftarkan rujuk tanpa suami atau jika suami menyatakan persetubuhan berlaku tanpa niat rujuk?
Jawapan:

Salam. Rujuk adalah atas kehendak suami. Jika suami bersetubuh dengan maksud rujuk, maka ia adalah sah sebagai rujuk. Ada pendapat ulama yg mengatakan bersetubuh sebagai tanda jelas kpd rujuk, namun pendapat ini tidak seiring dengan kebanyakan pendapat Syafie. Dalam kes ini, puan dinasihatkan supaya kembali bernikah seandainya masa edah sudah habis, merujuk jika masih dalam edah... Ia perlu didaftarkan di pejabat agama

Visitor IP: 60.53.117.152

Powered by EmailMeForm

2 comments:

  1. Nampaknya Pn benci tapi rindu. Bukankah baik jika diselesaikan dengan berperaturan supaya perkara yang samar menjadi jelas. Dengan ini mengelakkan perkara haram menyelubungi diri puan. Ini bukan satu game yang menentukan risko untung atau rugi. Ini berkaitan dengan hukum Allah yang risikonya samada berdosa atau diterima. Dari itu hukum Allah tidak wajar di permainkan didalam kesamaran pemahaman tentang hukum itu. Walau bagaimanapun kita tunggu penjelasan dari Ustas. Sementara menunggu jawapan dari Ustas, saya bawa satu link yang mempunyai persamaan dengan masallah puan hadapi.

    Menurut Mazhab Syafi’e yang diterima pakai di Malaysia, hubungan kelamin tidak dianggap sebagai memenuhi syarat untuk rujuk.

    Ada dua pendapat dalam link tersebut berhubung rujuk perlukan persetujuan isteri atau tidak. Main article berpendapat perlu persetujuan isteri manakala coloumn balas berpendapat tidak perlu persetujuan isteri. Namun kedua-dua pendapat bersetuju dengan keputusan Mazhab Syafei bahawa persetubuhan tidak di anggap sebagai memenuhi syarat untuk rujuk.


    http://intim.wordpress.com/2008/11/29/adakah-bersetubuh-tanda-rujuk/

    Wallahu'alam.

    agbr.

    ReplyDelete
  2. Sebagai tambahan kepada puan saya tambah lagi satu link dari web yang sama dimana telah memuatkan artikel dari Arkib Utusan berhubung rujuk.

    Rujuk tidak perlu persetujuan isteri.

    http://intim.wordpress.com/2008/07/04/rujuk-tidak-perlu-persetujuan-isteri/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.