Nama*: | ummi suhair |
Alamat Email: | cascoyela@yahoo.com |
Tajuk*: | bagaimana hukumnya? |
Message*: | Mertua tiri saya (ibu tiri suami) adalah seorang pengamal syirik kerana mengubat pesakit menggunakan perantaraan jin. Ramai yang datang bertandang ke rumahnya semata-mata mendapatkan khidmat perubatan beliau yang dianggap mujarab. Namun saya tidak berpendapat sedemikian bila melihat karakter dan tuturkatanya. Perasaan saya makin hambar kerana sifatnya yang pandai menghasut ipar dan biras sehingga menyebabkan pergaduhan dalam keluarga. Saya akhirnya memilih untuk menjauhkan diri darinya kerana tidak mahu terpedaya dengan cerita-cerita palsu yang tidak berasas. Namun, saya tidak mahu menghalang suami untuk menziarahinyabapanya. |
Powered by EmailMeForm
Hubungan kekeluargaan seharusnya tidak diputuskan, walaupun ada perkara yang kita tidak senangi. Pulanglah berziarah apabila ada ruang waktunya. Kita tidak suka kepada perlakuannya, tidak kepada dirinya sebagai ibu tiri.
ReplyDeleteJika ada kemampuan, cuba bantu ibu tiri puan untuk berubah, bertaubat dan meninggalkan perkara syirik seperti itu. Bukan senang hendak mengubah, tetapi kita perlu juga lakukan. Di sini perlunya satu hubungan yang akrab antara puan dan ibu tiri puan. Wallahuaklam