Monday, August 31, 2009

Re: Soalan: Bimbingan Taubat

Saudara ingin.taubat,

Alhamdulillah, dengan saudara menulis ke halaman ini membuktikan saudara mempunyai komitment terhadap taubat saudara. Saperti ibadah yang lain, syaitan sentiasa akan mengambil kesempatan dengan menimbulkan syak sama ada amalan-amalan kita di terima atau di tolak. Begitu juga dengan taubat kita.

Tidak semua sahabat Rasulullah Islam kerana di lahirkan Islam. Ada juga sahabat Rasulullah adalah musuh Rasulullah sebelumnya. Allah telah takdirkan saudara melalui zaman jahil sebelum bertaubat. Apabila saudara bertaubat, saudara mempunyai taubat yang hakiki. Dengan ini memudahkan saudara berdakwah kerana saudara memahami musuh sebenar iman dan gejala-gejala yang saudara coretkan. Ustas yang akan saudara tanya itu sendiri tidak pernah terjebak dengan kesalahan yang saperti saudara lakukan. Sudah tentu dia tidak dapat merasakan apa yang saudara rasakan. Apabila saudara bertaubat kelak pasti saudara dapat meminpin diri dan sahabat-sahabat saudara ke arah taubat dengan lebih berkesan lagi. Alhamdulillah, Allah telah memberikan hidayah Nya kepada saudara.

Sebelum Ustas mengulas permasalahan saudara, izinkan saya membuat komen di atas post saudara ke halaman ini.

Tugas kita sebagai hamba hanya bertaubat. Hak Allah untuk menerima atau menolak taubat kita. Hak Allah juga memberi hidayah kepada sesiapa yang di kehendaki Nya dan sesiapa pula yang beriman yang di campak ke api neraka. Syaitan akan membuat kita dalam keadaan syak. Dari itu dengan kita beranggapan yang kita tidak lagi bersih dengan mudah dia mengajak kita meneruskan perbuatan jahil kita.

Banyakkan zikurullah dan perbanyakkan bersembahyang sunat solat taubat, sunat solat hajat dan sunat solat tahjud. Di malam 2/3 bulan Ramadan, lebihkan amalan dan lakukan qiamulail. Baca doa-doa taubat nabi-nabi yang terdahulu di atas taubat-taubat mereka yang banyak terdapat di dalam Al-Quran. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, sentiasa mendengar rintihan hamba-hamba Nya yang iklas.

Saya juga cadangkan saudara melayari blog http://www.zaharuddin.net/. Blog ini mempunyai hit yang begitu mengkagumkan, mengalahkan blog popular seperti chedet.co.cc dan juga anwaribrahim.blogspot.com. Masalah seperti yang di kemukan juga terdapat di sana. Sila rujuk juga web berikut: http://www.zaharuddin.net/content/view/641/99/. Saya amat tertarik dengan sentuhan tulisan beliau menjawab persoalan yang di timbulkan oleh Tun Dr Mahathir berkaitan dengan keputusan Mahkamah Syariah berhubung dengan keputusan sebat keatas Kartina. Ustas Zaharuddin mengulasnya dengan bahasa yang mudah di fahami dan dalil-dalil yang begitu jelas. Baca juga profile tentang diri beliau.

Saya juga menasihati saudara supaya bersemuka sendiri dengan Ustas. Saya pernah cuba mendalami belajar Quran mengunakan computer dan akhirnya saya kecewa. Saya mengambil keputusan dengan mencari guru mengajar saya. Alhamdulillah, bukan sahaja saya lebih berkeyakinan membaca Quran malahan boleh membimbing rakan-rakan untuk membacanya. Ada yang boleh kita baca melalui buku atau internet, berguru lebih memberikan kesan yang mendalam. Islam juga menetapkan belajar hendaklah berguru. Belajar tanpa guru tidak sah.

Saya yakin, Ustas akan memberikan ulasan terhadap masalah saudara dalam sikit masa lagi. Saudara tidak perlu bimbang kerana saudara tidak memberikan butiran tentang diri saudara. Buat masa ini tidak siapa pun yang tahu tentang diri saudara.

Jika ada kemampuan pergilah sempurnakan Haji atau Umrah. Hadapkan muka terus ke Kaabah. Berdoa dan mohonlah ke ampunan Allah.
Saya doakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara mengubah perbuatan buruk seperti yang saudara nyatakan dan saya yakin taubat saudara di terima oleh Nya.

Wallahu'alam.

agbr: Kalau kita fikirkan semua kesalahan kita, kita telah tidak perlu lagi hidup di dunia ini. Dalam kehidupan kita banyak juga kebaikkan yang kita lakukan. Bukankan keburukan dan kebaikkan akan di timbang dengan adil oleh Allah?

Sunday, August 30, 2009

Soalan: Bimbingan Taubat

Nama: Hamba Allah(lelaki)
Alamat Email: ingin.taubat@yahoo.com
Tajuk: Bimbingan Taubat
Message: Assalamualaikum Ustaz...
sebenarnya saya serba salah untuk menceritakan masalah saya ini kerana ia suatu keaiban yang bagi saya dan Allah telah tutupkan ia dari pengetahuan orang lain. Tapi saya merasa tidak senang hati kalau tak perincikan masalah saya ini kepada ustaz. Saya harap agar jalan penyelesaiannya nanti lebih sempurna dan taubat saya nanti lebih sempurna seperti yang dikehendaki oleh Allah Taala...
Saya adalah seorang yang banyak melakukan dosa...dosa apa yang saya tak pernah buat, dari sekecil-kecil dosa hinggalah yang paling besar...
- dosa-dosa hati (ujub, riak, sombong dll)
- dosa syirik melalui amalan silat yang bercanggah dengan Islam dan kata-kata (belum lagi termasuk syirik yang saya tak sedar)
- meninggalkan solat dan melengahkan perlaksanaannya
- meninggalkan puasa
- derhaka ibu bapa
- mengajar ilmu yang tak berfaedah kepada orang lain
- mengganggu isteri/tunang orang
- gangguan seksual kepada wanita samaada melalui sms ataupun IM (yahoo messenger) hingga saya sendiri dah
tak tahu berapa ramai yang saya zalimi
- menonton porno
- melakukan seks ringan/ mukadimah seks sehingga hampir kepada zina
- beronani
- menipu
- memungkiri janji
- berlebih2 kalau bertengkar
- berkata sesuatu yang tidak tahu
- memutuskan silaturrahim
- bergaduh
- bertaubat kemudian mengulanginya balik
- mengambil yang bukan hak (makan minum saya pun saya tak tahu kalau bercampur yang haram/syubhat)
dan banyak lagi dosa-dosa saya...Ya Allah..saya sangat menyesal ustaz..kerana kebodohan saya dan terlalu mengikut nafsu...sedang ketika saya buat dosa itu saya ada ilmu tentangnya walau sedikit...sungguh zalim saya ustaz...
Saya yakin Allah itu Maha Pengampun, tetapi saya risaukan apakah taubat saya itu benar-benar seperti yang dikehendaki Allah..Bantulah saya ustaz..saya amat berharap ustaz dapat meluangkan masa untuk memberikan saya cara bertaubat yang paling sempurna-sesempurnanya...saya juga tak tahu macam mana hal keadaan dosa saya sesama makhluk..dosa yang saya lakukan suatu yang mengaibkan..saya malu untuk minta maaf pada orang yang saya zalimi, lagi pula terlalu ramai yang saya zalimi hingga saya sendiri tak tahu siapa..apa lagi ilmu yang akan membinasakan saya nanti saya ajarkan pada orang lain..berganda-gandalah dosa saya..
macam mana saya nak bersihkan dosa saya ustaz... saya baca buku fasal taubat dan apa yang saya yang jahil ini faham bahawa kita perlu taubat bagi setiap dosa seolah tiap kali taubat kita khususkan untuk satu dosa..adakah begitu ustaz? bagaimana dengan dosa-dosa yang saya terlupa/ terlepas pandang? tidak bolehkah kita bertaubat dengan niat untuk segala dosa-dosa kita sejak kita dilahirkan di atas muka bumi Allah ini?Bagaimana kita dapat tahu dosa kita telah diampunkan..Demi Allah..bantulah saya yang hina ini ustaz...
dan kalau soalan saya ini ingin disiarkan/dikongsi dengan saudara-saudara yang lain..harapnya diedit-edit sedikit agar kabur identiti saya...terima kasih ustaz..Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik ustaz... terima kasih kerana sudi membaca surat saya ini..
(HARAP DIEMAILKAN KEPADA SAYA JAWAPANNYA)
--
Visitor Ip: 124.13.1.60

Friday, August 21, 2009

Soalan: jamak Qasar

Nama: saeqal
Alamat Email:
Tajuk: jamak Qasar
Message: Sekiranya bas sy kul4.30pm(sblm waktu asar) dan sampai habis waktu asar, pe yg sy leh wat? klo nak jamak takdim, sy belum bermusafir lg pada mase tu...
---------------------------------------------------------------------
Visitor Ip: 121.121.186.6

Soalan: soalan Orang bukan Islam

Nama: xxxxxxx
Alamat Email:
Tajuk: soalan Orang bukan Islam
Message: Sekiranya seseorang(bukan Islam) menanyakan soalan \"boleh tak Allah cipta batu yang Allah tak leh angkat sendiri?\"... ape yg patut saya jawab? serinya jawab bleh, maksudnya Allah bkn maha berkuasa, tp klo tidak bleh, maknenye Allah bkn maha pencipta......
---------------------------------------------------------------------
Visitor Ip: 121.121.186.6

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA