Nama*: | hamba allah |
Alamat Email: | muiz_x@yahoo.com |
Tajuk*: | rujuk kes cerai |
Message*: | assalamualaikum , saya ingin bertanya mengenai kes sepupu saya , iaitu , mereka relah bergadoh & suaminya melafazkan cerai dengan talak 3 , tetapi setelah beberapa hari mereka ingin berbaik semula , keluarga saya telah berjumpa dengan suami kepada sepupu saya itu , suami nya berkata , dia tidak sengaja melafazkannya , keluarga menasihatkan supaya rujuk di jabatan agama islam ,dan setelah beberapa hari mereka berkata mereka telah berjumpa dengan pihak jabatan agama islam dan pihak yang berkenaan berkata tidak jatuh talak , tetapi , mengikut daripada kenalan2 dan ustaz2 yg saya kenali telah berkata bahawa memang jatuh talak , sekarang mereka telah duduk sebumbung , soalan saya , adakah jatuh talak yg telah dilafazkan itu? jika ya ,, apakah kesan dosa yang bakal ditanggung oleh keluarga? dan bagaimanakah jalan penyelesaiaannya? |
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!