Monday, July 18, 2011

Soalan: CERAI RUJUK

Nama*:Zalilah
Alamat Email:tapisemas@gmail.com
Tajuk*:CERAI RUJUK
Message*:Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya jika sekiranya saya telah melanggar taklik dan jatuh talak satu dan selepas itu tidak tinggal bersama suami dan beberapa hari selepas itu, suami menyatakan ingin rujuk melalui telefon dan saya menjawab "bolehlah kalau nak rujuk". Adakah rujuk itu sah dan kami telah kembali menjadi suami isteri yang sah?



Powered by EmailMeForm

Sunday, July 3, 2011

SAUDARA KHAIRIL (DARI INDON)

Saudara Khairil sahabat kita yang selalu berjemaah di surau. Datangnya dari Indon, entah dari wilayah mana. Telah beberapa kali berulang alik bekerja di Malaysia hampir sepuluh tahun. Apa yang menariknya ialah beliau rajin datang berjemaah, berjalan kaki dan rajin pula bermasyarakat.

Dia ringan tulang, membantu jemaah lain kemas mengemas setelah majlis selesai. Boleh menjadi bilal apabila diperlukan. Malah dia juga mengisi slot 'tazkirah' selepas Subuh saban hari dengan membaca hadis-hadis fadilat amal beberapa kerat.

Selalunya tazkirah subuh (bacaan hadis rakan Tabligh kita) disampaikan Omar Zaki bergilir ganti dengan Haji Burhanudin. Haji Burhanudin akhirnya berpindah ke Bandar IOI, tempatnya diambil alih Sdr Khairil. Dan dia terlebih kerap membacanya saban hari. Suaranya lunak dan keras. Sesuai untuk tazkirah pagi-pagi untuk mengetuk pintu hati kami  yang sering tertutup.

Kini Khairil tiada lagi, buat sementara. Majikannya membawanya bekerja di Kluang dan entah bila akan kembali semula ke Taman Yayasan.

Dua perkara yang menarik daripada kisah ini;

1. Orang yang baik, biasa berjemaah akan tetap datang berjemaah di masjid.

2. Orang yang ringan tulang, boleh berinteraksi dengan masyarakat, akan lebih mudah dikenali dan dihargai. (Ramai orang Malaysia kita yang tidak peduli masjid dan surau, tak peduli masyarakat dan ummah; lalu mereka juga tidak dikenali oleh masyarakat)

Seperkara lagi ialah sikap KETERBUKAAN ahli kariah, pengurusan dan jawatankuasanya menerima sesiapa sahaja berkhidmat dan berbakti di surau/masjid adalah perkara pokok. Khairil boleh azan bukan kerana tiada bilal, tetapi kita membenarkan jemaah yang sukarela untuk azan, berazan. Diapun gembira dapat berazan. Saya pernah dimaklumkan ada sesetengah masjid yang tidak membenarkan 'orang Indon' mengambil saf hadapan, atas alasan 'awak orang Indon'.. Masya-Allah, teruknya.

Kesediaan kita untuk menerima jemaah yang hadir, seperti yang selalu diceritakan Haji Toha; menjadi penambat hati jemaah untuk datang berjemaah.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA