Wednesday, December 14, 2011

Soalan: BERSETUBUH DI DALAM IDAH

Nama*:Rina
Alamat Email:rynn_f@yahoo.com
Tajuk*:BERSETUBUH DI DALAM IDAH
Message*:Saya dan suami telah bercerai di mahkamah untuk talak yang kedua. Semasa idah, kami telah bersetubuh beberapa kali dengan kerelaan kedua-dua pihak. Adakah berlaku rujuk? Bagaimana jika suami tiada niat rujuk semasa persetubuhan berlaku?
Namun, jika berlaku rujuk, apa yang patut saya lakukan? Bolehkan saya ke Pejabat Agama tanpa suami atau kedua2 perlu hadir untuk mendaftarkan rujuk tersebut? Bolehkah Pejabat Agama mendaftarkan rujuk tanpa suami atau jika suami menyatakan persetubuhan berlaku tanpa niat rujuk?
Jawapan:

Salam. Rujuk adalah atas kehendak suami. Jika suami bersetubuh dengan maksud rujuk, maka ia adalah sah sebagai rujuk. Ada pendapat ulama yg mengatakan bersetubuh sebagai tanda jelas kpd rujuk, namun pendapat ini tidak seiring dengan kebanyakan pendapat Syafie. Dalam kes ini, puan dinasihatkan supaya kembali bernikah seandainya masa edah sudah habis, merujuk jika masih dalam edah... Ia perlu didaftarkan di pejabat agama

Visitor IP: 60.53.117.152

Powered by EmailMeForm