Monday, November 14, 2011

Soalan: taubat

Nama*:azmi
Alamat Email:muhdazmi91@gmail.com
Tajuk*:taubat
Message*:assalamualaikum?? saya dah banyak melakukan dosa,, minum,arak,main perempuan,mencuri dan sebagainya... tetapi saya sudah meninggalkan perkara tersebut..... saya mahu bertaubat... bagaimana saya ingin bertaubat sedangkan saya tidak tahu yang allah menerima taubat saya.. setiap kali saya ingin melakukan solat,, banyak macam benda yang menghalang,,, kadang-kadang solat kadang-kadang tak..... macam mana saya nak kuat kan iman saya untuk terus kekalkan solat 5waktu yang wajib perlu saya lakukan.


Jawapan:

Assalamualaikum saudara dan sahabat saya Azmi.

Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan atas kesediaan sdr untuk bertaubat, kembali kepada Allah dengan meninggalkan perkara yang tidak baik dilakukan selama ini.

Memang sukar untuk meninggalkan suatu amalan  yang berdarah daging, namun tiada apa yang mustahil jika ada keinginan dan kesungguhan. Pertamanya, cuba elakkan daripada berada pada persekitaran yang 'membenarkan' atau 'membolehkan' kita terjerumus dalam perkara berkenaan. Contohnya minum arak; elakkan berada di premis yang menyediakan arak sama sekali. Begitu juga yang lain-lain. Persekitaran amat kuat mempengaruhi kita. Oleh itu keupayaan kita mengasingkan diri daripada persekitaran  yang tidak elok adalah kejayaan utama untuk berubah.

Keduanya ialah kita mencari rakan baru yang boleh membantu. Penagih dadah akan kembali menagih setelah bertemu rakan lamanya. Begitu juga dengan keadaan kita. Cuba dapatkan rakan dan sahabat yang boleh membantu membimbing dan paling tidakpun yang paling kita segan (malu) untuk melakukan perbuatan keji ketika dia ada bersama kita. Maka dia adalah sahabat yang baik untuk kita kawani (dekati).

Ketiga, yang penting dalam taubat ialah i. menyesal dengan perbuatan dosa, ii. meninggalkan perbuatan berkenaan dan iii. tidak mengulangi lagi. Tiga syarat utama ini adalah landasan sama ada taubat kita diterima Allah atau tidak. Jika kita berjaya merealisasikan ketiga-tiga syarat taubat, bermakna taubat kita diterima Allah. Sememangnya kita tidak tahu Allah benar-benar menerima taubat hamba-Nya atau tidak, namun ukuran pada mata kasar manusia ialah keupayaan kita meninggalkan perbuatan maksiat dalam kamus kehidupan kita.

Keempat ialah doa. Doalah sepanjang masa; mengadulah kepada Allah sepanjang masa untuk membawa kita ke jalan yang benar. Semoga Allah memberi kekuatan, ketabahan untuk kita mentaati-Nya pada setiap waktu dalam seluruh kehidupan kita.

Wallahuaklam dan terima kasih.

File Upload:



Visitor IP: 123.136.106.119

Powered by EmailMeForm

Saturday, November 5, 2011

Soalan: nak tau bagaimana nak tuntut cerai taklik

Nama*:hamba allah
Alamat Email:nurazie74@yahoo.com
Tajuk*:nak tau bagaimana nak tuntut cerai taklik
Message*:assalamuaikum,saya ingin tau bagaimana nak menyelesaikan masalah saya hadapi ini,saya dengan suami saya tidak duduk sekali dan kami tidak sefahaman lagi.suami saya langsung tidak membari nafkah dekat saya serta anak-anak..bagaimana saya nak tuntut cerai taklik


Jawapan:

Biasanya perkahwinan yang dilakukan di Malaysia, suami wajib menyebut lafaz ta'lid dengan maksud; jika saya (suami) tidak memberi nafkah 4 bulan berturut-turut lalu isteri saya mengadu kepada hakim dan membayar RM1, maka jatuhlah talak dengan satu talak.

(lafaz ta'lid ini biasanya dicatatkan pada surat nikah puan).

Jika lafaz seumpama ini dilakukan, puan berhak mengadu ke pejabat kadi (pejabat agama) dan memohon kepada pihak berkenaan untuk menuntut cerai secara ta'lid.

Puan perlu ke pejabat agama bagi mendapatkan pengesahan ini. (Bawakan surat nikah serta dokumen berkaitan).  Wallahuaklam.
File Upload:



Visitor IP: 115.135.66.49

Powered by EmailMeForm

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA