Thursday, July 11, 2024

Soalan: Berbisik

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Berbisik
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami melafazkan talak seorang diri secara berbisik dan dalam keadaan fikiran bercelaru kerana terlampau memikirkan lintasan hati berkaitan talak..lintasan hati itu sangat menganggu..mohon pencerahan dari ustaz..terima kasib
Jawapan:
Salam


Talak akan jatuh apabila lafaz itu disebut dengan sempurna; Aku ceraikan engkau!

Jika suami sendiri masih ragu ragu dan tidak sebut dengan jelas, ia tidak menjatuhkan talak

tk

Visitor IP: 2405:3800:878:8f78:24e3:cb49:68e1:c515

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, July 10, 2024

Soalan: Was- Was

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Was- Was
Pertanyaan*:Salam Ustaz,

Saya seorang yang mempunyai was-was yang teruk. Saya ada rahsia yang saya simpan, tapi hati selalu menyatakan bahawa jika isteri tahu rahsia saya, maka akan jatuh t****. Perkara ini selalu terlintas di hati saya selama bertahun-tahun. Bila kerap sangat di hati, hati saya macam cakap saya ada lafaz benda yang di atas tu. Ada satu hari tu, bila kerap sangat perkara itu terlintas di hati saya, saya mengiakan dalam hati yang saya pernah lafaz benda tu, baru lintasan ity berhenti. Apakah hukum mengiakan di dalam hati? Adakah dikira mengiakan lafaz tersebut?

Soalan kedua, masa sedang menonton tv bersama isteri, kami suami isteri ada dengar lagu, saya ada ikut nyanyi. Selepas tu ada lirik lagu bunyi " biar kita berpisah dari merana', lepas tu saya cam pandang isteri saya & tiba-tiba ada lintasan c****, apakah dikira saya berniat? Selepas itu, hati saya ulang-ulang bagitahu, yang saya memang tahu lirik lagu tu, tapi saya ikut menyanyi jugak, jadi sudah dikira lafaz kinayah.

Mohan jawapan ustaz, sebab hari-hari saya fikirkan benda ni sahaja. semoga Allah membalas kebaikan ustaz, Aamin.
Jawapan:
Salam

Anda perlu menangani kes was-was anda. Rawatlah ia sebaiknya. Banyakkan istigfar dan bacaan 3 Qul. 

Lintasan hati tidak menjatuhkan talak. 

Lafaz kinayah perlu disertai niat untuk cerai. sebutan sebegitu sahaja tanpa niat tidaklah menjatuhkan talak

tk

Visitor IP: 2001:d08:d4:e584:c821:1dd9:4dc0:ff99

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, July 9, 2024

Soalan: suami keluar dari rumah

Nama*:sya
Tajuk*:suami keluar dari rumah
Pertanyaan*:ustaz, suami saya telah keluar dari rumah kerana bergaduh dengan saya. dia balik ke rumah keluarga nya, sekiranya dia tidak pulang ke rumah dan saya pergi ke rumah keluarganya untuk bertemu/memujuk nya. adakah taklik yang pernah dibaca "suami meninggalkan isteri selama 3 bulan akan jatuh talak" itu tetap jatuh talak?
Jawapan:
Salam

Lafaz taklik tidak terjadi pada kes suami lari seperti ini.. taklik biasanya disebut 4 bulan berturut-turut

pujuklah suami untuk kembali bersama

tk

Visitor IP: 2001:e68:541a:a29b:2489:e74c:da8f:f861

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, July 8, 2024

Soalan: suami berkata “kita cerai je”

Nama*:M
Tajuk*:suami berkata "kita cerai je"
Pertanyaan*:saya dan suami sering bergaduh, pergaduhan yg baru ni sangat teruk sehingga kan suami membawa semua barang-barang nya keluar dari rumah. sebelum keluar dari rumah suami ada berkata "kita cerai je" "awak tak perlu risau, lepas ni kita dah takde dosa antara satu sama lain" adakah perkataan yg diberikan & perbuatan suami yg keluar dari rumah ini dikira jatuh talak?
Jawapan:
Salam

Bab ini kena tanyakan suami sendiri. Dapatkan kepastian daripadanya sama ada yang disebut itu adalah cerai ataupun sebagai pilihan untuk cerai.

Suami adalah penentu kepada jatuhnya cerai. sebab itu kena dapatkan kepastian daripada suami.
tk

Visitor IP: 2001:e68:541a:a29b:7052:2028:f32c:3c52

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm