Friday, October 21, 2011

Soalan: berpisah

Nama*:ina
Alamat Email:
Tajuk*:berpisah
Message*:Assalamualaikum Ustaz
Saya bertengkar dengan suami. Dalam pertengkaran suami ada menyebut, "Esok kita berpisah."
Tak lama kemudian (dalam setengah jam) suami minta maaf.
Soalan saya; Dengan menyebut esok kita berpisah, adakah bermakna suami telah menceraikan saya? Perlukah dia melafaz rujuk kembali?
Terima kasih.

Visitor IP: 115.135.243.239
Jawapan:
Maksud berpisah itu bergantung kepada niat dan qasad suami puan. Jika dimaksudkan bercerai, maka jatuhlah talaknya. jika dimaksudkan berpisah itu 'pergi' atau 'ditinggalkan'  begitu, maka tidaklah jatuh talaknya. Puan kena pastikan maksud lafaz berkenaan daripada suami puan sendiri.

Wallauaklam.

Wednesday, October 12, 2011

Soalan: ruju

Nama*:ains
Alamat Email:ains197521@ymail.com
Tajuk*:ruju
Message*:assalammualaikum

baru- baru ni saya suami saya ceraikan talak 1 pada 03/10/2011..tapi 1 minggu kemudian 10/10/2011 dia ingin merujuk...saya pun setuju..setelah saya menerima nyaa kembali...kami telah bersetubuhan,,,,adakah berdosa besar?..dan ada kah di kira haram? atau kami sudah sah mnjadi suami isteri?


Kes rujuk yang dikemukan puan Ain adalah sah dan hubungan suami isterinya adalah sah dan halal. ini kerana rujuk berlaku dalam tempoh edah, sama ada edah haid dalam 3 bulan atau edah melahirkan anak. Namun haris diingat bahawa talak telah terjatuh dengan SATU talak, berhati-hati pada masa akan datang. Wallahuaklam