Monday, September 23, 2024

Soalan: Ragu

Nama*:Fiza
Tajuk*:Ragu
Pertanyaan*:Salam ustaz...tentang suami saya cakap kalau msg dengan lelaki lain kecuali seller tu jatuh talak...suara dalam otak saya cakap saya dah langgar....sebabnya saya ada msg dengan adik beradik saya yg lelaki...tapi suami saya cakap...maksud dia bukan termasuk adik beradik....maksud dia lelaki lain yg bukan muhrim saya...saya faham maksud dia...tapi saya tetap ragu2..saya tetap rasa serabut...
Jawapan:
Salam

Penjelasan suami puan adalah terbaik dan wajib diterima itulah hakikat yang dimaksudkan. 

Keraguan itu tidak membuahkan apa-apa faedah. Tinggalkan keraguan dan berpegang pada hakikat sebenar apa yang dimaksudkan suami.

tk

Visitor IP: 161.142.151.13

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, September 15, 2024

Soalan: Keraguan tentang talak

Nama*:Zahir
Tajuk*:Keraguan tentang talak
Pertanyaan*:Kami menetap di jakarta. Saya orang malaysia dan isteri saya orang jakarta.

Ketika bercuti dikg saya dimalaysia berlaku pergaduhan dengan isteri. Semasa bergaduh tu saya kata pada isteri, sampai/ balik jakarta kita bercerai. Niat saya adalah untuk menceraikan dia d sana nanti.

Sampai saja dijakarta kami duduk berasingan dan sepanjang masa itu kami mula berbaik semula dan saya tidak ada melafazkan kata cerai padanya.

Apakah status hubungan saya dengan isteri. Adakah sudah terjadi talak?
Jawapan:
Salam

Janji untuk cerai hanyalah satu janji. Tapi bila dah berada di Jakarta, janji itu tidak dibuat maka ia tidak akan terjadi talak.

Maksudnya cerai itu tidak terjadi kerana anda tidak sebutkan cerainya. 




Visitor IP: 2001:e68:540f:a358:3d6b:2ff0:de99:c93b

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm