Nama*: | ina |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | berpisah |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz Saya bertengkar dengan suami. Dalam pertengkaran suami ada menyebut, "Esok kita berpisah." Tak lama kemudian (dalam setengah jam) suami minta maaf. Soalan saya; Dengan menyebut esok kita berpisah, adakah bermakna suami telah menceraikan saya? Perlukah dia melafaz rujuk kembali? Terima kasih. Visitor IP: 115.135.243.239 |
Jawapan: | |
Maksud berpisah itu bergantung kepada niat dan qasad suami puan. Jika dimaksudkan bercerai, maka jatuhlah talaknya. jika dimaksudkan berpisah itu 'pergi' atau 'ditinggalkan' begitu, maka tidaklah jatuh talaknya. Puan kena pastikan maksud lafaz berkenaan daripada suami puan sendiri.
Wallauaklam.
Salam Ust,
ReplyDeleteMenurut Ina, suaminya menetapkan perceraian pada hari esok sedangkan belum sampai esok (dalam setengah jam) telah rujuk kembali. Adakah penceraian ini di kira penceraian bersyarat? Pernah saya dengar dalam satu ceramah di radio mengatakan selagi syarat ini tidak di penuhi percerian itu tidak berlaku. Si suami pula telah rujuk sebelum syarat itu di penuhi.
Semoga mendapat penjelasan dari Yang berbahagia Ustaz, terima kasih.
Say bincang perkara ini dengan Us Zainudin (UiTM), dia memaklumkan kebanyakan ulama awal mengatakan jatuh talak, atas alasan 'lafaz talak telah disebut' dan mereka tidak mahu lafaz talak itu dipermain-mainkan. Walaupun begitu ada ulama mutaakhir yang mengatakan ia tidak jatuh talak kerana syaratnya belum dilaksanakan. wallahuaklam.
ReplyDelete